Photobucket

Thursday, August 28, 2008

Bijak..bijak.. (^_^)



“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua-dua ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(Riwayat al-Bukhari)


TAKBIR!!

Tuesday, August 26, 2008

Ahlan Ya Ramadhan!!

By: Dr. A'id Abdullah Al-Qarni

Selamat datang Ramadhan,

duhai kekasih yang datang setiap tahun

Kami menanti kedatanganmu dengan cinta yang berlimpah

padahal cinta yang bukan kepada Tuhan itu dilarang

Maka ampuni dosa kami, Tuhan

lalu tambahkan pula pemberian-Mu yang berlimpah

Jangan hukum kami, kami telah menghukum diri kami sendiri dengan ketidak-tenangan

yang membuat kami bergadang di dalam gelap

Selamat datang Ramadhan...




Engkau kembali lagi kepada kami setelah satu tahun berlalu. Selama satu tahun itu, di antara kami ada yang meninggal dan ada yang lahir, ada yang menjadi kaya dan ada yang menjadi miskin, ada yang berbahagia dalam hidup-nya dan ada yang bersedih, ada yang mendapat petunjuk dan ada yang tersesat. Engkau datang kepada kami setelah kami selama setahun penuh mengisi hari-hari kami dengan catatan-catatan kebaikan mahu pun keburukan, yang semua catatan itu akan dibacakan nanti kepada kami di hari perhitungan di hadapan Allah SWT.


"Dan sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu [di dunia] apa yang telah Kami kurniakan kepadamu, dan kamu tiada melihat besertamu pemberi syafa 'at yang kamu anggap bahawa mereka itu sekutu-sekutu Tuhan di antara kamu. Sungguh telah terputuslah [pertalian] antara kamu dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap [sebagai sekutu Allah]." (Al-An'am [6]: 94)

Lembaran-lembaran amal kami pada hari kiamat itu akan diperlihatkan dan dibacakan kepada kami. Itulah kitab yang berisi perhitungan, yang Tuhan tidak akan salah dan tidak pula lupa padanya sedikit pun.
Allah SWT berfirman,

" Bacalah catatanmu itu. Cukup dirimu yang membuat perhitungan pada hari ini." (Al-Isra' [17]: 14)

Engkau datang, wahai Ramadhan, untuk berkata kepada mata kami, "Puasalah engkau dari pandangan yang diharamkan, sebelum Tuhan yang Maha Mengetahui menjadi murka lalu engkau dicampakkan-Nya ke dalam api yang berkobar. Maka berpuasalah dari memandang yang haram dan titiskanlah air mata dalam bayang-bayang gelap di kesunyian malam."Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada lidah kami, "Puasalah engkau dari menggunjing dan mengadu domba, dari berkata-kata kotor dan tidak layak, dan dari mengucapkan perkataan yang sia-sia."
Lidahmu, jangan sekalipun kau gunakan untuk menyebut-nyebut kekurangan orang lain.
Semua yang ada padamu adalah kekurangan sedangkan semua orang juga memiliki lidah sehingga dapat melihatnya, Matamu, jika melihat suatu cela pada orang lain. Katakan kepadanya, "Orang lain juga punya mata yang dapat melihat celaku."


Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada tangan kami, "Berpuasalah engkau wahai tangan yang pernah menumpahkan darah dan membunuh jiwa yang tidak bersalah, yang pernah menghancurkan rumah, membunuh orang tua dan wanita. Berpuasalah, engkau dari memukul dan membunuh orang lain, dan dari mencuri dan berbuat curang. Berpuasalah engkau dari menerima wang suapan sebelum datang hari kiamat, hari yang tidak berguna lagi permohonan ampun dari orang-orang yang zalim, bagi mereka itu laknat dan tempat kembali yang jelek. Pada hari itu, Allah menutup mulut-mulut mereka sehingga yang berbicara adalah tangan-tangan mereka, dan disaksikan oleh kaki-kaki mereka tentang apa-apa yang mereka perbuat."

Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada kaki kami, "Berpuasalah engkau dari berjalan ke tempat yang haram, dari melangkah kepada jalan kesia-siaan, penyesalan dan kesesatan, dan pergi ke tempat-tempat yang dimurkai Tuhan pemilik kerajaan langit dan bumi ini, iaitu jalan-jalan yang hina lagi keji. Berpuasalah engkau, wahai kaki."

Dan Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada perut kami, "Berpuasalah dari memakan makanan yang haram, dan dari memakan riba kerana tubuh yang diberi makan dengan makanan yang haram, nerakalah yang lebih utama baginya. Puasalah engkau dari makanan yang diperoleh dari hasil menipu dan memperdaya orang lain sebelum engkau bertemu Allah SWT yang mengetahui apa-apa yang tersembunyi dan tertutup.

Dalam sebuah hadith dari Abu Hurairah disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Allah SWT berfirman, 'Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa kerana puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku-lah yang akan membalasnya. Ia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana-Ku.'"

Beliau saw juga bersabda, "Puasa adalah perisai. Maka apabila salah seorang diantara kamu sedang berpuasa, janganlah in berkata-kata kotor dan bersuara kasar.. Jika seseorang mencacinya hendaklah ia menjawab, 'Sesungguhnya aku sedang berpuasa, (dua kali). Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada minyak miski."


Sudahkah kita bersedia utk melangkah ke Madrasah Ramadhan?





Me: Xsabar nk ramadhan.. Rindunye!! (^_^)


Sunday, August 24, 2008

Penawar

Salam'alayk...


Hmm.. hari jumaat tu sy terlambat ke Al-Amin. Patutnya kena dtg awal sbb sy yg bawak laptop. Tp ntah mcm mane, timing lari plak.. bile smpai je, tgk xde org lg. Pak long sorang je tgh angkat2 barang. Bila paklong nampak je sy kt pintu tu, terus dia ckp.. "eh damia.. damai hati paklong.." haha.. cm lawak je ayat tu. sbenarnya saje je tu nak mengaitkan nama sy dgn nama bilik damai kt pejabat jim tuh. dari hari tu lg, dorang ni tak abes2.. tak lama pastu kak nina pun dtg. Tak nak cerita pasal kbm buat masa ni. Utk kbm pewaris, nnt korang boleh baca reportnya di blog kbm kL.


Pagi td sy ke masjid, sbb ada program palestin n kesihatan kat c2. Hmm.. knape cm xtau nk tulis ape ni? padahal byk je yg boleh dijadikan pengajaran. Actly, sy tgh pening sgt2. pas balik dr masjid tadi terus ke rumah atok. Atok buat kenduri nk smbut ramadan. Memang setiap tahun atok xpnah miss kenduri ramadan ni. Lgpun kami semua mmg dah sedia mklum yg atok mmg sgt suke buat kenduri or mcm2 majlis la kt umah die. Bknnye nak meraikan sgt, tp lebih kepada nak kumpulkan anak2 n cucu-cicit dia. Kami tau atok sgt boring duk kt umah tu wlpun acu n family tinggal skali ngn dia. Dia suka bila ramai2 ade kt umah tu. tp bile kami ramai2 dtg, pastu mstila bdk2 kcik ni akan lari2, jerit2 n sepah2kan barang, then cnfirm kena marah. Tadi masa kenduri tak ramai spupu yg dtg. jmputan rmai la. spupu sepapat smua sibuk dgn hal masing2. bila ade kenduri besar2 je baru semua akan dtg.


Tadi sy balik awal sbb mama cm biase nak borak2 dulu n dah tau msti akan lmbt. Lgpun balik jalan kaki je. kire2 dlm 300m la kot dr umah. hujan renyai2 n makin lama bertambah lebat. Alhamdulillah sempat sampai umah. Tiba2 pening kepala yg teramat sgt. mungkin sbb kena hujan td. Tiap kali sakit kepala, sy akn letakkan tgn kanan diatas ubun-ubun kepala dan baca,

..ayat yg ke 19 dlm surah al-waqi'ah berulang-ulang kali. Sy bukan pandai sgt bab2 perubatan islam ni, tp ilmu ni sy dpt dr ustaz kamarudin dulu masa dia tgh merawat shbt sy yg migrain. Sy pun tiru la. Tp seeloknya baca dr awal surah dan sampailah pd ayat yg ke-19 ni, bace byk kali (kalau xsilap 40x) n sambung hingga akhir ayat. Yang penting niat n yakin dgn bantuan n kekuasaan Allah yg memberi kesembuhan.

Byk jgk la doa2 lain dr Al-Quran yg sy belajar utk menyembuhkan sakit2 tertentu mcm sakit gigi, lepas bersalin..hehe, dan lain2. tp tak semua yg sy ingt sbb ustaz bgtau spontan je. kadang2 tengah bincang pasal persatuan, tiba2 bleh masuk pasal perubatan ni. Ustaz kamarudin mmg pengamal perubatan islam kt kampus kami. kalau ade yg sakit2 cm kene gangguan tu, org akan pggil dia la utk bantu. Kadang2 ustaz sibuk n kena balik kampung selalu utk mengubat org kt sane, then kami la yg kena handle. Sbb tu dia ajar sikit2 cara yg basic utk merawat org yg kena gangguan. Ustz ckp, prempuan susah sikit nk belajar benda2 ni. bukan lambt pick up. tp ade mslh lain. kalau xkuat boleh kena kt diri sendiri sbb pmpn ada masa2nya kotor. so, makhluk2 ni mudah nak masuk. mlainkan kte btl2 kuat n sentiasa dekat dgn Allah. tp masa tu sy tetap nk blajar sbb sy rasa b'keperluan utk belajar ilmu ni. lgpun kerap sgt terjadi kt kolej sy n kolej sbelah. mgkin sbb kami duk kolej lama kot n mcm2 peristiwa yg pnah jd kt kolej tu dulu.


Bila ckp ttg ni, sy teringat kt sorang classmate sy merangkap kolejmate sy dulu. Masa tu sy baru tahun pertama disana. Sy xingat mcm mana start pyakit dia ni dtg, tp yg sy ingat, 1 hari tu masa kami kt class bel (sbject englsh), sy duk depan skali n kwn sy ni duk blkg sy. tgh syok2 sir tu ngajar, tiba2 kwn sy dok tarik2 krusi sy. sy pun tnye la knape? dia ckp bende tu dah datang, ade org tengok dia n mcm2 la. sy suruh dia baca al-fatihah n ayat kursi sbb masa tu sy mmg xblh nk buat ape. then die tarik2 lagi krusi sy n ckp lg benda yg sama dan kali ni our lcturer perasan. " Yes, nurul damia?" huh, senak jgk la perut mase tu. tiba2 kena tegur. dgn nama penuh plk tu. " err, sir.. toilet please?" tiba2 ayat tu plk yg t'kluar. then die senyum n anggukkn kepala. sy terus bangun n kwn sy tu ikut skali. die mintak izin nk kluar jgk.


Elok2 je kami keluar dr pintu tu, die terus genggam tgn sy kuat2 dan terduduk kt lantai koridor tu. slamat class kat tingkat atas skali. xde org prasan. sy dah nampak muka die makin berubah. mata dia jd merah. sy pegang tgn dia dan lg sbelah sy letakkan atas kepala dia. sy pun baca la ape2 yg patut. then smpai ayat2 tertentu, dia jd tak terkawal. sy cuba tahan dia dan teruskan bacaan. sampailah 1 tahap, bila dia jd terlalu kuat pd sy. sy tak mampu nak tahan memandangkan fizikalnya yg agak besar dr sy. dia hantuk2kan kepalanya sekuat hati ke dinding dan sy cuba tahan dgn tangan, tp lama k
elamaan sy tak mampu dan tgn sy sedikit luka. mungkin hentakan tu terlalu kuat sehingga lcturer kami yg kat dlm class tu keluar dan tengok ape yg terjadi. dia sgt terkejut. then, semua keluar bila sir mintak yg lain bantu sy.

Keadaan jd bertambah teruk bila dia mula menendang2 dan menyepak2 kami. beberapa kali jgk la sy terduduk oleh krn kerana tendangannya yg seperti tendangan penalti tu. tgh syok2 tendang sy tu, tiba2 sempat lg tu die pggil nama sy n ckp yg bukan2. "mia, dia nk datang sini mia.. tolongla, suruh die pegi!! mia, cakap ngn die, die nak ape lg? pergi!! pergi!!" skali lg tendangan maut dia menerpaku.. dia mcm separuh sedar masa tu. org lain sme cm pelik, amende yg die ckp? sbnrnye b4 tu die ada cite ngn sy psl benda yg ganggu dia tu. n ade gak cite yg sy rase cm bukan die je yg cite mase tu, sbb pelik bebenor. yg cm lawaknya masa tu, tiba2 nurse dtg bwk stretcher! bukannya dia terseliuh kaki ataupun injured masa bersukan atau lain2 kecederaan yg sewaktu dgnnya, tp dia kena gangguan makhluk halus yg tak boleh dirawat dgn ubat2an moden.(ke dah ade rawatan moden utk pnykit ni?sy xtau).. nurse tu
tnye, kenape? sy ckp la bla..bla..bla.. then dia ckp, " laa, awat xpanggil ustaz je? kmi nak buat ape sakit cmni.." rupa2nya sir yg call Penawar (nama klinik uitmj). msti tgh panic sgt masa tu, tak tau nk buat ape. sblm tu sy dh call ustz n dia on d way..

Lepas kejadian tu, byk kali jgk sakit dia dtg balik terutama masa di kolej n malam2. Kadang2 masa sy kt masjid pn akak bilik dia call, mintak dtg bilik dorang cepat. Sy pun pelik, kenapa call sy, sy bukan tau ape sgt pun. tp akk tu ckp dia asyik sebut2 nama sy je.. Ya Allah, meremang jgk la dgr masa tu. tp masa2 mcm ni mmg kte kne lbh kuat n b'gantung spenuhnya pd Allah. Bukan tak percaya pd makhluk2 tu, tp perlu yakin n percaya bahawa ada yg lebih kuat dan berkuasa dari mereka. Sy selalu balik bilik lewat malam. Akak2 bilik sy smua tahu pasal benda ni sbb kat kolej tu cm kecoh jgk la. tiap kali jd je, msti dorg pasang ayat Quran kuat2 kt bilik. Kalau x, pasang lagu2 je yg kuat. Alhamdulillah, ada hikmah
terjadinya musibah ni.

Tapi yg tak best tu, tiap kali sy pg tgk org sakit, tak kira la classmate sy tu ataupun org lain, msti dorg akan kunci pintu. Waaa!! ade skali tu sy terlupa nak bwk kunci masa pg masjid. then balik je kwn sy sakit. dlm kul 2 ke 3 lbh tah baru balik bilik. tgk2 bilik dh kunci. kunci pn xde. terpakse la ganggu dorang jgk dgn mengetuk pintu tu. lame la jgk.. bagi salam sme. then baru bukak. Esok paginya, dorg ckp, "sori sbb kunci, ingat mia bwk kunci bilik p msjid. ktorang takut nnt tibe2 bdk tu datang ke cari mia kt sini. tak pasal2 je.." Huh, smpai cmtu dorang fikir. penah jgk 1 of them ckp, cm tak
suka sy pg kt bilik bdk2 yg sakit tu sbb nnt mane tau benda tu ikut sy smpai kt bilik.. Astaghfirullahal 'azim.. sy diam je masa tu. mls nk ckp ape, sbb dorg tu lg byk ilmu Islam yg dorang tau lebih berganda2 dr sy. Masing2 dr skolah agama. sy skolah biasa je. mmg skolah bukn alasan. tp hakikatnya masih byk lg yg sy tak tahu berbanding dorang. tp kenapa byk yg... hmm..mls la nak ckp. semua org tahu. benda yg berulang2 kali di pertikaikan. tak perlu kot ulang lagi. Masing2 ade kelemahan. Even sy pun, terlalu bykkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.... tak terhitung.. tp apa yg sy tahu, sy tetap sygkan mereka krn Allah.. miss them!

Ingatan utk diri:--->

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan..
(As-Saff: 2-3)


Thursday, August 21, 2008

MENGENANG MEMORI BERDARAH 21 Ogos 1969

39 tahun yang lalu, Dennis Micheal Rohan, seorang warga Australia yang beragama yahudi telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api yang marak menyala telah memusnahkan sebahagian besar mimbar dan tembok. Namun Allah Maha Besar, biarpun tiadak ada bomba yang datang memadamkan api, namun api yang marak akhirnya terpadam.

Kebobrokan undang-indang yang dicatur makhluk jelas terbukti. Pengadilan terhadap penjenayah besar ini tidak dilaksanakan dengan betul. Berperisaikan dalihan am sebagai ”gila”, Micheal terlepas dari tuduhan jenayah itu. Dia tidak lagi dipertanggungjawabkan atas tindakannya. Micheal kononnya mendakwa bahawa dia telah diutuskan oleh Allah Ta’ala untuk membakar masjid Al-Aqsa, berdasarkan berita yang dikhabarkan dari Kitab Zakaria.

Lalu Micheal terlepas dari dihukum dengan adil. Lalu 21 Ogos terus dikenang sebagai Hari Al-Quds Sedunia. Sebagai titik muhasabah, betapa tanah suci Palestin dan Masjid Al-Quds semakin jauh dari kita. Hampir saja pemiliknya bertukar tangan kepada musuh azali umat Islam, lantaran episod kezaliman yang berlangsung saat demi saat.

Saban hari rakyat Palestin dibunuh oleh orang-orang Israel. Sampai bilakah kezaliman ini akan terus berlaku? Relakah kita melihat saudara Islam kita terus didera? Perbuatan ini benar-benar menggugat nilai manusiawi.

KAMI CINTAKAN MASJID AL-AQSA

KAMI CINTA KEAMANAN

KAMI BENCI KEZALIMAN

KAMI MENGUTUK KEZALIMAN ISRAEL BESERTA SEKUTUNYA!!






Program sempena ROQ



CERAMAH & TAYANGAN

MULTIMEDIA

NAKBA DI PALESTIN

PENDERITAAN, PEMBELAAN & PENGAJARAN

Dirasmikan oleh

YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali

EXCO Kerajaan Negeri Selangor / ADUN Gombak Setia

Penceramah

Tuan Hj Ridzuan Harun

AJK PACE (Palestine Centre of Excellence), Setiausaha JIM Negeri Selangor

Pengurus Kanan, ICT, TNB

Pada

24 Ogos 2008 (Ahad)

Masa

8.00am – 10am

Tempat

Masjid Zakaria, Batu 8 ½ Jln Gombak, Gombak Utara.

Anjuran

AJK Masjid Zakaria, Lembaga Zakat Selangor,

Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak,

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia

Jamaah Islah Malaysia (JIM) Daerah Gombak.

Maklumat Lanjut Hubungi

AJK Masjid Zakaria

Salman Sirat 0162649104

Wan Muhammad Hamka 0193172725

Ada kutipan untuk Tabung Palestin dan jualan buku, makanan,

CD & jumble sale.

SEMUA DIJEMPUT HADIR




Me: jom datang reramai.. ---> kat depan umah je..hehe . (^_^)

KBM Belia lagi..

Bismillahirrahmanirraheem..


Alhamdulillah, hujung minggu lepas sy telah diberi kesempatan utk berKBM di bukit unggul, bangi, seperti yg sy ceritakan dlm post yg sblm ni. Yeehaa!! sy dpt jd peserta perempuan yg pertama skali smpai..he2, tu pun nak kecoh! Tengah daftar kt meja luar tu tiba2 dengar suara.. "mane aci ni.. tak boleh..tak boleh.. die dah tahu program!" seseorang bersuara. Suara yg amat ku kenali.. toleh je kt dlm dewan tu tengok amin mokri tgh buat muke. Huh, dah agak dah! tp cm terkejut la jgk, cmne bdk kcik ni boleh ade kt sini. tp xmustahil pun sbb prgram ni paklang yg handle. pastu abg bai pun ckp bende yg sama. lalala..malas layan. tak kire ape dorang nk ckp, yg penting sy tetap nk jd peserta kali ni. Then Allah temukan dgn sorang adik ni. Intan dr kptm bangi. Huu~ sgt seronok ber 3s dengan dia! walaupun baru kenal, tp rasa cm dah lama je. then bila masuk group tu kami terpisah.. tp xpe, ada hikmahnya n akan bertambah luas la jaringan ukhwah kami! dapat grup ngn lagi 5 org akak2 yg sangat best! kak yati, kak nur, kak rehan, kak ina n kak fatimah yg slalu sy jmpe time program2 karisma tp xsempat lg nk bermu'ayasyah ngn dia.. Alhamdulillah, prgram ni telah merapat dan menyatukan hati2 kami. Yang paling bahagia sy rasa bila dpt grup ngan akak2 ni secara automatiknya sy akan jd adik!huhu.. dah lame sgt xmerasa jd adik.best2!

Petang tu kami ada prgram outdoor. Tasknya lebih kurang mcm kbm ipt kat TIV hari tu, tp sy rasa agak mencabar sbb something happen 2 our grup.. kalau kt TIV dlu kami perlu bwk batu tu redah arus sungai sy sgt deras, tp kali ni kami kena bwk batu2 tu mendaki dan menuruni bukit. Setiap org dpt 7 plastik n didarabkan dgn 6 org 1 grup, maka jadilah 42 plastik kesemuanya. penuh diisi dgn batu. smpai checkpoint b4 naik bukit tu, patutnya kami kena buang 5 plastik seorang. maksudnya akan tinggal 12 plastik je dlm grup kami tu. tapi entah mcm mana, kami mendapat arahan yg salah dr fasi. huhu..biasela manusia mmg xlepas dr mlakukan kesilapan teknikal. Arahan utk kmpulan kami.. perlu buang 5 plastik je utk 1 kumpulan. maka dgn penuh sami'na wa atho'na, kami pun mengusung baki yg sebanyak 37 plastik yg berisi batu tu mendaki bukit. Baru setengah jalan dah rasa mcm tak larat sgt. Nak kata bukit tu tinggi n curam sgt xdela pun, sbb sy pernah naik bukit yg berkali2 ganda lebih tinggi n curam dari tu. tapi disebabkan batu2 yg kami bawa tu kot buat kami rasa cepat penat. Pastu ade pulak 1 grup lelaki kat blkg. tgh menunggu2 nak potong kami. then oleh krn dh tak mampu sgt kami pun berhenti dulu kat tepi n bagi laluan pd grup laki tu. tgk dorang naik dgn relax dan semangatnya. cuba berbaik sangka. dlm fikiran, "hmm..biaselah, lelaki kan kuat.." tp tiba2 mata teralih kearah kayu yg mereka guna utk membawa plastik2 batu tu. Eh, apesal batu dorang sikit? pastu byk pulak plastik kosong yg dorang sangkut kt c2? peliknye! Hati2 kami mula curiga. takpe2, teruskan jugak perjalanan. Dibantu oleh fasi kami (kak roszairin) yg sentiasa n xjemu2 bg support walaupun die xboleh tolong bwkkan skali.
My Group ~Senyum TiGer~

Smpai kt menara (puncak) tu, baru lah kami dapat mempertikaikan kenapa batu2 kami terlalu byk berbanding dgn kumpulan lain. Maka berlakulah mesyuarat tergempar antara fasi2 peringkat negeri selangor.. At last, keputusan syura telah menetapkan kami perlu tinggalkan semua batu2 tu dan bawa 1 plastik je seorang.. Alhamdulillah..syukur! kami pun meneruskan perjalanan terus ke kawasan lapang dekat tiang letrik utk solat asar berjemaah. then bergerak pulang ke pangkal jalan. tiba2 terfikir cmni, hmm..maksudnya grup kite ni lg kuat la kan dr grup laki? sbb dorg berjaya naik bukit tu dgn 12 plstik je tp kite dgn 37 plastik! lbh kurang 3x gnda dr jumlah dorang.hoho.. ---> note: Semua kekuatan tu Allah yg bagi, bukan dr kami pun..

Blk tracking tu dpt jmpe mkcik aisyah. seronoknya!! lps rindu stelah bbrapa lama xjmpe.. rasanya last jmpa masa kat kbm aktivis selangor bulan lepas. Lepas tu kami asyik terpisah je. n at d same time jmpe zainab.. "adik kecik" kitorg yg sgt comey!(anak bongsu mkcik aisyah n pak andak). mlm tu team KL pn datang.. pak long, abg zam, kak yong, keena, n farhana (anak paklong~adik muhsina, hehe nk jgk!) sgt seronok dpt jmpe mereka2. Yelah, mane tak nye, dh sesorg kt c2, tibe2 Allah dtgkn my gang plk..mstila bahagie.. n masa mam2 tu sy xleh jd pserta. kne bantu team kl.. sbb jdhl blm tau sgt cmne nk incharge mam2. masa dorg blk, rase cm nk ngis je.. nk ikot!! huu~.. Iklan jap..~~> Alhamdulillah, JIM KL menang seh KSPPJ! cayalah!! ~hee, padahal xmain pon~ ok,smbung blk. Masa kt bilik tu, tgh nk melelapkan mata ni, tiba2 terjadinya 1 peristiwa kt bilik kitorg.. haha, sgt lawak tp agak menyeramkan.. tgh senyap sunyi tu tiba2 ada org jerit. " Allahu akbar!!3x.." Ya Allah, terkejut gk r masa tu. sy terus terduduk. dh la kt katil atas. malas nk turun tengok pe yg terjadi. pastu ade sorang akk ni dtg, die ckp, "ade org hesteria!" dgn muka yg sgt takut. sy pun ape lg.. xbleh jadi ni kena turun jgk! then melompat la turun dr katil tu. selamat tak tergolek. org lain still je kt katil masing2. Sy pn pegi la memantau kt blkg tu pe yg terjadi. tengok sorang akk ni tgh terduduk dgn muka yg agak pucat. kak mimi pn cm tak terkata ape time tu. mungkin terkejut sgt kot. Sy tnye la kt akk yg jerit tu, "akak kenape? " dia ckp.." akk mimpi sumthing. mimpi psl tu.." hmm..mls nk tanya lebih lanjut sbb cm dah boleh agak je mimpi ape. Actly kak mimi yg kejut akk ni. sbb b4 die tido tu die ade pesan belikan air teh o ais limau kt kak mimi. then dh beli tu kak mimi pn kejut la die nk bg, tp tibe2 die jerit kuat2 cmtu. Agaknya dah penat n ngntuk sgt kot, tu yg terbawak2 dlm mimpi tu. Terus dia ckp xnak la air tu n kak mimi pun ambik n terus masuk bilik. Sblm nak naik katil tu smpat lg tu sy tnye soalan sengal kt akk ni, padahal dah tau dh jwpn die.. "akk bace doa tak sblm tido td? " die pn jawab dgn muke seriyesnye.. "bace dah.." owh, okla kak, kte nak tido dulu.. pastu tibe2 akak ni wt muke kesian n ckp.. "damia tido la sini ngn akak.." dgn muka yg penuh mengharap. Sy ckp, "xnak la, kat sini panas. xde kipas. kt bwh katil kte ade 1 tmpt kosong. jomla akak tido kt c2.." dia pn geleng kepala.. faham la maksudnya tu. hehe..mcm2!

Pagi tu bangun dgn semangatnya! kt bilik kecoh dgn cite mlm td.. hehe, sian akk tu. malu die.. pghujung program tu baru perasan yg kali ni xde slot inteam. mungkin hikmah tiadanya sahabat2 rapat yg dpt bersama dgn sy. pnutup tu ade sharing..cm biasa. arul n mad bangun utk share. rmai yg terkesan. paklang mintak semua esp ahli grup dorg bg support n follow up adik2 ni. mereka insyaAllah betul2 nak berubah. blk tu tumpang kak sham n kak yati. dorg nk balik mindef. sy tumpg smpai putra setiawangsa.


Balik umah, rasa smcm je. bdn sgt lemah. selsema, batuk, sakit kepala n sakit2 tulang pun terasa. Alhamdulillah.. syukur setelah sekian lama diberi nikmat kesihatan, kali ni Allah uji dgn kesakitan. baru terasa betapa kasihnya Dia pd diri ni. ujian pengkifarah dosa. dulu masa sihat sy selalu terfikir, mcm mana dosa2 sy akan terhapus, amalan xbyk, belum tentu lg diterima semua tu, dosa semakin hari semakin bertambah, kalau xde peringatan dr Allah, sy bimbang sy akn terus menerus dlm keadaan lalai mcm ni. Alhamdulillah sekali lagi, Allah masih sygkn sy. diberi kesakitan supaya sy lebih dekat dan rapat dgnNya, mengadu padanya, dan bergantung harap sepenuhnya hanya pada Dia.. Dlm keadaan tak larat sgt ni tiba2 mama, abah n my fmily decide nak blk kampung sbb ada hal ape tah. ok, xnak ikut. cm biase. tp ma ckp kne ikut jgk sbb sy kne sign surat ape tah. sbg saksi kot, berkaitan ngn tanah. malas nk tnya detail, sbb xlarat. then blk la jgk mlm isnin tu.



Sekian, sy Kak Mia melaporkan utk KBM BELIA SELANGOR.. (ayat ni utk atie je..hehe)



Saturday, August 16, 2008

Melangkah ke KBM Belia

Bismillahirrahmanirraheem..

Lg beberapa jam sy akan bergerak ke bangi utk mengikuti KBM Belia. Not as a facilitator or pengendali tp sbg peserta. Mungkin ada yang pelik, mcm mana sy boleh jd peserta utk kbm belia ni sedangkan masa kbm aktivis pun sy jd 1 of d pengendali n faci? Hmm.. Asalnya mmg dah lama plan nak jadi peserta sbb bila jd pengendali n peserta ni perasaannya lain. Then ditambah pula dgn ajakkan dr sahabat2, terus jd smangat nk pegi. Bukan ape, kbm kn konsepnya kalau datang bersama kawan rapat or geng lebih bermakna. terutama time slot inteam tu.. tp tiba2 last minit mereka2 ni xdapat pergi atas alasan tersendiri yg memang sy terima dgn hati yg terbuka. Teruskan jugak niat utk b'kbm hujung mggu ni wlpun tanpa teman rapat. rasanya tu bukan alasan utk tak mengikuti sesuatu program yg sudah diketahui bermanfaat.

Lgpun sblm2 ni mmg selalu je pg prgram sorang2 sbb orang lain "sibuk" dan sy je free memanjang. Sy mmg jenis no kompromi dgn prgram2 trbiyyah n dakwah melainkan ada sebab2 yg lebih n patut di utamakan. Bunyi cm extream je kan? msti org ckp, " oo..die ni org hebat ni!" padahal... hmm..tak tau la knapa dlm diri ni seolah2 dah di set mcm tu. tak tau la sape yg set kan..hehe. sbb tu la selalu je kena marah ngn classmate merangkap kawan baik. Dia selalu tegur, " awak ni asyik program je.." huhu..xtau la nak explain cam mane. Tp at last, dia pun faham. Selepas dia sendiri mengikuti benda2 ni.. Alhamdulillah.. syukur sangat! Skrg dah tak bersama dgn dia lagi.. kami dah membawa haluan masing-masing.

Semalam dia hantar msg, cerita pasal classmate kami suka buli dia dan yg paling sy sedih bila kawan2 lain cakap dia dah berubah bila sy xde.. sy masih kurang mengerti, kenapa msti kaitkan dgn sy? sy faham perasaan dia. dan sy tahu dia bukan berubah cuma ada benda yg dia terlupa. sy cuba bg support kt dia sbb kat kampus tu dia terpaksa survive sorang2 dalam bi'ah yg memang kurang soleh. Sy tau dia xde tempat nak mengadu n cerita masalah dia lg mcm sblm2 ni. tp sy nak dia tahu, yg sy sentiasa bersedia mendengar apa jua masalah dia dan sy akan cuba bantu yg termampu sbb sy pun mcm dia. Agak sukar nak menyesuaikan diri ditempat baru. Ok la..xnak cerita panjang sgt ttg ni. sdey la.. Nnt kalau ada kesempatan sy akan buat entry khas utk dia.. InsyaAllah..

Sebenarnya, hati ni rasa semacam je dr pagi tadi. tak tau kenapa. Semua benda tak kena. Rasa cm nak nangis je kuat2 bg terkeluar semua masalah yg terpendam dlm hati dan fikiran ni. Kebelakangan ni sy mmg rasa down sgt2. Rase cm dah xboleh nak handle. Sakit kepala pun mula datang. tapi malas nk layan sangat sbb byk lagi benda penting yg perlu diselesaikan. Bila rasa down mcm ni, lagi la bertambah kuat keinginan nak pergi kbm tu. Supaya dapat recharge balik semua semangat yg dah hilang ni. Walaupun still rasa xsedap hati, tp teruskan jugak melangkah, betulkan niat supaya Allah terima semua amalan ni. Sy yakin setiap yg Allah beri tu pasti ada hikmahnya. dan sy sendiri perlu cari hikmah yg tersembunyi tu. Sy pasti keputusan yg bakal sy ambil kali ni bukan sesuatu yg sia-sia..InsyaAllah.

Ya Allah, tunjukilah daku akan hikmah atas setiap ketentuanMu ini, agar aku kembali tenang dan redho dengan takdirMu buatku.. Ameen Ya Robb..



Mood: beransur tenang..Alhamdulillah..

Friday, August 15, 2008

Pelik, mahasiswa UiTM berani keluar berdemo bantah cadangan Khalid


Amat jarang sekali kita mendengar mahasiwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) keluar beramai-ramai untuk berdemonstrasi bagi menyatakan bantahan terhadap sesuatu pihak samada kerajaan mahupun pihak lain.

Namun peristiwa semalam (Selasa 12 Ogos) amat menarik untuk diperhalusi dimana lebih 5000 mahasiswa UiTM berdemonstrasi di hadapan Bangunan Setuausaha Kerajaan Selangor (SUK) bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka 10 peratus kuota kemasukan UiTM kepada bukan bumiputera.

Sebelum ini umum mendengar laporan bahawa pernah beberapa orang mahasiswa universiti berkenaan diambil tindakan berikutan menyertai himpunan aman anjuran persatuan-persatuan mahasiswa.

Sebagai contoh, seorang mahasiswa UiTM Shah Alam, Herman Sanuddin pernah ditahan polis dalam himpunan aman di hadapan Masjid Negara pada tahun 2000 bagi membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalamdan Negeri (ISA).

Berikutan itu, Herman digantung pengajiannya hingga kini meskipun ketika digantung, pelajar terbabit belum pun dibuktikan bersalah di mahkamah atas dakwaan menyertai perhimpunan aman.
Ketika itu UiTM ditadbir oleh Naib Canselornya yang cukup popular, Ibrahim Abu Shah yang juga dikenali sebagai penyokong Umno. Malang sekali, kali ini dengan bukti yang kukuh, dengan gambar yang cukup jelas, 5000 mahasiswa yang berhimpun di hadapan SUK semalam tidak pun diambil tindakan oleh universiti yang ditadbir Ibrahim Abu Shah. Jauh sekali kata-kata amaran dikeluarkan UiTM kepada pelajarnya untuk menghalang dari menyertai himpunan aman tersebut.

Cukup terbuka dan cukup bebas nampaknya Ibrahim Abu Shah kali ini, membiarkan mahasiswa UiTM berdemonstrasi sedangkan sebelum ini beliau begitu anti kepada kelompok yang berdemonstrasi. Apakah yang tersirat di sebalik keterbukaan Ibrahim Abu Shah kali ini atau sebenarnya ada pihak yang 'menyalakan api' supaya mahasiswa-mahasiswa ini berdemontrasi tanpa memikirkan siapa dibelakang tabir peristiwa bersejarah ini.

Umum mengetahui, sejarah-sejarah penglibatan mahasiswa dalam himpunan-himpunan aman banyak berkisarkan kepada gerakan yang dibawa daripada beberapa universiti terkemuka antaranya Universiti Malaya (UM); Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sekitar tahun 1998 hingga 2001, ramai pelajar dari UM, UKM dan UIAM ditahan kerana menyertai dan menganjurkan himpunan aman membantah dasar-dasar kerajaan ketika itu. Namun, jarang sekali kita mendengar kelompok pelajar UiTM menyertai himpunan aman, dan jika ada sekalipun hanyalah menjadi peserta dan bukan penganjur.

Amat pelik sekali isu yang dibantah berdasarkan kepada cadangan yang dikemukankan oleh Khalid yang hanya semata-mata cadangan tanpa boleh mengganggu dasar sedia ada UiTM yang ditetapkan oleh kerajaan pusat. Khalid sendiri tidak ada kuasa kerana beliau hanyalah Menteri Besar dan bukannya Menteri Pengajian Tinggi yang ada kuasa ke atas UiTM.

Atas dasar itulah, ramai tertanya mengapa kerajaan Selangor yang menjadi tumpuan mahasiswa UiTM berhimpun di hadapan SUK membantah cadangan Khalid sedangkan MB Selangor itu tiada kuasa dalam menentukan dasar universiti berkenaan. Mulalah akhbar arus perdana melaporkan kenyataan-kenyataan yang mengecam Khalid kononnya MB Selangor itu tidak memperjuangkan hak orang Melayu dengan cadangan ini, sedangkan beberapa tahun lalu cadangan yang sama pernah dikemukankan oleh kerajaan Umno-BN sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Apakah Umno ketika itu 'prihatin' kepada orang Melayu/bumiputera dengan cadangan itu? Mungkin ramai yang tidak menyokong cadangan Khalid, namun amat pelik sekali apabila isu ini sengaja diperbesarkan dalam media sedangkan cadangan Khalid tidak akan menjadi barah kepada kerajaan pusat untuk mengubah dasar UiTM. Dalam hal ini boleh dianggap bahawa himpunan yang dibuat seperti 'seorang doktor yang merawat pesakitnya yang demam, namun ubat yang diberikan ialah ubat kencing manis'.

Siapa di belakang pelajar ini mungkin persoalan ini boleh dilontarkan kepada Ibrahim Abu Shah sendiri yang hingga kini tidak membuat sebarang kenyataan berhubung tindakan pelajar berhimpun. Mungkin himpunan sebegini nilainya diharuskan oleh Ibrahim atau Umno-BN merelakan himpunan sebegini kononnya demi kepentingan menjaga kepentingan Melayu. Satu persoalan yang perlu dijawab mahasiswa yang terbabit dengan himpunan, sejak bilakah Umno-BN menjadi benteng kepada hak dan kepentingan Melayu hingga gula-gula sedemikian termakan oleh mereka?

Sumber: Harakahdaily

~ Pejuang2 BANGSA di UiTM Segamat~

Cuba click kat gmbar ni n tengok betul2 ade tulis something kt belah kanan banner tu
( banner sponsor ke ni wahai adik2ku? )

================================================================

Me: Erm, ade rupenye stdent uitm ni.. ingtkan masih dgn dunianya sendiri.. dah kena batang hidung sendiri barulah tersedar. Lepas ni boleh la sama2 kita demo utk Islam pulak ye. Jgn tahu pertahankan bangsa je.. Agama tu yg lagi penting..


---> SESUNGGUHNYA KEMULIAANKU HANYA PADA ISLAM <----


TANGGUNGJAWAB KITA --> PEMUDA ISLAM

Assalamu'alaykum..

Smlm, sambil tengok email dulu2, terpandang 1 email yg pernah ana hantar pd rakan2 seperjuangan dlm yhoogrups persatuan kami dulu.. ana postkn balik disini utk kita sama2 muhasabah..

=======================================================

Kali ni mari kita muhasabah balik diri kita yg bergelar pemuda ni. Adakah semua ciri2 ni sudah tersemat kukuh dlm hati kita dan telah kita jelmakan melalui perbuatan?? peringatan penting buat diri yg lemah ini.. Pemuda adalah harapan setiap bangsa utk mengembalikan keagungan mereka..

Pemuda Islam perlulah:

  • Fikir tentang ummat lebih banyak dari fikir diri sendiri (sgt pnting!!)
  • Faham dakwah dan cara kerja yang betul (Dakwah kurun ke 15 Hijrah)
  • Hanya satu dakwah yang boleh menyelamat manusia - ISLAM- (5:3) manusia sdg mnuggu2 kita..
  • Ianya perlukan pengorbanan (rujuk kisah Seerah Nabi dan Sahabat) pgorbanan dr segala sudut
  • Fikrah Islam hendaklah tulen (tanpa seleweng, tambah atau kurang). (3:85) Musuh telah cuba merosakkan Islam.


Tugas kita:

• Menceritakan hakikat Islam dengan jelas (teori)
• Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali)
• Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama (manhaj hidup)
• Berjuang terus hingga syahid!!


Slogan & keyakinan kita :

  1. Allah matlamat ~ Rasul Ikutan ~ Quran perlembagaan ~ Jihad jalan ~ Mati syahid cita-cita tertinggi
  2. Berkeyakinan diri ; kita adalah 'tuan' di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.


Titik kekuatan:

• Iman (8:65)
• Ukhuwwah (8:46)
• Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb) (8:60)


Program kita:

• Individu Muslim
• Rumahtangga Muslim
• Ummat Islam
• Kerajaan Islam
• Watan Islam (Tanahair)
• Menawan balik negeri Islam yang dirampas
• Menjadi pemerintah dunia (Ustaziyyatul 'Alam)

**Tak boleh pilih2 kerana semua perlu dicapai..

-----------------------------------

  1. Cita-cita kita disangka angan-angan oleh manusia. Siapa tidak yakin ke arah ini maka sila cari cara & jalan lain.
  2. Kita bukan lemah (3:173)
  3. Kita tidak akan memisahkan agama dan negara, solat dan masyarakat dll. Mengapa orang sangat memperelokkan solat tetapi melalaikan bidang Islam yang lain?
  4. Orang Islam ialah: " PENDITA dimalam hari dan SATRIA disiangnya "
  5. Kita tidak mengabaikan negara dan bangsa kita tapi semuanya kerana Iman.
  6. Kebangsaan kita adalah semua negara Islam.
  7. Kita hendaklah maju dalam semua perkara kerana kemunduran akan merosakkan kita. (kebenaran yg tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yg tersusun!!)
  8. Hendaklah melepaskan dari sebarang fahaman lain selain Islam (tajarrud)
  9. Hendaklah menguntukkan seluruh tenaga dan masa untuk Akidah ini.
  10. Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.
  11. Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai.Allah boleh gantikannya dengan orang lain (9:39-40) Siapa yang masih kedekut harta untuk berkorban, Allah gantikan dengan orang lain (47:38)

Me: Terasa byk sangat yg perlu diperbaiki.. ana teringat kata2 dr penulis buku "al-munthalaq" yg dibacakan oleh penceramah semasa ana mengikuti sebuah tamrin beberapa tahun lalu yang mengatakan, " Putera-puteri Islam kini telah diasuh dari seekor ANAK SINGA yg GARANG menjadi seekor KIJANG yg PENGECUT!" Ana petik sedikit ayat beliau yg menarik ini:


" Rancangan mereka telah benar-benar berjaya. Inilah mercu tanda perancangan kaum Yahudi dan Kristian. Mereka asuh anak anak singa Islam menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singa-singa Islam dari kalangan para ulama', ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam. Sistem pendidikan jahiliyah dan taghut Yahudi Kristian ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya..! Inilah generasi baru dari putera-putera Islam…! Mereka itu adalah anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.."


Pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa dididik supaya berlembut dan tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam keseronokan dan kemewahan hidup. Seterusnya mereka padamkan sejarah umat Islam yang bertamadun tinggi. Mereka hapuskan kisah kisah para ulama' kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh untuk generasi baru muslim, ditakuti menunjukkan jalan kerja kepada mereka semula.

Realitinya memang benar2 terjadi kerana kita remaja kini telah disibukkan dengan hal-hal yg remeh-temeh dan malahan yg paling mengecewakan ianya tiada lgsung berkaitan dgn Islam. Memang tidak dinafikan, jika anak2 kijang ini ditegur, alasan demi alasan akan diberi semata-mata utk mengiyakan apa yg telah mereka perbuat tu. Dan yg lebih dasyat lagi sehingga ada yg cuba berselindung disebalik nama dan hukum-hakam Islam melalui secebis ilmu yg mereka perolehi. Alangkah hinanya kita jika menjadi salah seorang dr pencemar2 Islam itu sendiri.


Allahu ta'ala a'lam..yg baik 2 dtg dr Yg Maha Esa dan yg lemah itu adalah diri ini sndiri.. mohon di tegur jika silap..

Jzkk..


Tuesday, August 12, 2008

Gambar gambi..he2..

Salam'alayk..

Penyakit kemalasan yg melampau telah melanda diri ni..so xdpt la nk update blog dgn cerita2 best.. kali ni letak gambar je yg mampu.. sometimes, gmbar dpt menceritakn segalanya.. (hehe, alasan..)

gambar kartun lg.. tp kat Al-Amin pulak.. (^_^)


Para pengawas bersama timb. ketua pengawas..(mane ketua ek?)



tolongg...ade org curi rambutan kt kebun saye!! hehe..
(pas curi siap amk gmbr plk tu..hoho, dasyat!)



Wednesday, August 6, 2008

2:216

Sesuatu yg tak ku jangka bakal terjadi. Sesungguhnya hidup ini memang sebegitu. Apa yang kita rancang tak semestinya berlaku. Kita merancang begitu dan begini, namun akhirnya perancangan Allah juga yang amat cantik dan terbaik buat kita. Cuba mempasrahkan diri dengan apa yang berlaku. Berbaik sangka dgn Allah. Selama ni dah terlalu banyak nikmat yg Dia beri. Tak terhitung. Namun mengapa harus aku mengeluh dengan takdirnya buat kali ni? sungguh tak patut! Redho lah dgn ketentuanNya. Dia pasti tak kan mengecewakan! tak mungkin dijadikanNya itu dan ini untuk sesuatu yg sia-sia.. Ini yg terbaik buatku. Yakinlah!

Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi mu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.. (2:216)

Monday, August 4, 2008

:: My Second family ::

~ credit 2 kak yong yg tukang lukis ~



Me: kalau perasan, dlm pic ni masing2 ade trademark tersendiri..hu2

Geram+Marah+Malu

Erm.. tgh check2 email, tiba2 teringat kat satu peristiwa yg teramat la memalukan. Hari tu masa borak2 ngn ifa, die ada tanya psl 1 email ni, yg ana send kt die. Tentang 1 soalan yg amat2 xberfaedah. Ana dpt email tu dr sape tah.. Pastu ana pun p la tgk kt page link tu. Then ada 1 soalan yg sender tu tnya yg sgt2 xberfaedah. Ana pun dgn geramnya menjawab "No!" pd soalan tu. Pastu ntah cm mane, oleh kerana terlalu marah dan geram sgt, ana pun main click je tnpa membaca apa yg d tulis smpai la kt 1 page tu tetibe die btau yg soalan ana tu dah d hntar to all my frenz email..

Waaaa!!! malu+malu+malu!! (~_~'') dah la soalan dlm tu tah hape2.. ttg cinta la, ape la.. xsnonoh btl! Waaa.. tolong!!


**Moral of d story= Jgn bertindak masa tengah MARAH! nnt mesti menyesal xsudah.. isk..isk.. Aku menyesal Ya Allah..


To all my frenz yg dpt email ttg question tu, sori sgt2.. xpnah t'fkir lgsg nk tnye soalan cmtu kt korang.. Malu ni! Abaikn je email tu..anggapla email tu xpnah wujud dlm hidup korang eh..



Me: Grrr..rase cm nk bom je umah org yg buat soalan tu!!