Photobucket

Thursday, March 25, 2010

JoM3!!


Friday, March 5, 2010

Kuunu Ubbadan qabla an takuna Quwwadan

Jadilah kamu semua abid yang sebenar-benarnya (Hamba Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin atau diberikan amanah kepimpinan. Kata-kata hikmah beliau ini adalah kata-kata yang tinggi maknanya. Beliau mahu memberikan penekanan dan peringatan yang jelas agar anggota Ikhwan Muslimun waktu itu memberi penekanan yang besar kepada aspek menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya. Menjadi 'abid dalam pengertian yang menyeluruh. Menjadi abid dalam aqidah, tasawwur aqliyyah, sudut pandang hidup yang benar, ruh yang hidup dan berhubung dengan langit, perasaan yang sensitif terhadap ajaran Islam dan kewajipannya, suluk peribadi dan haraki. Hanya dengan kesempurnaan (syamilah) dan kesimbangan (tawazun) barulah akh ini akan layak untuk memikul bebanan dakwah sedikit demi sedikit, dari satu marhalah kepada satu marhalah, dari satu kewajipan hingga kewajipan yang lebih berat hinggalah ia layak untuk menjadi pemimpin ummah.

Inilah yang saya maksudkan persediaan dan pembinaan. Pembinaan saudara pendakwah adalah pembinaan khusus. Bagi masyarakat umum ada tarbiyyahya. Ceramah umum, tazkirah yg dapat mengingatkan mereka akan tanggung jawab seorang Muslim. Bagi mereka yang sedang di bina (takwin) ada manhajnya dan wasilahnya. Oleh itu wahai saudaraku persiapkanlah dan binalah peribadi anda dengan tarbiyyah yang sempurna. Bermula dengan tarbiyyah peribadi, tarbiyyah jamaiyah dan tarbiyyah dzatiah (yg telah kita fahami).

Pembinaan hampir lah sama dengan proses membina sebuah batu bata. Tanah liat diletakkan dalam sibghah (bentuk) dan kemudiannya di panaskan dalam suhu yang sangat tinggi. Jika batu bata ini tidak dibuat dengan betul atau prosesnya salah maka batu bata yang keluar dari tempat pembakaran akan terbahagi 3 jenis. Satu pecah. Kedua retak. Dan ketiga kukuh dan cantik untuk di buat binaan.

Pada hakikatnya membina seorang fardi Muslim adalah lebih sukar dan mengambil masa yang sangat lama. Manusia amat unik dan ada perasaan serta akal fikiran. Ada jiwa dan kecenderungan. Boleh berubah bila-bila masa. Sebab itulah pentarbiyahan itu amat penting dalam amal Islami.

Sebab itulah satu Surah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.aw iaitu Surah Al-Muddathir (1-7) memberi metod bagaimana proses pembinaan ini berlaku. Ianya adalah surah-surah yang awal di Makkiah. Persediaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul yang akan memikul bebanan yang amat berat sekali. Surah ini berkaitan pembinaan jiwa yang kuat. Pembersihan jiwa dan zahir para pendakwah. Menjauhi segala kelalaian dan kejahatan. Melawan hawa nafsu supaya ikhlas dengan tidak mengharap apa-apa upah kecuali dari Allah SWT. Serta persediaan ke arah kesabaran yang sempurna dan teguh apabila menanggung segala ujian, musibah, dugaan, fitnah dan tantangan dari kaumnya. Cuba fahami Surah ini;

1. Wahai orang Yang berselimut!

2. bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).

3. dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!

4. dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.

5. dan Segala kejahatan, maka hendaklah Engkau jauhi.

6. dan janganlah Engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.

7. dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah Engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

(Al-Muddathir 1-7)

Ibrah dan pengajaran dari Surah ini walaupun dituju kepada Nabi Muhammad adalah juga untuk kita semua. "Al-Ibrah bi umumil Lafzi La bi khususi as sabab". Ibrah dengan umum lafaz bukan dengan sebab khusus turunnnya ayat.

Oleh itu wahai saudara ku marilah kita perkukuhkan peribadi kita dengan iman yang kuat. Ingatlah akan hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a Hadith Hassan Gharib di dalam Kitab Ibnu Rejab " Min husni Islam al-mar'i tarkuhu ma la yakni hi". Daripada kebaikan Islam seorang lelaki ialah dia meninggalkan apa yang tidak berfaedah bagi dirinya". Ada riwayat lain dengan erti seumpamanya.

Salah satu cara kita membina peribadi kita al akh Muslim ialah menjauhi lagha, kelalaian, urusan yang tidak ada kena mengena, membazir waktu, cuai dalam ibadah, sehingga kita memberi seluruh fokus kepada kebaikan dan kebajikan untuk diri, keluarga dan masyarakat. Itulah panduan dari Nabi kita yang mulia,

Moga kita semua menasihati diri kita semua termasuk saya. Amin

-As Syahid Imam Hassan Al-Banna-


Tuesday, February 16, 2010

Ya Rijalud Dakwah!


“… Bahkan tanggungjawab kamu, wahai para pemuda adalah lebih besar daripada itu… Tanggungjawab kamu ialah mara ke depan dengan kesungguhan bekerja, membebaskan diri dari kongkongan perasaan malas dan lemah serta mengharungi kehidupan dengan penuh keazaman dan keikhlasan, tidak dihalang oleh rasa gementar dan sebarang rintangan… untuk melayakkan kamu melaksanakan tanggungjawab yang besar di dalam menghadapi cabaran-cabaran keruntuhan dan penyelewengan yang mencengkam umat Islam.. Semoga Allah sentiasa bersama kamu dan Dia tidak akan membiarkan usaha kamu begitu sahaja kerana Dia telah berjanji di dalam kitabNya yang mulia,

"Sekiranya kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.."(Muhammad: 7)


- Syeikh Abdullah Nasih Ulwan –




Thursday, February 4, 2010

Tanpa Sedar..

Bismillahirrahmanirrahim..

“Orang yang pandai adalah yang sentiasa memperbaiki diri dan menyiapkan bekal kematian. Dan orang yang rendah adalah yang selalu menurutkan hawa nafsu dan berangan-angan kepada Allah.” (At-Tirmidzi)

Maha Besar Allah Yang menghidupkan bumi setelah matinya. Air tercurah dari langit membasahi tanah-tanah yang sebelumnya gersang. Aneka benih kehidupan pun tumbuh dan berkembang. Sayangnya, manusia pula mematikan sesuatu yang sebelumnya hidup.


Tanpa sedar, kita terlalu boros terhadap waktu

Trend hidup saat ini memaksa siapapun untuk memandang dunia seakan sesuatu yang mengasyikkan. Serba mudah dan mewah. Sebuah keadaan dimana nilai keringat diganti dengan sesuatu yg segalanya dihujung jari. Dalam kata lain, dunia menjadi begitu melenakan.

Tidak hairan jika gaya hidup kota menggalakkan sesorang menjadi manja. Senang bersantai dan malas bekerja keras. Di suasana serba mudah itulah, waktu menjadi begitu murah. Detik, minit, jam, hingga hari, telah berlalu begitu saja dalam cara hidup santai.

Diumpamakan seperti, jika seseorang memberikan kita wang sebesar RM86,400 setiap hari. Dan jika wang tersebut tidak habis digunakan, ia perlu dikembalikan. Pastinya kita akan memanfaatkan wang tersebut utk sesuatu yang pelaburan yg menguntungkan. Kerana boleh jadi kita tak punya apa-apa ketika tawaran itu terhenti. Dan sangat rugi jika dibiarkan tanpa memenuhi kehendak yang bermanfaat.

Begitulah waktu. Setiap hari Allah sediakan kita tidak kurang dari 86.400 detik. Jika hari berganti, maka berlalulah waktu semalam tanpa berbaki sedikitpun. Dan di hari yang baru, sekali lagi Allah sediakan jumlah waktu yang sama. Begitulah seterusnya. Sehingga tak ada lagi waktu yang diberikan.

Sayangnya, ramai yang gemar membelanjakan waktu itu untuk hal yang remeh-temeh. Dan penyesalan pun muncul ketika "tawaran" waktu ditarik semula. Tanpa pemberitahuan, tanpa teguran dan tanpa peringatan.

Allah swt. berfirman,

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (dari Allah swt.).

(Al-Anbiya’: 1)


Tanpa sedar, kita makin jauh dari keteladanan Rasul dan para sahabat

Pergaulan hidup antara manusia akan mewujudkan pengaruh. Saat itulah, tanpa sedar terjadinya pertukaran selera, gaya, kebiasaan, dan perilaku. Semakin luas ruang lingkup pergaulan itu, semakin besarlah pula risiko keterikutan dan pengaruh yang terjadi.

Stamina seseorang tidak selamanya berada pada posisi paling atas. Adakalanya ia bisa surut. Ketika itu, ia lebih cenderung utk ditarik daripada menarik. Tanpa sedar, terjadinya penyebaran pengaruh luar pada diri seseorang. Perlahan tapi pasti.

Suatu saat nanti, semua orang tidak lagi merasa berat hati melakukan perbuatan yang dulunya pernah dibenci. Dan itu bukan lantaran keterpaksaan. Tapi, kerana adanya percampuran dalam diri terhadap nilai-nilai yang bukan sekadar tidak pernah dicontohkan Rasul, bahkan dilarang. Sekali lagi, perlahan tapi pasti.

Anas bin Malik pernah menyampaikan sebuah ungkapan yang begitu dahsyat di hadapan generasi setelah para sahabat Rasul. Beliau mengatakan, “Sesungguhnya kamu kini telah melakukan beberapa amal perbuatan yang dalam pandanganmu remeh, senipis rambut, padahal perbuatan itu dahulu di zaman Nabi saw kami anggap termasuk perbuatan yang merosak agama.” (Bukhari)


Tanpa sedar, kita jadi begitu asing dengan Islam

Pelunturan terhadap nilai yang dipegang seseorang berlaku tidak secara serentak. Tapi begitu halus, sedikit demi sedikit. Hingga pada saatnya, hamba Allah ini merasa asing dengan nilai Islam itu sendiri.

Ajaran Islam tentang ukhuwah misalnya. Kebanyakan muslim faham bahawa orang yang beriman itu bersaudara. Saling tolong-menolong, saling mencintai, dan saling memberikan pembelaan. Tapi anehnya, nilai-nilai tersebut sudah menjadi tidak lumrah.

Semua pertolongan, perlindungan, pengorbanan kerap dinilai dengan pampasan. Ada hak, ada kewajipan. Ada wang, ada pelayanan. Tiba-tiba seorang muslim merasa wajar hidup dalam karakter individualistik. Bahkan, tidak mustahil jika seorang daie merasa enggan berceramah di suatu tempat kerana nilai bayarannya kecil. Sekali lagi, tak ada wang, tak ada pelayanan.

Firman Allah swt..

Dan sesungguhnya jika Kami menghendaki, niscaya Kami lenyapkan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, dan dengan pelenyapan itu, kamu tidak akan mendapatkan seorang pembela pun terhadap Kami, kecuali kerana rahmat dari Tuhanmu….”

(Al-Isra’: 86-87)


Tanpa terasa, kita tak lagi dekat dengan Allah swt.

Inilah sumber dari pelunturan nilai keimanan seorang hamba. Kalau seorang pekerja tidak lagi dekat dengan majikannya, sukar untuk diharapkan kebagusan dalam kerjanya. Kesungguhan kerjanya akan berkurangan. Bahkan semakin tak punya nilai. Sekadarnya sahaja. (Tapi ini tidak terjadi pada orang yang ihsannya tinggi).

Jika ini yang terus terjadi, tidak tertutup kemungkinan, ia lupa dengan sang majikan. Ketika seorang hamba melupakan Tuhannya, Allah akan membuat orang itu lupa terhadap dirinya sendiri. Ada krisis identiti. Tidak memahami kenapa ia hidup dan ke mana langkahnya berakhir.

Maha Benar Allah dalam firman-Nya,

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.

(Al-Hasyr: 19)

Allahu a'lam..

Tazkirah ringkas utk diri, moga tak pernah jauh dariNya..

Thursday, December 24, 2009

Attention to all of You..!!

Salam..
Dear all,
Please circulate

December 27th - January 18th marks the first anniversary of the unspeakable brutality committed by the Zionist regime of Israel against the people of Gaza. For over 22 days, Israel dropped bombs, white phosphorous, used airplanes, helicopters, navy ships, tanks, bulldozers and heavily armed soldiers against a defenseless people.

1,400 dead, 5,000 injured, 20,000 homeless & 50,000 displaced. Schools, hospitals, universities, ministries, homes, shops - nothing was spared. The people of Gaza were simply bombed to death.

All around the world civil societies are marking the first anniversary of this cowardly and genocidal crime and Viva Palestina Malaysia (formerly COMPLETE) calls on all Malaysians to stand in solidarity with the Palestinian people by doing the following:

1. Display the Palestinian scarf on 27th December everywhere you go. Drape it around yourself, tie it to your bag, display it in your car. Just let it be seen.

2. Boycott the following companies, supporters of the Zionist regime of Israel, from 27th December to 18th January - Nestle, McDonald's, Coke and Loreal. Do not buy any of their products!

3. Put up Boycott Israel car stickers, available for free. They can be collected from 6, SS1/24A, Kampung Tunku, Petaling Jaya. Or call Jemaimah at 013 231 4596

4. Observe one minute of silence at exactly 12 noon on 27th December. Turn this silence into a deafening roar against the injustice suffered by the Palestinians.

It is highly encouraged that you get together with family and friends on 27th December. Do take pictures and videos of your activities and email them to complete2009@ gmail.com. We will be posting them on our website and Facebook. Viva Palestina Malaysia members and volunteers will be at the open court of Mid Valley Shopping Mall at 11 am on 27th December. Do join us.

Gaza is still under a blockade. The attack gave the Palestinian struggle a global dimension and civil societies all around the world are stepping in to bring about a change. In the words of Abraham Joshua Heschel,

"Few are guilty, but all are responsible."


Please circulate this email far and wide. Lets get together and remember a people long forgotten by the rest of the world.

For more information do contact the following :

Azra (azrabanu@gmail.com) 016 209 4500

Jemaimah (jemma.mustapha@gmail.com) 013 231 4596


Malay translation >>HERE<<



~Worldwide protests for Gaza~





and i've seen this video.. on the 1st 'Boycott israel Campaign' at DBKL's Building..





+++++++++++++++++++++




Me : Huu, I've just found out that COMPLETE Malaysia has changed their name to Viva Palestina Malaysia (VPM). Erk, sgt terok! nmpak sgt xikut pkembangan smasa.. ^_^"


LET'S SHOW OUR SOLIDARITY!!