Photobucket

Thursday, February 5, 2009

Sayang Islam bukan hanya dgn foward mesej "PALSU" je! Kenalah berda'wah! STOP IT!!

BismiLLahirrahmanirraheem..

Setelah beberapa ketika sy telah melakukan sesi pengabaian kpd blog ini, bukan kerana tidak mahu menyampaikan tetapi sedang cuba utk mengutamakan yang utama dan akhirnya sedikit perkongsian buat semua..

Kebelakangan ini, sy dapati telah hampir setiap hari sy akan mendelete mesej-mesej yg berunsurkan pembohongan di friendster dan adakalanya di hp. Msg yg kononnya cuba mengaplikasikan pesan Rasulullah saw dlm hadithnya yg bermaksud,

"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.."
[H/R: Bukhari dan Tirmizi]

Tetapi sejauhmana kebenaran dan kesahihan mesej yang difoward tersebut tidaklah pula dikaji sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud,

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
[HQ 49:6]

Ketidakfahamanku semakin ketara dengan golongan ini. Ditambah pula dengan mesej yang disampaikan itu adakalanya berunsurkan ugutan, tak ubah seperti email berantai yang pernah popular satu masa dulu. Dan pendapat peribadi sy, adalah sekali-kali tidak boleh dijadikan bahan ukuran sebagai tidak menjalankan tanggungjawab dakwah kepada ummah seandainya orang yang menerima mesej-mesej yg kononnya "Islamic" ini tidak memfoward kepada orang lain selepasnya. Ini jelas dalam firman-Nya yang bermaksud,

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah
dan katakanlah perkataan yang benar.."
[HQ 22:70]

" Maka bertanyalah kepada orang-orang yang tahu (berilmu), jika kamu tidak mengetahui.."
[HQ 21:7]

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.."
[HQ 9:71]

Disini sy sertakan satu artikel menarik yang bertepatan dengan topik pada kali ini. Ditulis oleh Akh Idris dan boleh kita hayati serta renungkan bersama kesan setiap tindakan kita itu kepada agama dan masyarakat.

+++++++++++++++++++++++++++++++

“Slm,kpd smua yg brglr mslim,hri ni pkr meteorologi bhgn bunyi dr Rusia mndpti ssuatu bnyi gnjil sprti ngauman rksasa dr bwh mantel bumi.Menurut para ulama kmungkinan bsr itu suara Dajal y brusaha utk naik ke muka bumi.Oleh itu,kita d sruh sntiase x b’henti azan n solat,sbrkn kpd 10 umat ISLAM...amanat.”

Siapalah pencetus angkara ni ya? Jangan-jangan orang dari ‘line’ telefon tak? Maklumlah, satu orang kena sebar kepada sepuluh orang. Kalau ada sejuta orang pengguna, kan dah jadi 10,000,000 sms? Lagi cepat habis kredit pengguna, lagi untunglah pihak penjualnya. Ini sekadar agak-agak saja, belum ada bukti kukuh pun.

Dari semasa ke semasa pelbagai berita buruk yang boleh menggugat ketenteraman jiwa umat Islam disebarkan melalui cara di atas. Kena sebar kepada 10 oranglah, 7 oranglah. Antaranya berita Masjidil Aqsa dikepung, seolah-olah hendak diserang dan diruntuhkan oleh tentera Zionis sebentar saja lagi. Selang beberapa bulan, masuk lagi mesej yang sama. Entah berapa kalilah Masjidil Aqsa hendak dikepung dan diruntuhkan.. : )

Kadang-kadang isinya dalam bentuk fadhilat. Contohnya (lebih kurang):

“Laailahaillallah, Muhammadurasulullah. Kalimah tauhid yang membawa berkat. Sabda Nabi, sampaikan walau satu ayat. Sebarkan kepada 10 orang Islam, insyaallah membawa kebaikan.”

‘Hadis-hadis palsu zaman moden’ ini hampir-hampir tidak ada manfaatnya. Jika ada perkataan “sampaikan kepada sejumlah orang” biasanya mengarut saja. Memang baik kita abaikan. Sekiranya anda menulis ataupun mendapat hadis umpamanya, dan mahu disampaikan kepada orang lain, itu memang bagus. Tapi yang berisi arahan supaya sebarkan kepada sejumlah orang, kadang-kadang berupa ugutan pula, jangan dilayan.

Ugutan yang dibuat pun memang melucukan (bagi yang tahu). Samalah halnya dengan surat berantai kisah Syeikh Ahmad yang ‘mengetop’ kisahnya sekitar 70-8-an dulu. Sesiapa yang sebarkan surat itu kepada sejumlah orang, pasti akan mendapat imbuhan keduniaan seperti kenaikan pangkat, mendapat anak dan macam-macam lagi. Siap diberikan contoh kejayaan orang-orang kenamaan yang pernah menyebarkan surat itu. Sesiapa yang tidak percaya dan tidak mahu menyebarkannya pula, akan ditimpa musibah yang besar, juga beserta contoh-contoh mereka yang pernah terkena musibahnya. ‘Hadis-hadis palsu zaman moden’ ini pun ada juga yang diselitkan ugutan seumpama ini. Orang awam yang kurang pengetahuan pun bersungguh-sungguhlah menyebarkannya kerana takut terkena musibah. Mana yang lebih bijak, mereka SMS ustaz-ustaz dulu minta penjelasan.

Antara bahaya besar yang kita nampak daripada aktiviti penyebaran ‘hadis-hadis palsu zaman moden’ ini boleh kita ambil daripada cerita ‘Penggembala dengan Harimau’. Penggembala berteriak kepada orang kampung kononnya kambing-kambingnya diserang harimau. Apabila orang kampong tiba, ternyata perkara itu hanyalah dustaan si penggembala. Kali pertama orang percaya, kali kedua orang percaya. Masuk kali ketiga orang buat tak tahu saja walaupun ketika itu memang betul ada harimau menyerang kambing-kambing.

Dalam hal ‘hadis palsu moden’ ini, dikhuatiri satu hari nanti umat Islam sudah hilang sensitif kerana muak ditipu berulang-kali dan akhirnya buat tak tahu saja mesej yang disebarkan sedangkan ketika itu umat Islam memang betul-betul berada dalam bahaya dan memerlukan gerak segera. Memang tidak bertanggungjawab para pencetus ‘hadis palsu moden’ ini.

Kita kembali kepada ‘hadis palsu moden’ yang saya terima di atas. Agak melucukan bunyinya “pakar meteorologi BAHAGIAN BUNYI”. Adakah jawatan sebegitu? Jika ada, betullah tu, mungkin saya yang kurang ilmu. Pakar bahagian bunyi itu kononnya mendakwa terdengar bunyi seperti NGAUMAN RAKSASA dari bawah mantel bumi. Terus PARA ULAMA menyatakan bunyi itu kemungkinan bunyi Dajal yang mahu naik ke atas muka bumi. Oang-orang di Rusia (banyak yang atehis) sana percaya kisah Dajjalkah?

Amboi, amboi, cepat betul pakar-pakar bunyi itu berhubung dengan PARA ulama sedangkan mereka baru mendengar bunyi itu HARI INI! Masa bila pula apabila ada sesuatu penemuan baru, pakar-pakar meteorology Rusia menjadikan ulama sebagai rujukan? Dan para ulama pun begitu pantas sekali memberikan ulasan. Yang mana satu Dajal ni, yang nak keluar dari bawah tanah tu ke... ataupun yang mula-mula menulis mesej di atas? Hebat betul Dajjal, keluar-keluar dari BAWAH MANTEL BUMI, terus capai telefon bimbit dan tulis mesej.. : )

Kemudian, bila masa pula Dajjal tinggal di bawah bumi? Saya rajin juga membaca dan membuat nota tentang Dajjal tapi tak jumpa pula kisah Dajjal tinggal dalam tanah, dan mengaum pula bunyinya. Pencetus ini nyata jahil ehwal agama Islam.

Kejahilannya terserlah lagi apabila membuat seruan supaya umat Islam SENTIASA/TIDAK BERHENTI mengerjakan solat dan berazan. Ajak orang supaya membanyakkan solat itu bagus, tapi solat dan azan ‘non-stop’ tu pernahkah dibuat para pendahulu kita? Boleh jadi si pencetus ini bukan orang Islam, tak mustahil. Lebih-lebih lagi apabila dia menulis “kpd 10 umat ISLAM” dengan perkataan ISLAM diserlahkan berhuruf besar. Cepatlah habis ‘kredit’ orang-orang Islam asyik menyambung rantai mesej palsu.. : )

Zaman dahulu, hadis-hadis palsu yang menggesa umat Islam menambahkan amal memang banyak. Antara tujuannya supaya umat Islam leka dengan amal dan ketinggalan ehwal keduniaan menyebabkan musuh-musuh Islam mudah menjatuhkan Islam. Ada juga yang mahu mengukuhkan kedudukan politiknya lalu menyebarkan fadhilat amal yang luar biasa. Tujuannya supaya umat Islam kurang masa untuk meneliti ehwal politik, maka dia akan mengaut apa-apa keuntungan politik.

Contohnya hadis-hadis yang mengatakan jika melakukan satu amal tertentu berterusan ataupun pada masa tertentu, akan mendapat pahala 7 orang nabi. Sekali buat sudah dapat pahala 7 nabi, kalau dibuat setiap tahun, setiap minggu? Wahhh, kalah habis para nabi punya amal!

Begitulah, salah satu kaedah untuk mengenal hadis palsu ialah ganjaran yang dijanjikan itu terlalu berlebih-lebihan. Orang awam pun berlumba-lumbalah mengikut saranan hadis palsu itu sedangkan pada masa yang sama pencetusnya mengaut keuntungan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Juga boleh baca artikel yang juga terkait dengan topik ini DISINI..

Moga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa kita
lantaran kejahilan kita
dengan perihal Deen ini..
~Ameen~


Wednesday, January 21, 2009

Rekod Cemerlang HAMAS sepanjang perang di Gaza

Pada pukul 10.30 waktu Mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Briged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir-butir dalam sidang media tersebut:

80 TENTERA ISRAEL YANG TERBUNUH (PALING KURANG)

49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.

48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM

MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT

MENEMBAK 4 HELIKOPTER

MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA

MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR-BANAR ISRAEL

TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANGAN PEJUANG YANG DITANGKAP.

MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.

MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL

MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP

BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI

MENAWAN TENTERA-TENTERA ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL

BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.

MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.


Mereka telah menyatakan kejayaan m
ereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan Israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan Hamas. Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini.

Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dengan ala an ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:
"ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".

“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaiman untuk mendapatkannya.”

Ulasan: Pasukan briged Qassam dan briged-briged yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dr bumi. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan Parti Likud (Israel)yg mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap hammas. Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam.

Kekuatan ketenteraan pejuang hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada sorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar-besaran hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang Palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar seperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang Palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel. Sabda Nabi saw:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس


Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)

Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat2 tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih2 yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.

Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku al-Quds qadiyyah kullu muslim oleh Qardawi.

Friday, January 16, 2009

SAVE THE PALESTINIANS


>> Click image for more detailed information <<

Wednesday, January 14, 2009

Wajah-wajah "Pengganas Hamas" yang dikehendaki israel..


Pictures of Hamas’ most wanted "terrorists"













Inilah wajah-wajah 'pengganas Hamas' yang sedang giat diburu oleh rejim zionis.
Saya benar-benar kurang mengerti jika ini yang dikatakan pengganas dan pengancam keselamatan negara..



Ayuh ikhwah akhawat, sama-sama kita bantu dan doakan mereka..
Yakinlah dengan janji Allah,
Janji-Nya pasti berlaku!
Jangan biarkan diri kita tergolong dlm golongan yang berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa untuk pembebasan Palestin..


Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’ada ina
wa na'uzubika min syuruurihim,
Allahumma baddid syamlahum, wa farriq jam’ahum,
wa syattit kalimatahum,
wa zalzil aqdaamahum,
wa salliit ‘alaihim kalban min kilabik
Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim,
Ya Allah ,Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab,
wa Ya mujriassahaab,
wa Ya hazimal Ahzab
ihzimhum, ihzimhum, ihzinmhum
wansurna 'alaihim..


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh -musuh kami kepada Engkau
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa
Wahai Tuhan yang Maha Kuat
Wahai Tuhan yang ada bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Kalahkan mereka!
Dan menangkan kami ke atas mereka..

Ameen Ya Robbal 'Alameen..


Tuesday, January 13, 2009

Kenapa HAMAS tolak genjatan senjata?

Assalamualaikum WarahmatuLLah..

Ada satu isu yang harus (wajib) dijelaskan tentang pendirian Hamas terhadap gesaan gencatan senjata oleh PBB. Majlis keselamatan yang bersidang telah meluluskan resolusi 1860 dengan sokongan 14-0 (Amerika abstain - tidak mengundi) iaitu kedua-dua pihak Isreal dan Hamas menghentikan serangan.

Khaled Meshal dengan tegas menyatakan pendirian Hamas untuk menolak syarat-syarat gencatan senjata.

  1. Kita kena bagitau Hamas tidak menolak gencatan senjata tetapi syarat-syarat gencatan senjata. Ini untuk menolak dakwaan Hamas tidak berminat untuk mengwujudkan keamanan dan menjamin keselamatan orang awam.

  1. Hamas bersedia untuk menghentikan serangan roket seperti yang dikehendaki oleh resolusi 1860 apabila Israel mengundurkan tenteranya dari Gaza dan membuka semua sempadan dan pintu masuk ke Gaza (termasuk sempadan Rafah di Mesir). Inilah punca kepada penentangan Hamas dan rakyat Palestin. Jangan lupa Gaza terkepung sejak 18 bulan lalu sehingga mencetuskan tragedi kemanusiaan yang dahsyat.

  1. Menerima syarat gencatan senjata yang diluluskan oleh PBB bererti balik kepada status qou iaitu kembali kepada kepungan. Gaza akan terus dicengkam oleh krisis kemanusiaan yang parah.. Ini yg disebut oleh Dr Yusuf Qardhawi rakyat Gaza ada 2 pilihan ; 'samada mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau mati dengan segera akibat pengebuman'. Jangan kita biarkan saudara kita tersepit di antara dua pilihan tidak menasabah ini.

  1. Israel sendiri menolak gesaan gencatan senjata ini. Jadi jangan fokus kepada Hamas tetapi fokus kepada Israel yang merupakan pihak penyerang.

  1. Israel selamanya tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa termasuk resolusi PBB. Setelah mereka tidak mengendahkan lebih dari 80 resolusi majlis keselamatan sejak 1948, apakah mereka akan menerima dan menghormati resolusi terbaru dari PBB?

  1. Syarat gencatan senjata juga yang menghendaki kehadiran tentera asing ditolak oleh HAMAS. Ingat jika OIC berjaya mendapat kelulusan untuk hantar tentera pengaman ianya akan ditolak oleh Israel. israel yang akan memutuskan tentera negara mana yang dibenarkan untuk menjadi pasukan pengaman di gaza. apa yang akan berlaku pasukan pengaman ini hanya akan memastikan keselamatan israel dan 'security' Israel untuk terus mengepung dan menduduki Gaza. Sedang pejuang Palestin akan dilumpuhkan, dilucutkan senjata, dihalang dari membentuk pertahanan. Akhirnya Isreal bebas untuk melakukan apa sahaja ke atas wilayah Gaza tanpa sebarang penentangan dari pejuang palestin.

Mari sama-sama kita perjelaskan kepada semua. Jangan biarkan media mempengaruhi pandangan umum masyarakat untuk terus menuduh Hamas sebagai punca kepada apa yang berlaku di Gaza.


Source : Dr. Hafidzi Bin Mohd Noor (PACE Malaysia)