Photobucket
Showing posts with label KBM. Show all posts
Showing posts with label KBM. Show all posts

Monday, November 15, 2010

KBM SSQ+5R (2010)


edit size

>>Klik Banner utk maklumat lanjut<<

Assalamu’alaikum wbt…

Cuti sekolah semakin tiba. Seperti biasa kami menyediakan program khas bagi mengisi masa lapang adik-adik di musim cuti sekolah ini.

KBM SSQ+5R kembali lagi!!

Banyak aktiviti menarik dan tertarik menanti adik-adik..

Butirannya seperti di bawah:

Tarikh : 8-11 Dis 2010
Masa : 8am ( 8 dis ) - 2pm ( 11 dis )
Lokasi : Impian Country Resort
Yuran : RM 200 sahaja
Peserta : 13 - 16 Tahun ( terbuka seluruh Malaysia )
Tarikh tutup : 1 Disember 2010
Maklumat lanjut hubungi :
Abg Bai ( 013-7517051 )
Kak Mia ( 012-6456228)


Tuesday, May 11, 2010

~ Hepi Besday buat Kamu ~


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah thummalhamdulillah


Semalam telah berlangsungnya..

Majlis Doa Selamat
Ulangtahun ke-2 KBMKL

10 MEI 2008 - 10 MEI 2010
Genap 2 Tahun..


Bertempat di Pejabat JIM Daerah Batu
Kehadiran hampir mencecah 30 orang termasuk pengendali dan fasi..

Antara yang hadir:

pKay|pLong|pNgah|Abg Bai|Chefwan|Abg Aiman|Abg Long|Abg Idzuan|Abg Anhar|Abg Naim|Abg Najmi|Abg Yasser|Abg Dayat|Abg Muadz|Abg Atif|Abg Ammar

Ummi Ida|mLong|kNina|kYong|kAishah|kSodd|kYatt|kZar|kMia|kBaz|kIka sempot|kAyu|kAsma'

dan..

Baby 'Izz

Sori pada mereka2 (abg2 fasi) yg tidak
tersenarai namanya.
Sangat tak ingat siapa lagi yg ada semalam..
(ceh, pdhal xkenal)


~blueberry cake presented by Secret Recipe~


~senior vs junior~


~kakak2 dan umi2~

~beliau telah cuba utk memboloskan beberapa jenis lauk yg ada~


~sebahagian tetamu yg hadir~


Moga Allah teguhkan langkah, ikhlaskan hati dan bimbingi setiap langkah kita kearah-Nya..

Moga usaha kecil ini tetap punya nilaiannya disana kelak..

JZKK


~Amin Ya Robb~


::MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA::



kM: ehem2, jgn lupe "usrah on9" khmis ni! ^_^



Wednesday, December 3, 2008

KBM "SSQ + 5R"




Keindahan Bersama Mu " SSQ 5R "
( Solat Study Quran + 5 Ciri-ciri Remaja )


Tarikh Program:
( 17 - 20 Disember 2008 )


Lokasi :
( Masjid Mu'az Bin Jabal )
Setiawangsa


sasaran Peserta
( 13 tahun - 17 tahun )
REMAJA DI KAWASAN LEMBAH KELANG SAHAJA

..:: JUGA TERBUKA UNTUK REMAJA UMUM ::..


Slot-Slot KBM SSQ 5R :
( Knowing Me Knowing You ) ( Mission Impossible )
( Chit Chat Remaja ) ( ExPlorace@KL. Com.My )
( Solat Not So late ) ( Explore De Quran )
( see U Di IPT )( Meniti Angin Malam )
( Time To Transform )
( Menuai Kasih Menyemai sayang )

Yuran :
RM 120 sahaja

Dengan RM 120, anda bakal memiliki:
- Makan & Minum utk 5 X sehari
- Penginapan
- Sijil Penyetaan
- Ilmu & Pengalaman yang Luar Biasa
-Perlindungan Takaful dari KIMB
- rakan-rakan baru
- Suasana Damai & Sejahtera di Rumah Allah
- Hubungan yg semakin indah bersama Allah, Rasul & Ibu Ayah.

Tunggu makluman lanjut.....

Jom..pakat-pakat ajak kawan-kawan sekolah... ajak anak-anak jiran...
ajak sepupu- sepapat... ajak sedara-mara....
ajak....ajak. ...ajak.. .ajak.... jgn tak ajak....



Wednesday, October 1, 2008

Eid Mubarak!

Salam Aidilfitri buat semua...


Fasi-fasi KBM KL:


Akak2 n abg IIC
Abg2 Intisar
Abg2 JAD
Akak2 UKMKL
Fasi2 USIM
Fasi2 UNISEL
Fasi2 Mesir dan Indonesia
Fasi2 Selangor
Fasi Pahang
Fasi ex-Jaiputra
Serta lain-lain lokaliti dan individu yang pernah menyumbangkan tenaga utk menjayakan KBM di KL

Adik-adik kasih dan sayang alumni KBM KL

SMT Setapak
SMI Al-Amin Gombak
SMK Meru
SMK Cheras Jaya
SMK Maxwell
IIC
SMK Bukit Sentosa
Dun Hulu Klang
Tmn. Medan
Sek. Islam ADNI
Pewaris JIM
SMK Seri Mutiara
SMK Bandar Banting

Buat seluruh warga kerja KBM Semalaysia

serta teristimewa buat..

= Adik-adik K-UiTM Segamat =
saff pimpinan PERSIHA, PERMAS dan DINAMIS =

serta..

Sahabat2, Ikhwah akhawat, muslimin muslimat
yang ikhlas berjuang di jalan-Nya..


Mohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang berukhuwah..


إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت و ما توفيقي إلا بالله عليه توكلت و إليه أنيب

"Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali". (Surah Hud: 88 )


MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!

========================================

Daripada Pengendali TEAM KBM KL

==> Pak Long, Pak Ngah, Pak Andak, Pak Kay, Abg Bai <==

==> Ummi ida, Mak Andak <==

==> Kak Sodd, Kak Teh, Kak Nina dan Kak Mia <==


Monday, September 1, 2008

Macam2..

Bismillahirrahmanirraheem..

~AHLAN YA RAMADHAN KAREEM~

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita telah pun melangkah ke bulan yg penuh dgn rahmah dan barokah ini.. setelah setahun dinanti, akhirnya diberi juga peluang utk kita bertemu dengannya. Alhamdulillah.. Alhamdulillah wa syukurillah..

Syukur sekali lagi atas nikmat2 yg diberikanNya. Menjadikan kami sehingga ke hari ini terus berada dimedan ini demi pengislahan diri dan ummah. Ya Allah betapa besarnya kurniaanMu ini.. jangan sekali-kali Kau jadikan kami hamba yg kufur akan nikmat2 yg telah Kau beri. Berikan kekuatan buat kami utk menggunakannya secara "adil" yakni dengan meletakkan ia pada tempatnya. Amin..

======================================

Baru selesai berkbm di smk bandar banting. Alhamdulillah.. but no comment. Most of them give d same statement but not 4 me. I've different opinion. Sape yg ada kt situ mungkin tahu la statement apa yg sy maksudkan tu. Dah la, tak nak membesarkan isu yg tak bape nak besar. Laporan lanjut, tunggu report dr sesape kat blog kbm kl ok.. ;-p

========================================

Terdetik dihati utk menulis sesuatu tentang posting yg sebelum ni. ANAK? Hmm, jgn salah faham atau fikir lain pulak. Baru2 ni sy telah membuat lawatan rasmi kebeberapa buah blog sahabat2 seperjuangan yang kebanyakkannya sangat hebat dlm tugas2 dakwah ni dan kebanyakkannya telah pun bernikah. Alhamdulillah, masing2 dikurniakan pasangan yg juga sefikrah dan sekufu dgn mereka. Bak kata Pak Hassan, kalau nak b'nikah, sebaik-baiknya carilah yang seaqidah, sefikrah dan yg paling baik sejamaah, agar penerusan tarbiyyah tak terhenti begitu sahaja selepas berkahwin. Ada yang sering mengingatkan serta menegur dikala lupa, lalai dan tersilap. Tapi apakah dengan mencari yang sekufu seperti diatas tu betul2 dapat memastikan kita terus-terusan berada dijalan ni dengan komitmen yang tinggi seperti sebelumnya? Sy pasti anda ada jawapannya.. Dari apa yang sy lihat dan perhatikan, ia tak 100% menjamin keberadaan dan komitednya kita dlm da'wah tu sendiri. Sehingga boleh menjadikan kita tidak tergolong dalam golongan futur seperti yang pernah sy nyatakan dlm post terdahulu. Mungkin kita akan menjawab.. Memang la, sebab semua tu Allah yg tentukan. Hidayah tu datang dari Allah. Kita semua pun belum pasti apa yang bakal terjadi pada kita kelak. Even sy sendiri pun.. Sangat risau jika tiba2 suatu hari nanti Allah tarik nikmat BERHARGA ni.. na'uzubillah, jauhkanlah Ya Allah!

Hmm..mungkin ada yg masih kabur2 lagi, apa yg sy nak sampaikan sebenarnya. Sebenarnya mcm ni, dlm lawatan rasmi sy ke blog sahabat2 seperjuangan baru2 ni, sy telah mendapati suatu kepelikkan disitu. Antara post2 mereka terdahulu (sebelum nikah) dan post2 mereka kini (selepas nikah). Apa yg lainnya? tak faham? ok, mcm ni..dulu masa belum kawen, posting semua ttg tarbiyyah n keje2 da'wah. Tapi lepas kawen, lebih fokus pada baitul muslim yg dibina. Bagus la sbb memberikan contoh dan galakan kpd yg masih belum kawen utk bersama2 mengikut jejak langkah mereka. tapi apa yg tak bagusnya? erm, sy tak ckp semua da'ie yg dah kawen mcm tu, ada juga yang masih terus komited dgn penulisan tentang tarbiyyah n da'wah. Alhamdulillah. Tapi, sy agak pelik dgn mereka2 yg tidak sebegitu. Sebaliknya lebih fokus pada perkara yg sy kategorikan sebagai 'kurang penting'.. Bagi ikhwah yg baru berkawen, sibuk menceritakan ttg zaujahnya yg begitu dan begini.. ttg keadaan mereka selepas berkawen dan sebagainya. Begitu juga dengan akhawat. Tapi tulisan mereka tetap more 2 da'wah style la.. mungkin dah terbiasa. tapi apa yg nk disampaikan tu jelas m'gambarkan keadaan mereka skrg. sehingga sy terdorong utk menulis entry sebegini. Kecuali beberapa orang yg memang sy tahu keadaan mereka sbenar. Maaf, mungkin ada yg kurang bersetuju. tapi sekali lagi sy ingatkan, bukan semuanya begitu.

Then, itu utk yg baru menikah. Bagi yg sudah menerima cahaya mata lain pula agendanya. Post yg lebih fokus pada anak2. Kadang2 tu sy rasa tak perlu kot nak cerita satu persatu perkembangan anak masing2. Sehinggakan orang boleh tahu, sekarang anak dia ni dah pandai merangkak, skrg dah pandai cakap, pandai melompat dan sebagainya. Nampak tak perbezaannya? dgn yg dulu n skrg.. Sy sgt risau dan bimbang jika apa yg sy sentuh ni berbalik pada diri sy sendiri nanti. Na'uzubillah, sy tak mahu disibukkan dgn hal2 dunia.

Bila terfikir tentang tu, sy teringat ayat2 peringatan yg banyak dlm Quran yg menyentuh tentang hal ini. Antaranya satu ayat yg selalu sgt ustaz sy baca masa solat kt kampus dulu:

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah yang lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu serta lebih baik utk menjadi harapan.."
(18:46)

Dulu sy pelik sgt, kenapa ustaz suka baca ayat ni eh? smpai sy pun naik hafal. Tak tau la org lain perasan ke tak. Tapi sy memang perasan sgt. Ustz baca dgn nada yg amat sayu terutama time solat subuh. Skrg baru sy faham, mungkin dia sedang diuji atau rasa sgt teruji dgn kehadiran isteri dan anak-anak. Sehingga kerap kali dia mengingatkan diri dia melalui ayat ini. Dan bukan ayat ni saja, banyak lagi ayat2 peringatan antaranya:

"Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka, dalam keadaan kafir. ."
(9:85)

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).."
(3:14)

"Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.."
(8:28)

"Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi.."
(63:9)

"Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.."
(64:15)

Jelas dan terang maksudnya. Tak perlu dihurai satu persatu bagi seseorang yg bergelar da'ie. Ingat..tak semua mcm tu. Hanya segelintir sahaja kot. Peringatan ni sbenarnya sy tujukan buat diri sy sendiri. Walaupun belum pasti bila akan tiba masanya, ataupun mungkin takkan tiba krn ajal yg bakal menjemput bila2 masa, tapi sy tetap nak mengingatkan diri sy. Sy tak nak proses tarbiyyah dan da'wah ni jadi suram je satu masa nanti. Dan yang paling sy tak nak, jika sy lah salah seorang penyumbang kepada kekelaman dan kesuraman tersebut. Tiba-tiba jadi risau.. Ya Allah, jangan sekali-kali Kau jadikan aku seorang hamba yg memberi peringatan, tapi tidak dijadikan amalan untuk dirinya sendiri..aminn..

Sy mohon maaf andai ada yg terasa hati dgn penulisan sy kali ni. Seperti yg sy cakapkan tadi, sy hanya ingin mengingatkan diri sy sendiri agar tak lalai dgn kehidupan dunia yg penuh tipudaya ini.. Doakan moga kita semua terus tsabat dijalan yg haq dan ikhlas berjihad utk deen ini. Amin..


Me: Yea..puasa dah! best3!! Moga jadi ramadhan yg terbaik dari yg sebelumnya..

Thursday, August 21, 2008

KBM Belia lagi..

Bismillahirrahmanirraheem..


Alhamdulillah, hujung minggu lepas sy telah diberi kesempatan utk berKBM di bukit unggul, bangi, seperti yg sy ceritakan dlm post yg sblm ni. Yeehaa!! sy dpt jd peserta perempuan yg pertama skali smpai..he2, tu pun nak kecoh! Tengah daftar kt meja luar tu tiba2 dengar suara.. "mane aci ni.. tak boleh..tak boleh.. die dah tahu program!" seseorang bersuara. Suara yg amat ku kenali.. toleh je kt dlm dewan tu tengok amin mokri tgh buat muke. Huh, dah agak dah! tp cm terkejut la jgk, cmne bdk kcik ni boleh ade kt sini. tp xmustahil pun sbb prgram ni paklang yg handle. pastu abg bai pun ckp bende yg sama. lalala..malas layan. tak kire ape dorang nk ckp, yg penting sy tetap nk jd peserta kali ni. Then Allah temukan dgn sorang adik ni. Intan dr kptm bangi. Huu~ sgt seronok ber 3s dengan dia! walaupun baru kenal, tp rasa cm dah lama je. then bila masuk group tu kami terpisah.. tp xpe, ada hikmahnya n akan bertambah luas la jaringan ukhwah kami! dapat grup ngn lagi 5 org akak2 yg sangat best! kak yati, kak nur, kak rehan, kak ina n kak fatimah yg slalu sy jmpe time program2 karisma tp xsempat lg nk bermu'ayasyah ngn dia.. Alhamdulillah, prgram ni telah merapat dan menyatukan hati2 kami. Yang paling bahagia sy rasa bila dpt grup ngan akak2 ni secara automatiknya sy akan jd adik!huhu.. dah lame sgt xmerasa jd adik.best2!

Petang tu kami ada prgram outdoor. Tasknya lebih kurang mcm kbm ipt kat TIV hari tu, tp sy rasa agak mencabar sbb something happen 2 our grup.. kalau kt TIV dlu kami perlu bwk batu tu redah arus sungai sy sgt deras, tp kali ni kami kena bwk batu2 tu mendaki dan menuruni bukit. Setiap org dpt 7 plastik n didarabkan dgn 6 org 1 grup, maka jadilah 42 plastik kesemuanya. penuh diisi dgn batu. smpai checkpoint b4 naik bukit tu, patutnya kami kena buang 5 plastik seorang. maksudnya akan tinggal 12 plastik je dlm grup kami tu. tapi entah mcm mana, kami mendapat arahan yg salah dr fasi. huhu..biasela manusia mmg xlepas dr mlakukan kesilapan teknikal. Arahan utk kmpulan kami.. perlu buang 5 plastik je utk 1 kumpulan. maka dgn penuh sami'na wa atho'na, kami pun mengusung baki yg sebanyak 37 plastik yg berisi batu tu mendaki bukit. Baru setengah jalan dah rasa mcm tak larat sgt. Nak kata bukit tu tinggi n curam sgt xdela pun, sbb sy pernah naik bukit yg berkali2 ganda lebih tinggi n curam dari tu. tapi disebabkan batu2 yg kami bawa tu kot buat kami rasa cepat penat. Pastu ade pulak 1 grup lelaki kat blkg. tgh menunggu2 nak potong kami. then oleh krn dh tak mampu sgt kami pun berhenti dulu kat tepi n bagi laluan pd grup laki tu. tgk dorang naik dgn relax dan semangatnya. cuba berbaik sangka. dlm fikiran, "hmm..biaselah, lelaki kan kuat.." tp tiba2 mata teralih kearah kayu yg mereka guna utk membawa plastik2 batu tu. Eh, apesal batu dorang sikit? pastu byk pulak plastik kosong yg dorang sangkut kt c2? peliknye! Hati2 kami mula curiga. takpe2, teruskan jugak perjalanan. Dibantu oleh fasi kami (kak roszairin) yg sentiasa n xjemu2 bg support walaupun die xboleh tolong bwkkan skali.
My Group ~Senyum TiGer~

Smpai kt menara (puncak) tu, baru lah kami dapat mempertikaikan kenapa batu2 kami terlalu byk berbanding dgn kumpulan lain. Maka berlakulah mesyuarat tergempar antara fasi2 peringkat negeri selangor.. At last, keputusan syura telah menetapkan kami perlu tinggalkan semua batu2 tu dan bawa 1 plastik je seorang.. Alhamdulillah..syukur! kami pun meneruskan perjalanan terus ke kawasan lapang dekat tiang letrik utk solat asar berjemaah. then bergerak pulang ke pangkal jalan. tiba2 terfikir cmni, hmm..maksudnya grup kite ni lg kuat la kan dr grup laki? sbb dorg berjaya naik bukit tu dgn 12 plstik je tp kite dgn 37 plastik! lbh kurang 3x gnda dr jumlah dorang.hoho.. ---> note: Semua kekuatan tu Allah yg bagi, bukan dr kami pun..

Blk tracking tu dpt jmpe mkcik aisyah. seronoknya!! lps rindu stelah bbrapa lama xjmpe.. rasanya last jmpa masa kat kbm aktivis selangor bulan lepas. Lepas tu kami asyik terpisah je. n at d same time jmpe zainab.. "adik kecik" kitorg yg sgt comey!(anak bongsu mkcik aisyah n pak andak). mlm tu team KL pn datang.. pak long, abg zam, kak yong, keena, n farhana (anak paklong~adik muhsina, hehe nk jgk!) sgt seronok dpt jmpe mereka2. Yelah, mane tak nye, dh sesorg kt c2, tibe2 Allah dtgkn my gang plk..mstila bahagie.. n masa mam2 tu sy xleh jd pserta. kne bantu team kl.. sbb jdhl blm tau sgt cmne nk incharge mam2. masa dorg blk, rase cm nk ngis je.. nk ikot!! huu~.. Iklan jap..~~> Alhamdulillah, JIM KL menang seh KSPPJ! cayalah!! ~hee, padahal xmain pon~ ok,smbung blk. Masa kt bilik tu, tgh nk melelapkan mata ni, tiba2 terjadinya 1 peristiwa kt bilik kitorg.. haha, sgt lawak tp agak menyeramkan.. tgh senyap sunyi tu tiba2 ada org jerit. " Allahu akbar!!3x.." Ya Allah, terkejut gk r masa tu. sy terus terduduk. dh la kt katil atas. malas nk turun tengok pe yg terjadi. pastu ade sorang akk ni dtg, die ckp, "ade org hesteria!" dgn muka yg sgt takut. sy pun ape lg.. xbleh jadi ni kena turun jgk! then melompat la turun dr katil tu. selamat tak tergolek. org lain still je kt katil masing2. Sy pn pegi la memantau kt blkg tu pe yg terjadi. tengok sorang akk ni tgh terduduk dgn muka yg agak pucat. kak mimi pn cm tak terkata ape time tu. mungkin terkejut sgt kot. Sy tnye la kt akk yg jerit tu, "akak kenape? " dia ckp.." akk mimpi sumthing. mimpi psl tu.." hmm..mls nk tanya lebih lanjut sbb cm dah boleh agak je mimpi ape. Actly kak mimi yg kejut akk ni. sbb b4 die tido tu die ade pesan belikan air teh o ais limau kt kak mimi. then dh beli tu kak mimi pn kejut la die nk bg, tp tibe2 die jerit kuat2 cmtu. Agaknya dah penat n ngntuk sgt kot, tu yg terbawak2 dlm mimpi tu. Terus dia ckp xnak la air tu n kak mimi pun ambik n terus masuk bilik. Sblm nak naik katil tu smpat lg tu sy tnye soalan sengal kt akk ni, padahal dah tau dh jwpn die.. "akk bace doa tak sblm tido td? " die pn jawab dgn muke seriyesnye.. "bace dah.." owh, okla kak, kte nak tido dulu.. pastu tibe2 akak ni wt muke kesian n ckp.. "damia tido la sini ngn akak.." dgn muka yg penuh mengharap. Sy ckp, "xnak la, kat sini panas. xde kipas. kt bwh katil kte ade 1 tmpt kosong. jomla akak tido kt c2.." dia pn geleng kepala.. faham la maksudnya tu. hehe..mcm2!

Pagi tu bangun dgn semangatnya! kt bilik kecoh dgn cite mlm td.. hehe, sian akk tu. malu die.. pghujung program tu baru perasan yg kali ni xde slot inteam. mungkin hikmah tiadanya sahabat2 rapat yg dpt bersama dgn sy. pnutup tu ade sharing..cm biasa. arul n mad bangun utk share. rmai yg terkesan. paklang mintak semua esp ahli grup dorg bg support n follow up adik2 ni. mereka insyaAllah betul2 nak berubah. blk tu tumpang kak sham n kak yati. dorg nk balik mindef. sy tumpg smpai putra setiawangsa.


Balik umah, rasa smcm je. bdn sgt lemah. selsema, batuk, sakit kepala n sakit2 tulang pun terasa. Alhamdulillah.. syukur setelah sekian lama diberi nikmat kesihatan, kali ni Allah uji dgn kesakitan. baru terasa betapa kasihnya Dia pd diri ni. ujian pengkifarah dosa. dulu masa sihat sy selalu terfikir, mcm mana dosa2 sy akan terhapus, amalan xbyk, belum tentu lg diterima semua tu, dosa semakin hari semakin bertambah, kalau xde peringatan dr Allah, sy bimbang sy akn terus menerus dlm keadaan lalai mcm ni. Alhamdulillah sekali lagi, Allah masih sygkn sy. diberi kesakitan supaya sy lebih dekat dan rapat dgnNya, mengadu padanya, dan bergantung harap sepenuhnya hanya pada Dia.. Dlm keadaan tak larat sgt ni tiba2 mama, abah n my fmily decide nak blk kampung sbb ada hal ape tah. ok, xnak ikut. cm biase. tp ma ckp kne ikut jgk sbb sy kne sign surat ape tah. sbg saksi kot, berkaitan ngn tanah. malas nk tnya detail, sbb xlarat. then blk la jgk mlm isnin tu.



Sekian, sy Kak Mia melaporkan utk KBM BELIA SELANGOR.. (ayat ni utk atie je..hehe)



Saturday, August 16, 2008

Melangkah ke KBM Belia

Bismillahirrahmanirraheem..

Lg beberapa jam sy akan bergerak ke bangi utk mengikuti KBM Belia. Not as a facilitator or pengendali tp sbg peserta. Mungkin ada yang pelik, mcm mana sy boleh jd peserta utk kbm belia ni sedangkan masa kbm aktivis pun sy jd 1 of d pengendali n faci? Hmm.. Asalnya mmg dah lama plan nak jadi peserta sbb bila jd pengendali n peserta ni perasaannya lain. Then ditambah pula dgn ajakkan dr sahabat2, terus jd smangat nk pegi. Bukan ape, kbm kn konsepnya kalau datang bersama kawan rapat or geng lebih bermakna. terutama time slot inteam tu.. tp tiba2 last minit mereka2 ni xdapat pergi atas alasan tersendiri yg memang sy terima dgn hati yg terbuka. Teruskan jugak niat utk b'kbm hujung mggu ni wlpun tanpa teman rapat. rasanya tu bukan alasan utk tak mengikuti sesuatu program yg sudah diketahui bermanfaat.

Lgpun sblm2 ni mmg selalu je pg prgram sorang2 sbb orang lain "sibuk" dan sy je free memanjang. Sy mmg jenis no kompromi dgn prgram2 trbiyyah n dakwah melainkan ada sebab2 yg lebih n patut di utamakan. Bunyi cm extream je kan? msti org ckp, " oo..die ni org hebat ni!" padahal... hmm..tak tau la knapa dlm diri ni seolah2 dah di set mcm tu. tak tau la sape yg set kan..hehe. sbb tu la selalu je kena marah ngn classmate merangkap kawan baik. Dia selalu tegur, " awak ni asyik program je.." huhu..xtau la nak explain cam mane. Tp at last, dia pun faham. Selepas dia sendiri mengikuti benda2 ni.. Alhamdulillah.. syukur sangat! Skrg dah tak bersama dgn dia lagi.. kami dah membawa haluan masing-masing.

Semalam dia hantar msg, cerita pasal classmate kami suka buli dia dan yg paling sy sedih bila kawan2 lain cakap dia dah berubah bila sy xde.. sy masih kurang mengerti, kenapa msti kaitkan dgn sy? sy faham perasaan dia. dan sy tahu dia bukan berubah cuma ada benda yg dia terlupa. sy cuba bg support kt dia sbb kat kampus tu dia terpaksa survive sorang2 dalam bi'ah yg memang kurang soleh. Sy tau dia xde tempat nak mengadu n cerita masalah dia lg mcm sblm2 ni. tp sy nak dia tahu, yg sy sentiasa bersedia mendengar apa jua masalah dia dan sy akan cuba bantu yg termampu sbb sy pun mcm dia. Agak sukar nak menyesuaikan diri ditempat baru. Ok la..xnak cerita panjang sgt ttg ni. sdey la.. Nnt kalau ada kesempatan sy akan buat entry khas utk dia.. InsyaAllah..

Sebenarnya, hati ni rasa semacam je dr pagi tadi. tak tau kenapa. Semua benda tak kena. Rasa cm nak nangis je kuat2 bg terkeluar semua masalah yg terpendam dlm hati dan fikiran ni. Kebelakangan ni sy mmg rasa down sgt2. Rase cm dah xboleh nak handle. Sakit kepala pun mula datang. tapi malas nk layan sangat sbb byk lagi benda penting yg perlu diselesaikan. Bila rasa down mcm ni, lagi la bertambah kuat keinginan nak pergi kbm tu. Supaya dapat recharge balik semua semangat yg dah hilang ni. Walaupun still rasa xsedap hati, tp teruskan jugak melangkah, betulkan niat supaya Allah terima semua amalan ni. Sy yakin setiap yg Allah beri tu pasti ada hikmahnya. dan sy sendiri perlu cari hikmah yg tersembunyi tu. Sy pasti keputusan yg bakal sy ambil kali ni bukan sesuatu yg sia-sia..InsyaAllah.

Ya Allah, tunjukilah daku akan hikmah atas setiap ketentuanMu ini, agar aku kembali tenang dan redho dengan takdirMu buatku.. Ameen Ya Robb..



Mood: beransur tenang..Alhamdulillah..

Thursday, July 31, 2008

Meeting..lalala.. (~_~)

Emm..baru balik dari meeting kbm. 1st time tu metg kejap je.. start kul 8, dlm kul 9 lbh tu dah abes. Sbnrnye terasa kejap sbb ana dtg lambat..huhu. org soh dtg kul 8, kul 9 ana smpai.. Actually, ari ni abah demam. So, cm xsmpai hati je nk mintak tolg hntarkan. Dah la dia tgh syok2 baring smbil tgk berita kt depan, tibe2 nk suro hntar pulak.. Selamat la kt umah ni ade rmai assistant yg tolg cakapkan.hihi. " Abaaah, kakak kan.. die nak pegi meeting. Abah boleh tolong hantarkan tak?" tanya adikku anis smbil tersengih2. Adeh..serba salah dibuatnya. Mcm xde hati perut la pulak. Abah dah la tgh xsihat, nak suro hntar2 lg. Ana yg dr td dok menyorok kt tepi dinding terus masuk bilik. Hmm, tawakal jela. Kalau abah xnak hantar pun xpe. Ana xsalahkn dia. Skali tiba2.. " akak, abah tanya..akak nak kluar kul bape?" hehehe..sukenye! tenQ abah!!

Smpai je kt pjbt jim tu.. Waah, byknye kasut! lupe plk kak misah ade btau td yg hari ni PJ pnuh dgn mcm2 metg. sukan la, karisma la, hidayah cntre la, n ape tah lg.. tibe2 pintu lak kunci. tolak-tolak xboleh.. ana pun tekan la bell kt tepi tu. Skali ade sorg ikhwah ni tengok dr atas. Pastu die wt xtau je. Die trus masuk dlm balik. Adoii..xkan tengok je? Hmm..xpe, tunggu jela.. msti jap lg akn ade org lalu. tunggu punye tunggu, akhirnya ada sorg pkcik ni dtg. Die ckp dr dalam je.. tp boleh dengar n nmpak la sbb pintu tu pintu kaca. die ckp dah bukak. ana pun tolak la. skali die ckp tarik da.. ayoo, malu seh! Ptut la ikhwh td wt xtau je. rupenye dah bukak. Pkcik tu suke hati je gelakkn orang. then die pn tanye, " metg ape ni?.. KBM.. "ok, jom.." smbil berjalan mnunjukkan arah bilik meeting kmi.

Fuh, akhirnye smpai gk kt bilik metg tu..cm kt bawah tanah je. sbb kak misah ckp blk tu baru kemas. sblm ni stor kot. kire ktorg la yg merasmikn.. bilik akademi islah.. tp kat pintu die tulis DAMAI.. dorang ckp bilik damia.. hoho, suke hati je dorang ni! cm pening la metg ni, dah la dtg lmbt, pastu cm xtau pape sbb da sparuh da pbincngn. Nak balik tu, dapatla ole-ole sikit dari pak andak.. die soh compilekn komen2 peserta. Tp cm byk je..tah zaman bile pnye tah pak andak ni simpan..huu~lalala..

Ok, esk malam InsyaAllah akn berangkat ke ADNI utk satu lg misi da'wah. Kak 'Abyd ada btau yg mggu ni prgram johor di skola teknik Azizah n kbm ipt utm di TIV. Sabtu pulak ana n bberapa org pengendali akn bergerak ke smk cheras jaya skejap utk 2nd follow up. Mohon doa dr semua.. Sesungguhnya siapalah kami tanpa doa kalian..


Me: Em, bilakah diri ini dpt b'program di johor lg agaknya?

Wednesday, July 30, 2008

Ibrah dari KBM..

--> Bismillahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah, pada sbtu dan ahad yg lepas, kami sekali lagi diberi peluang utk ber'KBM' (Keindahan Bersama Mu).. merupakan sebuah program motivasi yg menekankan 4 aspek utama iaitu, keindahan bersama Allah, Rasulullah s.a.w, ibubapa dan sahabat. Kali ni KBM utk team KL telah dipecahkan kepada 2 group memandangkan terdapat 2 permintaan pada tarikh yg sama. Di Taman Medan dan Cheras Jaya. Malam jumaat tu kami berkumpul di depan iic dan bertolak ke tempat program. Pada awalnya ana telah ditempatkan di CJ tp tiba2 last minit ditukarkan ke TM oleh pak kay. Pagi tu jugak ifa terpaksa balik atas urusan studynya..sedih sgt..baru je ingat nak spent masa dgn dia.. dah lama jgk xjmpe.. Sampai pukul 4 lebih jugak kami di depan laptop. Ifa sedang b’tungkus-lumus menyiapkan group assignmentnya dan ana pulak sedang melink slide2 yg b’masalah. Kami berdua je di depan dewan tu. Yang lain semua dah lena dibuai mimpi. Lepas ifa balik tu baru ana masuk bilik dan tidur.

Pagi tu bangun dengan semangatnya. Tak sabar nak jumpa adik2 kasih dan sayang. Lebih 70 orang adik2 yg datang. Alhamdulillah slot KMKY berjalan dgn lancar walaupun terdapat sedikit masalah teknikal pada awalnya namun akhirnya berjaya diatasi. Kemudian selepas solat zuhur berjemaah di masjid berdekatan, program diteruskan dgn slot INTEAM. Di penghujung slot ni ada perkongsian dr seorang adik lelaki ni (adik A). Sangat sayu dan menyedihkan. Semua yg ada dlm dewan tu menitiskan air mata. Mula-mula tu ana tak dengar sangat apa yg dia sampaikan, tapi bila dah perlahankn muzik latar tu baru dengar. Adik A ni terlibat dengan dadah. Dia menyesal sangat2 sbb tak fikir panjang buat benda tu. Dia minta agar kami semua doakan dia utk kes dia yg akan dibicarakan di mahkamah tak lama lagi. Dalam masa yang sama dia menasihatkan kawan2 agar tak melakukan kesilapan yang sama seperti apa yg dia buat. “ Sayangilah ibubapa kita, walau apa pun terjadi, dia tetap ibubapa kita dan mereka tetap akan sayang pada kita walau seteruk mana pun kita..” lebih kurang macam tu la ayat dia. Semakin lama semakin deras airmata keinsafannya menitis. Kami yang melihat apatah lagi, terasa seperti ingin membantu supaya hukuman diringankan tetapi apakan daya, kami tak mampu berbuat apa melainkan doa yang berterusan untuknya. Ya Allah.. bantulah adik ini Ya Allah.. Dia benar-benar meyesal Ya Allah.. Permudahkan segala urusannya.. bantulah dia untuk berubah dan kembali kepadaMu.. terimalah taubatnya dan ampunkan dosa-dosanya.. Ameen Ya Robb..

Keesokan harinya, ana mendapat maklumat tentang seorang lagi peserta perempuan yang terlibat dengan seks bebas. Ya Allah, terasa gerun dan bimbang saat ana menatap wajah adik-adik ni. Terasa tugasku kini semakin berat. Aku perlu selamatkan ummah ini ! Semasa sesi pertemuan antara ibubapa dan peserta, mata tertoleh kearah adik A dan ibubapanya. Terasa begitu menyentuh hati. Sekali lagi adik A bangun dan berkongsi cerita dengan kami dan semua ibubapa yang hadir. Suaranya tersekat-sekat lantaran terlalu sebak menahan kesedihan. Semua yg hadir turut bersimpati dengan nasib yang menimpa adik A ini. Kemudian ibunya pula bangun dan berkongsi, menurut ibunya, setiap malam dia akan meronda satu taman tu untuk mencari anaknya. Sampaikan semua kawan-kawan adik A sudah mengenalinya. Terlalu bimbang dan kasihnya seorang ibu kepada anaknya membuatkan dia tidak jemu-jemu untuk mencari dan mengetahui apa yang dilakukan anak bongsunya itu saban malam. Ana telah mendapat sedikit cerita tentang ibu tabah ini..

Pada awalnya ibu adik A ini berazam untuk menunaikan umrah. Duit sudah pun dikumpul dan sudah hampir mencukupi utk ke tanah suci. Namun, ujian menimpa mereka. Adik A tertangkap dan perlu diikat jamin utk melepaskannya dr tahanan. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menderita. Kakak dan abang adik A ni membantah keras cadangan ibunya utk mengikat jamin adik A. Namun hanya seorang sahaja kakaknya yang menasihati ibunya supaya teruskan ikat jamin tersebut. Entah mengapa, kakak yang seorang ini benar-benar yakin yang adik dia akan berubah. ‘Dia tak jahat !!..’ luah si kakak dengan penuh yakin. Akhirnya si ibu terpaksa mengorbankan wang yang disimpannya utk ke tanah suci demi menjamin anak bongsunya itu. Beberapa hari kemudian, pertolongan Allah datang tanpa disangka-sangka, ibunya mendapat bantuan kewangan dari seorang abangnya dan akhirnya dapat juga dia menunaikan umrah di tanah suci. Si ibu berdoa besungguh-sungguh dihadapan Baitullah demi kebaikan anak yang tersayang. “ Ya Allah, temukanlah anakku itu dengan sesuatu yang boleh membuatkannya berubah..” Masih terngiang-ngiang ucapan doa itu di telinga saat kisah ini diceritakan pada ana. Allah benar-benar Maha Pengasih dan Penyayang. Balik sahaja si ibu dari umrah, adik A meminta kebenaran ibunya untuk pergi ke KBM. Saat itu ibunya sendiri tidak tau program apa yg mahu diikuti anaknya itu, namun dibenarkan juga asalkan program yang bermanfaat. “ Subhanallah, Allah makbulkan doa saya..” kata si ibu. “ Allah temukan juga dia dengan sesuatu yang telah membuat dia berubah.. Allah temukan dia dengan program ni..” Ucapan syukur tak putus-putus meluncur dari mulut ibunya.. Saat itu, hati terasa pilu sangat..betapa sayangnya Allah pada dia.. Terlihat airmata adik A bercucuran lagi. Entah kali yang keberapa dia menitiskan airmata. Seolah-olah airmata itu tidak pernah jemu keluar pada saat ini. Raut wajahnya menjadi jernih lantaran tulus ikhlasnya dia bertaubat..

Ya Allah, kami sayangkan dia Ya Allah.. Kami kasihkan dia seperti adik kami sendiri, seperti saudara kami sendiri.. Ampunkan dosanya, lantaran kesilapan yang tidak disengajakan. Lantaran tersalah memilih teman juga lantaran tersilap memilih jalan hidupnya.. Bantulah dia, kasihanilah dia, berikan kekuatan padanya untuk terus berubah. Berikan hidayah yang berpanjangan dan berkekalan buatnya supaya dia menjadi hambaMu yang soleh dan benar-benar taat kepada perintahMu Ya Allah.. Ameen..Ameen Ya Robbal ‘Alamin..



Me: Sbnrnye nk cite bnde lain yg b'kaitan dgn tajuk diatas, tp xpela..xjadi la nk cite..hee~sori!