Photobucket

Monday, November 3, 2008

Ro Ya Sin Alif Wau = Risau

Bismillahirrahmanirraheem..


Ada satu perkara yang harus sy mengaku didepan sahabat2 semua sebelum sesuatu yang lebih berat menimpa diri sy. Sy sebenarnya sedang dilanda kerisauan, kebimbangan dan kekhuatiran yang teramat sangat. Dalam hidup ni, byk perkara yang telah m'buatkan sy bimbang dan risau akan kewujudannya. Ianya amat penting kerana bersangkut-paut dengan hati. Salah satunya ialah bilamana pujian dan sanjungan kpd insan hina spt sy ini datang bertalu-talu. Sy akui mmg sy tak layak langsung utk terima semua tu. Sy terlalu byk kekurangan dan kelemahan. Diri ini lebih mengetahui segala kekurangan, kelemahan dan ketidakmampuan sy berbanding dgn orang-orang yang menilai sy.

Dan sehingga hari ini, sy sbnrnya masih lg takut2 utk buka blog. Bukan hanya blog yang sy bimbangkan, malah utk melayari internet sekalipun. Pertama, sy takut tidak mampu menuliskan sesuatu yang cukup penting di blog ini. Menulis hal-hal yang tak penting itu tersangatlah mudah, seperti menaip tanpa melihat ke keyboard. Tapi utk menyusun kalimat2 yang layak menghabiskan waktu orang lain yang membacanya, itu agak sukar. Sebab itu sy cuba utk memberikan yang benar2 bermanfaat. Dengan harapan apa yg disampaikan menjadi amalan buat diri ini. Ustaz sy pernah sebut dulu, kalau kita selalu bg tazkirah kat orang, telinga yang paling dekat mendengar dan menangkap butiran2 bicara tu adalah telinga dari sang penyampainya, maka seharusnya orang yang menyampaikan tu lebih dahulu amalnya dari orang lain yg mendengar. Itu yang cuba dipraktikkan sebelum setiap penyampaian berlaku.

Cukuplah dengan semua pujian2 tu. Sy masih belum mampu utk membalasnya buat kalian. Sy tak perlukannya jika lama kelamaan ianya akan menghakis segala amalan2 sy. .

“Tak seorang pejuang yang berjuang di jalan Allah, lalu ia memperoleh ghanimah, kecuali akan dipercepat dua pertiga pahalanya di akhirat, sisanya satu pertiga. Tapi bila dia tidak mendapatkan ghanimah, pahalanya sempurna. ” (HR Bukhari).


Seorang syeikh pernah menyebut, pujian di depan seorang hamba kpd sahabatnya adalah seperti meletakkan kayu balak diatas bahunya. Mampukan kita memikul kayu balak yang lebih 10 tan beratnya diatas bahu kita yang lemah ini? dan sanggupkah pula kita memikulkan kayu2 berat itu dibahu sahabat2 yang kita kasihi? secara logikya, dimanakah nilai simpati kita dgn melakukan semua tu..


Masih byk yg sy tak tahu dan sy perlu belajar. Mohon sahabat2 smua membantu sy dan bukan menjatuhkan sy dgn cara seperti yg disebut diatas.. Kembalikanlah semua kekaguman kalian pada yang lebih BERHAK.. Yang mengurniakan segala nikmat buat kita.. Jzkk atas penghargaan dan doa yang tak putus2 buat diri ini. Moga kita semua terus tsabat dijalan kebenaran..

Ameen Ya Robb..

.:: Rayuan Qurban ::.




Friday, October 31, 2008

Tanak jadi ROBOT!!

Bismillahirrahmanirraheem

Saat-saat sy disibukkan dgn hal2 tertentu,
hampir2 saja diri ni menjadi
seperti seekor robot (erk, robot seekor ke?)
kenapa sy mengumpamakannya seperti tu?
Satu hari.. ditengah2 kesibukan tu
Alhamdulillah masih terselit ruang utk bertafakur sejenak
teringat akan satu video yg benar2 membuatkan sy terkesan
dan kembali tersedar daripada berpewatakan seperti sang robot
video tu sy dpt masa konsis tahun lps
simple but meaningful..

Bayangkan kehidupan dua robot ni,
situasinya berbeza..
hanya diciptakan utk melakukan sesuatu perkara berulang kali,
Robot 1
tugasan:
1. pasang suis lampu (bila tiba waktu malam)
2. tutup suis lampu (bila tiba waktu siang)
3. ulang perkara 1 dan 2 sampai mati..
tu jelah kejenye..
pasang, tutup, pasang, tutup..
kerja yang sama berjalan selama 65 tahun
kemudian robot tu pun rosak.. akibat terlalu lama penggunaanya
dan tanpa mendapat servis yg sempurna..
maka tamatlah riwayat sang robot,
tanpa meyumbang apa pun sepanjang hidupnya utk kemaslahatan sejagat..

Robot 2
tugasan: TAK TAU
sang robot pun memulakan kehidupannya sebaik sahaja selesai diciptakan
kesana-sini, tak tahu hendak kemana
penat berjalan, berehat sebentar
bersedia utk mengulangi perkara yg sama keesokan harinya
berjalan kesana kemari menjadi rutin hariannya
kadangkala cuba menghiburkan diri
dengan pelbagai hiburan dan permainan
mereka rasa mereka gembira
bermain dan bekerja
melakukan sesuka hatinya
menyangka bahawa ia telah memenuhi tujuan hidupnya
adakah sang robot ini lupa bahawa dia ada PENCIPTA?
Yang menciptakannya dengan tujuan dan punya tugasan utk dilaksanakan
Sang robot membiarkan dirinya menjadi robot yang tidak berguna buat TUANNYA
Sehingga tiba suatu masa, robot itu diMATIkan
ditarik NYAWA oleh TUANNYA
Sedang dia telah meninggalkan AMANAHNYA..

Yang mana satukah kita?
adakah seperti robot yg pertama atau yg kedua?
yang pastinya kedua-dua robot ini benar2 tidak berguna..


IBRAH DARI ROBOT 1

Jika kitalah robot yg pertama, yang mana hidupnya hanya bermatlamatkan.. "Mengenyangkan perut agar boleh dapat tenaga, dari tenaga boleh pegi kerja, dah kerja dapat gaji, dapat gaji beli beras kenyangkan perut agar dapat tenaga utk pergi kerja."
Jika kitalah ini, yang hidup seperti satu kitaran. Maka keluarlah dari kitaran jahiliyyah ini. Agar tidak rugi dihadapan Sang Pencipta kelak. Adakah tugas wakil bumi (khalifah) hanya sekadar berkisarkan aktiviti-aktiviti utk perut? fikir-fikirkanlah wahai diri..

“ Maka adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu main-main(tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Al-mukminun:115)"


IBRAH DARI ROBOT 2

Tengokla sendiri..






Jzkk buat shbt yg byk m'beri inspirasi buat diri ini. W'pun bicaranya tidak kedengaran namun pena mayanya sentiasa menjadi pendorongku utk meneruskan langkah ini..


Monday, October 20, 2008

Ia bukan untuk orang manja..

Bismillahirrahmanirraheem..

Posting kali ini mungkin agak keras bahasanya, namun tetap ingin sy paparkan disini sebagai peringatan utk diri sendiri dan semua yg berada di jalan ini..

===============================

Pencerahan bukan untuk orang yang manja. Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas. Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri. Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa. Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti- yang senang dan mudah, join. Yang penat, bersusah payah, elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Allah. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon ikhwah akhawat sebagai pendamping hidup, bukan yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman sefikrah bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain. Yang cepat mengalah, yang meletakkan usrah, qiamullail, daurah, dan yang seangkatan dengannya dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain. Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong. Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini.

Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu. Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah. Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh. Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik kereta besar dan mewah, yang ada air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan inform dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia macam boss, hanya tunggu information. Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot. Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, assignment, presentation, nak balik kampung, keluarga tak bagi keluar dan sebagainya.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah. Tanpa kita, yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara. Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa da’wah, Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti. Tak mengapa. Teruskan hidup kita seperti biasa. Da’wah tak memerlukan kita. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran kita. Berbahagialah seadanya, itupun jika kita dapat merasai kebahagiaan itu..

Fikir-fikirkanlah wahai hati-hati yang di tarbiyah..


Ya Muqallibal qulub, tsabbit quluubana 'ala deenik..
wa 'ala tho'atik.. wa 'ala jihadi fi sabilik..

Amin Ya Robb..


Monday, October 13, 2008

Kegagalan, di mana kayu ukurnya?

Sedikit perkongsian dr sahabat untuk sahabat..

======================================

“Hidup saya penuh kegagalan. Dari kecik sampai besar ada je masalah dalam buat benda-benda. Asyik-asyik tak kene je. Dah masuk U, keluar balik, masuk yang lain… Tengok orang lain berjaya, kadang-kadang iri hati juga, tapi apa nak buat, saya dan kegagalan dah macam adik-beradik,” kata seorang teman.

Saya terfikir. Oklah kegagalan. Bukan semua orang berjaya dalam kehidupan. Dah tak semua gagal dalam kehidupan. Mungkin itulah warna-warni dalam kehidupan. Ada naik turun. Ada yang penuh gilang gemilang. Ada yang sederhana. Ada yang tak berjaya-jaya juga sampai last. Tapi apa sebenarnya takat ukur kejayaan dan kegagalan.

Apakah dengan tidak masuk U anda gagal. Atau memang dari sekolah rendah anda maintainkah record sebagai no. 1 dari belakang? Atau apa sebenarnya? Atau berjaya itu adalah dengan selalu mendapat dean’s list setiap sem, dan dapat straight A’s dalam national exam, dan..dan..dan.

Sebab saya secara peribadi, suka berkawan dengan orang yang hidupnya tak lurus dan mudah. Itu biasa. Saya suka kawan dengan orang yang kaya pengalaman. Hidupnya ada pelbagai warna. Ada naik turun. Ada kene kejar, kena tipu dan kena makinya. Sebab dari sekolah kehidupan dia belajar banyak benda yang kita tak belajar di sekolah teori dan falsafah.

Ye, mungkin hidup dia tak secerah pelangi hidup kita yang lain. Kita mudah. Dari sekolah dapat no. 5 ke atas. Masuk menengah straight A’s, masuk U dean’s list, dapat scholar, kerja dapat mudah. 5 digit pay. Naik pangkat. Kawin. Jadi bos. Pencen. Duit masuk. Jaga cucu.Mati. Owh begitu mudahnya. Dan kita claim kita seorang yang berjaya dalam kehidupan.

Tanda aras

Saya selalu teringat, Allah sebut dalam surah al-Ankabut: “Apakah manusia mengira bahawa dibiarkan mengatakan bahawa kami beriman sedangkan mereka tidak diuji..?”Jelas sekali. Takat ukur kejayaan dan kegagalan. So, jangan mudah-mudah claim kata aku dah berjaya, sedangkan hidup anda laluannya sangatlah mudah.

Bayangkan mereka yang the so-called gagal dalam kehidupan. Nabi sendiri lebih dari 70 kali ketuk pintu rumah Abu Jahal sehari, mengajaknya kepada Islam. Adakah itu kegagalan? Alexander Graham Bell, selepas kali ke seratus lebih baru berjaya mencipta telefon. Adakah sebelum itu dia gagal?

Kegagalan adalah suatu proses dalam anda nak mencapai kejayaan. Kegagalan juga menambah warna, perisa dan perasa dalam resipi kejayaan anda. Well, tak seronoklah kalau mudah je mendapat kejayaan dan kemenangan, kalau tak da kesusahan dan kegagagalan. Betul tak?

Takat ukur kegagalan, sekali lagi jangan diukur dengan akal fikiran manusia dan pancaindera yang sangat terbatas. Boleh jadi secara lahirnya kita gagal, tapi apa yang akan berlaku selepas tu, kita akan berjaya. Lihat sahaja perjanjian Hudaibiyyah, yang dimeterai antara kaum muslimin dengan penduduk Quraisy Makkah. Literally memang nampak kalah. Yelah semua clause dalam perjanjian tu memihak kepada kaum Quraisy. Tapi itukan pandangan manusia. Apa yang mereka tak nampak ialah the future consequences akibat perjanjian tu. Apakah tewas dalam perjanjian tu jugak dikira kegagalan?

Sebab tu. Tanda ukurnya bukan pada manusia. Tapi pada Allah. Thus, bila Allah kata: Telah berjaya mereka yang menyucikan hatinya dan telah gagallah mereka yang mengotorkan hatinya (surah As-Syams).

Siapa yang berjaya dan siapa yang gagal? Anda nampak?