Photobucket

Saturday, October 31, 2009

Tarbiyyah Umpama Petrol

In The Name of Allah, Most Gracious and Merciful


Kenderaan bermotor dan bahan api tak dapat dipisahkan. Ada kenderaan bermotor menggunakan petrol, ada yang guna benzene, ada yang guna kerosene, ada juga yang guna NGV. Kenderaan hybrid terbaru menggunakan hydrogen sebagai bahan api. Bagi kereta biasa di Malaysia, bahan api yang popular adalah petrol tanpa plumbum RON 98. Walau apa pun bahan api yang digunakan, yang penting, ia diperlukan untuk menghidupkan enjin seterusnya menggerakkan kereta.

Jom kita ambil sedikit ibrah daripada kisah kereta Perodua Kancil dan minyak petrol tanpa plumbum RON 98.


Untuk menghasilkan pembakaran dan menggerakkan piston dalam enjin, petrol perlu masuk ke dalam enjin terlebih dulu. Bekalan petrol yang mencukupi untuk enjin sangat penting. Maka, untuk setiap perjalanan, tangki petrol perlu sentiasa diisi.

Dalam sebuah perjalanan, kereta Kancil akan bergerak selagi mana petrol cukup. Sekiranya petrol kering dan tidak diisi, enjin kereta Kancil tak dapat meneruskan kerja lantas membantutkan perjalanan. Jika pedal minyak ditekan walaupun petrol telah kering, enjin akan terus mati. Setelah enjin mati, ia tak dapat dihidupkan terus setelah mengisi petrol ke dalam tangki. Ia tidak semudah memulas punat kunci. Sedikit isipadu petrol perlu di masukkan ke dalam enjin. Kerja ini agak susah dan leceh untuk dilakukan.

Sebab itu lah, isipadu minyak perlu sentiasa berkadar langsung dengan sejauh mana kilometer perjalanan. Lebih jauh dan laju kereta Kancil memecut, lebih banyak petrol yang diperlukan. Bekalan perlu sentiasa cukup. Andai bekalan petrol hampir kering, kereta Kancil perlu singgah di mana-mana stesen minyak untuk isi tangki. Bekalan yang baru akan menampung perjalanan seterusnya.

Semasa mengisi tangki di stesen minyak, pemilihan jenis bahan api mesti tepat. Jika enjin petrol diisi dengan diesel, rosak lah kereta. Perjalanan terus terhenti. Kena singgah bengkel untuk baiki enjin. Kereta Kancil tersadai 2-3 hari. Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit dek kesilapan memilih bahan api.


Petrol Dalam Dakwah dan Tarbiyyah


Dakwah ini perjalanan yang sangat jauh dan panjang. Bekalan yang sufficient atau lebih sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan jalan ini. Seorang akh atau ukht akan pendek nafasnya atas jalan ini andai bekalannya tidak mencukupi. Demikian kaitannya dengan petrol RON 98. Tarbiyyah umpama petrol dalam perjalanan dakwah. Usrah, halaqah, daurah, jaulah etc. adalah stesen-stesen minyaknya. Tugas-tugas dakwah tak dapat diteruskan andai bekalan tarbawi tak mencukupi. Bagaimana mungkin seorang akh mampu bergerak sedang jiwanya kosong. Atas dasar apakah yang mampu menggerakkannya di atas jalan dakwah yang panjang dan berliku ini.

Andai seorang dae’i itu terus memaksa dirinya atau dipaksa untuk menjalankan tugas-tugas dakwah sedang bekalannya tidak cukup, mungkin berlaku seperti enjin kereta Kancil yang kehabisan petrol. Ia akan terhenti. Untuk menggerakkannya kembali, usaha yang lebih sukar dan leceh diperlukan, sama macam mengisi petrol ke dalam enjin yang letaknya jauh di dalam bonet.

Begitu juga halnya jika seorang akh mendapatkan bekalan tarbawi yang tidak tepat. Instead of petrol iman, diesel jahiliyyah yang diisi ke dalam tangki enjin hatinya. Jika ini berlaku, rosaklah hati si akh tersebut dan memaksa proses pembaikan yang mungkin memakan masa yang lama. Banyak juga tenaga, masa dan wang yang perlu dilebur. Nauzubillaah.

Begitulah halnya jalan ini. Bekalan iman yang mendalam dan berterusan adalah pembakar enjin dakwah ini. Hanya tarbiyyah yang berterusan mampu membekalkannya.

Bagaimana tarbiyyah kita? Cukupkah untuk perjalanan yang panjang, jauh dan payah ini?


Wallaahua’lam.


source: dakwah.info

Thursday, October 15, 2009

Untukmu.. para pembela agama Allah..


Saturday, October 3, 2009

'Signal' dari Dia

Suatu hari, seorang anak kecil sedang bermain-main dihalaman rumahnya. Tiba-tiba kedengaran suatu bunyi yang yang begitu asing baginya. "Ting..ting..ting..ting.." Otaknya mula ligat menangkap punca bunyi tersebut. Dia berlari-lari ke dalam dan keluar halaman rumah untuk mendapatkan jawapan namun hampa.

"Itu bunyi loceng orang jual aiskrim nak.." kata si ibu yang sedari tadi memerhatikan gelagat anak kecilnya itu. "Kenapa dia buat macam tu bu?" tanya si anak kebingungan. Sambil mengukir senyum si ibu pun menghampiri anak kesayangannya. "Itulah namanya isyarat. Orang yang jual aiskrim tu nak kita tahu yang dia berada dekat dan hampir dengan kita". Jawab si ibu lembut.

Beberapa jam selepas itu, kedengaran pula bunyi lain yang juga aneh dan pelik menurut si anak. Bunyinya seakan-akan bunyi horn kereta. Tapi agak berlainan sedikit. "Pon..pon..pon.."

Dia pun segera menjenguk ke luar. Kelihatan sebuah motor yang aneh melintasi halaman rumahnya. Bertambah pelik si anak. Apa maksud bunyi itu sedangkan tiada satu kenderaan pun yang dilihat menghalang perjalanan. Kenapa perlu membunyikan horn? puas si anak mencari jawapan.

"Anakku, itu penjual roti. Bunyi horn itu juga sebagai isyarat. Orang tu pun nak bagi tahu benda yang sama dengan penjual aiskrim tadi. "Aku ada disini, marilah datang!". Ungkap si ibu yang begitu peka dengan persoalan yang bermain difikiran anaknya. "Macam mana ibu tahu?" soal si anak penuh serius. Sang ibu pun tersenyum sambil mengusap lembut kepala anaknya.


"Nak, bukan ibu sorang saja yang tahu. Semua orang dewasa tahu tentang tu. Perhatikan dan fahamilah, nanti kamu juga akan tahu maksud disebalik isyarat-isyarat itu." Ucap si ibu penuh perhatian.

Di antara tanda kedewasaan hidup adalah dengan kemampuan menangkap dan memahami isyarat, tanda, simbol, dan sejenisnya. Mungkin itulah bahasa high level yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT buat makhluk istimewa yang bergelar manusia ini.

Begitu efisyen dan efektif sekali! Tak perlu menjerit-jerit, berteriak sehingga melanggar batas-batas etika. Hanya dengan isyarat, sudah cukup untuk orang lain memahami maksud si pembicara. Cukup dengan berdehem, 'ehm' misalnya, orang lain akan tahu, maksudnya di rumah yang nampak kosong itu masih lagi berpenghuni.

Di pentas dunia ini juga, alam kerap menampakkan 1001 isyarat. Ombak di laut yang tiba-tiba naik ke daratan, tanah yang bergetar kuat, cuaca yang tidak lagi menentu, angin yang tiba-tiba mampu menerbangkan rumah, dan virus yang berhasil mematikan, yang entah dari mana datangnya hingga dengan mudah hinggap di dalam kehidupan manusia serta pelbagai lagi isyarat-isyarat yang sering kita lihat.




Itulah bahasa high level yang hanya dapat difahami oleh mereka yang telah dewasa. Itulah isyarat Allah SWT. "Aku selalu dekat denganmu, kemana pun engkau pergi dan menjauh!". Perhati dan fahamilah. Agar kita tidak seperti anak kecil yang kebingungan dan gelisah dengan kehadiran bunyi loceng si penjual aiskrim dan horn si peniaga roti itu tadi.


"Dan banyak sekali tanda-tanda (kekuasaan Allah) di langit dan di bumi yang mereka melaluinya, sedang mereka berpaling daripadanya."

[Yusuf:105]


"Dan Apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka, berapa banyak umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah). Maka apakah mereka tidak mendengarkan?"

[As-sajdah:26]