Photobucket

Wednesday, October 20, 2010

Jom daftar pemilih!


**Entry xde kaitan dgn tajuk dan mana-mana kempen pilihanraya~~ tp bg ssiapa yg dh cukup umur tu silelah mendaftar ye. Your vote can CHANGE THE WORLD! ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam hidup ini sebenarnya kita tak pernah sunyi dari membuat keputusan. Dalam sehari sahaja terlalu banyak keputusan yang telah kita buat dan kita ambil. Sama ada baik atau buruk, itulah pilihan yang telah kita buat.

Alangkah beruntungnya orang yang dapat membezakan setiap pilihan yang bakal diambil. Bertuahnya mereka yang dapat mengasingkan antara pilihan yang baik dengan pilihan yang buruk. Maka proses membuat keputusan pun menjadi mudah.

Tetapi bagaimana pula jika kedua-dua pilihan itu adalah pilihan yang baik atau kedua-duanya adalah pilihan yang buruk? Mungkin agak sukar bagi si pemilih untuk memilih sesuatu pilihan yang seharusnya dipilih berdasarkan apa yang telah dipilih oleh Allah untuknya.

Maaf agak serabut disitu. Tapi itulah yang sy hadapi sekarang. Tersepit antara dua pilihan yang mana kedua-duanya adalah baik tetapi tak pasti mana satu adalah yang terbaik untuk dipilih dan sesuai dengan kehendakNya.

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.." [2:216]

Ok Alhamdulillah.. Finally, i got the answer! [istikharah+du'a] Sy memang tiada jawapan untuk persoalan2 itu kerana jawapannya ada pada Dia. Seluruh takdir dan keputusan hidup ini telah diserahkan sepenuhnya pd Dia dan sepatutnya sy tak perlu memandai-mandai membuat keputusan sendiri kerana semuanya telah diputuskan oleh Al-Muqtadir (Yang Maha Menentukan). Hanya perlu memohon petunjukNya agar dipimpin hati ini kearah pilihan terbaik yang telah ditetapkanNya.

Robbuna yusahhil...

"Ya Allah, jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun sekadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.."

Amin Ya Robbal 'Alamin..


0 comments: