Photobucket
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

He is coming...



Ready to greet the most awaited month?


How about we tackle some bad habits in preparation towards Ramadhan?


Try listing down a few bad habits that you may have:


· sleeping after fajr prayer,

· problems controlling the tongue,

· poor anger management, etc


and aim to get rid of at least ONE of those 1 weeks to go,


INSYAALLAH YOU CAN!! ^_^



Allahumma ballighna ramadhan…



Thursday, September 9, 2010

Refleksi diri sebelum pemergiannya..

Bismillahirrahmanirrahim...

Tanpa disedari, kini kita telah berada dipenghujungnya. Terasa seperti baru semalam kita bersiap-siap menyambut kehadiran tetamu agung ini, namun hari ini hanya berbaki tidak sampai 1 hari sahaja lagi untuk bersamanya. Alhamdulillah, Allah masih berkenan memanjangkan usia kita hingga ke saat ini. Tiada siapa yang dapat memastikan bahawa dia akan bertemu kembali dengan ramadhan pada tahun hadapan. Terasa benar-benar dikejutkan dengan tazkirah paling mengesankan dari Allah SWT atas pemergian seorang akhawat baru-baru ini. (Al-fatihah buat Ukhti Raihana Zainuddin yang telah kembali ke rahmatullah pada 26 Ramadhan 1431 yang lepas akibat kemalangan jalanraya, moga Allah tempatkan beliau bersama para solihin dan muttaqin. Allahumaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha.. Amin Ya Robb.. )

Alhamdulillah, setiap kali tibanya ramadhan, terlalu banyak perkara yang membuatkan diri terasa seperti ditarbiyah secara tak langsung dari Allah SWT. Dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecilnya. Pelbagai peristiwa yang dialami sepanjang ramadhan ini yang membuatkan diri terefleks kembali hubungan dengan-Nya.

Ramadhan bulan Al-Quran, bulan sabar, bulan perjuangan, bulan pembersih jiwa, bulan penyuci hati dan juga bulan perlumbaan meraih takwa dan kebebasan dari api neraka, kini ia bakal pergi meninggalkn kita. Tak pasti sama ada berpeluang untuk bertemunya kembali atau tidak. Namun yang pastinya dia akan kembali menemui kita disaat tibanya hari penyaksian. Dia akan menjadi pembela bagi orang-orang yang sukses meraih taqwa dan menjadi penuntut bagi orang yang membiarkannya pergi tanpa meninggalkan sebarang kesan yang amat bermakna.


Ramadhan seharusnya menjadi medan perubahan setiap individu kerana didalamnya terdapat bermacam jenis pelajaran yang jarang sekali dilakukan dibulan lainnya. Kerana itu Rasulullah saw dan para sahabat apabila tibanya hari raya, ia benar-benar merupakan hari kemenangan buat mereka. Mereka telah melalui proses pengkaderan rabbani dibulan ramadhan sehingga keluarnya mereka dari bulan suci ini, mereka menjadi lebih segar dengan peningkatan kualiti ibadah dan memiliki semangat baru untuk meneruskan dakwah. Begitu juga seharusnya kita.

Ramadhan ibarat kepompong yang bakal menghasilkan seekor rama-rama yang cantik apabila keluarnya dari kepompong tersebut. Namun bukan hanya baik dan cantik dibulan ramadhan bahkan seharusnya setiap bulan merupakan ramadhan bagi kita. Tarbiyahnya sentiasa melekat dihati dan setiap perilaku kita walaupun berada diluar ramadhan.

" Rabbani laisa Ramadhani "

Kita dituntut untuk menjadi seorang 'abid yang rabbani bukan sekadar 'abid ramadhani. 'Abid rabbani adalah hamba yang beribadat kepada Allah sepanjang masa tanpa mengira musim atau bulan2 tertentu. Manakala 'abid ramadhani ialah hamba yang beribadat hanya pada bulan ramadhan atau dalam kata lainnya ibadahnya bermusim. Hanya dilakukan dibulan ramadhan dan prestasi ibadahnya tidak dapat diteruskan pada bulan selain ramadhan. Alangkah ruginya jika kitalah insan yang ramadhani itu. Puasa dan ibadah lainnya cuma sekadar adat dan ikut-ikutan.

Sungguh beruntunglah orang yang dapat melanjutkan ibadah-ibadah sunat, tadarus, qiyamullail dan yang lain-lainnya setelah ramadhan berakhir. Sungguh berjayalah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya dimana pun dia berada. Sungguh sukseslah orang yang hidup berjamaah hingga berakhirnya kesempatan untuk beribadah. Sungguh rugilah orang yang berhenti qiyamullail dengan berakhirnya ramadhan. Sungguh celakalah orang yang kembali kepada kebiasaan lama dengan mengetepikan syari'at. Tidak akan mampu kita capai darjat ketaqwaan itu seandainya ramadhan menjadi bulan ibadah bermusim yang berakhir dengan kedatangan hari raya sahaja.

Moga sy, ikhwah wa akhawat fiLLah dilimpahkan rahmat, diberi hidayah dan redhai Allah serta menjadi hamba yang rabbani dan bertaqwa sepanjang masa. Mohon maaf atas segala kekhilafan, kekurangan dan ketelanjuran sepanjang berukhuwah. Moga ribat ukhuwah ini sentiasa terpelihara. Moga hati-hati ini sentiasa terpaut dengan cinta dan jihad dijalan-Nya.



اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا يَحُولُ بَيْنَنَا
وَبَيْنَ مَعَاصِيكَ وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ جَنَّتَكَ
وَمِنَ الْيَقِينِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مُصِيبَاتِ الدُّنْيَا
وَمَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا
أَحْيَيْتَنَا وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنَّا وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى
مَنْ ظَلَمَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا وَلاَ تَجْعَلْ
مُصِيبَتَنَا فِى دِينِنَا وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا
وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا

" Ya Allah berilah kami rasa takut pada-Mu hingga menjauhkan kami dari bermaksiat kepadaMu Ya Allah, berilah kami nikmat taat pada-Mu yang akan mengantarkan kami menuju syurga-Mu. Tanamkanlah dalam hati kami keyakinan yang meringankan kami menghadapi ujian dunia. Jadikanlah pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami kenikmatan hidup yang Engkau berikan di dunia, dan jadikanlah ia sebagai warisan yang kami wariskan bagi generasi penerus. Ya Allah, jadikanlah pembalas atas orang yang menzalimi kami. Tolonglah kami dalam menghadapi orang yang memusuhi kami. Janganlah Engkau biarkan kami terkena musibah dalam urusan agama kami. Janganlah Engkau jadikan dunia itu sebagai tujuan utama kami. Janganlah Engkau biarkan kami merasa cukup dengan ilmu yang ada. Dan janganlah Engkau biarkan berkuasa atas kami orang-orang yang tidak menyayangi kami.."

Amin Ya Robbal 'Alamin..
Taqabbalallahu minna wa minkum


Eid Mubarak!
Kullu 'am wa antum bi khayr..


Friday, July 23, 2010

Moga diberi kesempatan..




Moga diberi kesempatan bertemu tetamu agung ini..
Moga kedatangannya kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya..

[Ameen]


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. "
Al Baqarah [2]: 183

Wednesday, September 9, 2009

Imanan wahtisaban..

Bismillahirrahmaniiraheem..

Saat ini, hati benar-benar terketuk. Seolah-olah baru tersedar dari lamunan yang sangat panjang. Saatku merenung countdown "The Night of Power" yang aku letakkan di tepi blog ini. Ia memaparkan..
" 0 days / 7 hour / 45 minutes ".

Ya Allah, adakah aku tersalah pandang? atau mungkin pengiraannya yang tidak betul?

Begitu cepat masa berlalu. Rasa seperti baru semalam Ramadhan tiba. Seperti baru semalam juga aku berdoa mengharapkan ramadhan ini adalah yang terbaik yang pernah aku lalui. Namun hari ini sudah masuk ke penghujungnya. Tinggal sepuluh hari saja lagi untuk menghabiskan sisa-sisa ramadhan yang berbaki. Untuk menebus segala kerugian yang sememangnya tidak tertanggung pada 20 hari yang lalu.

Teringat bait-bait ucapan naqibahku pada kami di awal ramadhan yang lalu.. "Letakkan matlamat baru agar kita berpuasa imanan wahtisaban. Moga Allah terima amalan kita.."

Adakah puasaku sampai ke tahap imanan wahtisaban yang dimaksudkan? Adakah puasaku benar-benar mencapai piawaian tersebut sehingga melayakkan aku untuk mendapat ampunan-Nya? atau adakah puasaku sekadar menahan lapar dan dahaga seperti kebanyakkan 'orang yang tidak mengetahui' hakikat puasa itu sendiri? Na'uzubillah..

Sepuluh hari yang terakhir ini adalah saatnya Allah mengurniakan Nikmat. Ya, betapa nikmatnya orang-orang yang telah mampu mengendalikan diri dengan baik. Selama 20 hari pertama dia telah mampu melatih dan membiasakan dirinya untuk tidak melakukan dosa-dosa yang membuat hatinya jadi keruh dan mengeras.


Maka di sepuluh hari terakhir inilah dia akan memetik kenikmatan. Kenikmatan yang sesungguhnya hanya mampu diperolehi melalui keimanan, sebagaimana firman-Nya dalam surah As-Saffat ; 148 yang bermaksud :

“Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.."

Maka di tahap 10 hari terakhir inilah sepatutnya kita mulai berjaya menundukkan hawa nafsu. Akal kita dapat berfungsi lebih dominan berbanding kehendak emosi. Dan lebih dari itu, kita melakukan segalanya adalah kerana Allah semata. Inilah kunci kenimatan yang dijanjikan Allah kepada hamba-hamba yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan.

“Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan keikhlasan niscaya akan diampuni dosanya yang telah lalu.” [HR Bukhari]

Maka pada sepuluh hari terakhir ini sepatutnya seseorang yang berpuasa masuk ke tahap yang paling istimewa. Di sepuluh hari terakhir ini biasanya Rasulullah saw meningkatkan ibadahnya menjadi lebih hebat. Baik dari aspek kualiti mahupun kuantiti. Inilah saat-saat terakhir yang akan menentukan berhasil atau tidaknya puasa Ramadhan kita untuk menjadi orang yang bertaqwa.

Di sepuluh hari terakhir ini juga Allah menyediakan malam yang penuh barokah. Malam yang digambarkan memiliki nilai sangat tinggi, lebih hebat dari 1000 bulan. Yang tidak ada pada bulan-bulan lain iaitu malam Al-Qadr.

Sepertimana yang kita ketahui, orang-orang yang dapat menjalani ibadah puasanya dengan baik, dia bakal menemui malam Al-Qadr. Bukan hanya pada saat puasa Ramadhan, bahkan sepanjang hidupnya menjadi orang yang bertaqwa, orang yang dijamin Allah dengan berbagai kenikmatan.

“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an pada malam al-Qadar, tahukah engkau apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Robb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (al-Qadar, 97: 1-5)

Tapi layakkah aku untuk mendapat semua nikmat-nikmat itu? sedangkan nikmat yang ada inipun masih belum habis ku syukuri bahkan seringku ingkari. Ya Allah, aku hanya mengharapkan ampunan dan redha-Mu, kerana aku sedar semua itu tak layak untuk insan sekotor dan sehina diri ini..

“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku..”

..Amin Ya Robbal 'Alamin..




Thursday, August 20, 2009

Madrasah Ramadhan..


::Ramadhan Dua Zaman::

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berasa di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur’an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur

Mereka berlumba mengejar ma’rifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak bermaya

Puasa sekadar lapar dan dahaga....

Monday, August 17, 2009

Semarak Ramadhan..

Friday, June 26, 2009

Ya Ramadhan, kami merinduimu..


اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “

[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]

Wednesday, September 17, 2008

Kepompong Ramadhan

Semua amal anak Adam dapat dicampuri kepentingan hawa nafsu, kecuali puasa. Maka sesungguhnya puasa itu semata-mata untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya (Hr. Bukhari Muslim).


Pernahkan Anda melihat seekor ulat bulu? Bagi kebanyakan orang, ulat bulu memang menjijikkan bahkan menakutkan. Tapi tahukah Anda kalau masa hidup seekor ulat ini ternyata tidak lama. Pada saatnya nanti ia akan mengalami fasa dimana ia harus masuk ke dalam kepompong selama beberapa hari.


Setelah itu ia pun akan keluar dalam keadaan lain : ia menjelma menjadi seekor kupu-kupu yang sangat indah. Jika sudah berbentuk demikian, siapa ya
ng tidak menyukai kupu-kupu dengan sayapnya yang beraneka hiasan indah alami? Sebagian orang bahkan mungkin mencari dan kemudian menjadikannya koleksi sebagai hobi (hiasan) ataupun untuk keperluan ilmu pengetahuan.


Semua proses itu memperlihatkan tanda-tanda Kebesaran Allah. Menandakan betapa teramat mudahnya bagi Allah Azza wa Jalla, mengubah segala sesuatu dari hal yang menjijikkan, buruk, dan tidak disukai, menjadi sesuatu yang indah dan membuat orang senang memandangnya. Semua itu berjalan melalui suatu proses perubahan yang sudah diatur dan aturannya pun ditentukan oleh Allah, baik dalam bentuk aturan atau hukum alam (sunnatullah) mahupun berdasarkan hukum yang disyariatkan kepada manusia yakin Al Qur'an dan Al Hadits.

Jika proses metamorfosis pada ulat ini diterjemahkan ke dalam kehidupan manusia, saat dimana manusia dapat menjelma menjadi insan yang jauh lebih indah, waktu yang paling tepat untuk terlahir kembali adalah ketika memasuki Ramadhan. Bila kita masuk ke dalam 'kepompong' Ramadhan, segala aktiviti kita sesuai dengan ketentuan-ketentuan "metamorfosis" dari Allah, niscaya akan mendapat hasil yang menyenangkan yakni manusia yang berdarjat muttaqin, yang memiliki akhlak yang indah dan mempesona.



Inti dari ibadah Ramadhan ternyata adalah melatih diri agar kita dapat menguasai hawa nafsu. Allah SWT berfirman, "Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya." (QS. 79:40 - 41).

Selama ini mungkin kita merasa kesulitan dalam mengendalikan hawa nafsu. Kenapa? Kerana selama ini pada diri kita terdapat latihan lain yang turut membina hawa nafsu kita ke arah yang tidak disukai Allah. Siapakah pelatih itu? Dialah syaitan laknatullah, yang sangat aktif mengarahkan hawa nafsu kita. Akan tetapi memang itulah tugas syaitan. "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka anggaplah ia sebagai musuhmu kerana syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala," (demikian firman Allah dalam QS. 25 : 6).

Akan tetapi kita bersyukur kerana pada bulan Ramadhan ini Allah mengikat erat syaitan terkutuk sehingga kita diberi kesempatan sepenuhnya untuk melatih diri mengendalikan hawa nafsu kita dan kesempatan seperti ini tidak boleh kita sia-siakan. Ibadah puasa kita harus ditingkatkan. Tidak hanya puasa atau menahan diri dari hawa nafsu perut dan seksual saja bahkan semua anggota badan kita lainnya agar mahu melaksanakan amalan yang disukai Allah. Jika hawa nafsu sudah mampu kita kendalikan, maka ketika syaitan dilepas kembali, mereka sudah tunduk pada keinginan kita. Dengan demikian, hidup kita pun sepenuhnya dapat dijalani dengan hawa nafsu yang berada dalam keridhaan-Nya. Inilah pangkal kebahagiaan dunia akhirat. Hal lain yang paling utama harus kita jaga juga dalam bulan yang sarat dengan berkah ini adalah akhlak. Barang siapa membaguskan akhlaknya pada bulan Ramadhan, Allah akan menyelamatkan dia tatkala melewati sirat di mana banyak kaki tergelincir, demikianlah sabda Rasulullah SAW.

Pada bulan Ramadhan ini, kita dianggap sebagai tetamu Allah. Dan sebagai tuan rumah, Allah sangat mengetahui bagaimana cara memperlakukan tamu-tamunya dengan baik. Akan tetapi sesungguhnya Allah hanya akan memperlakukan kita dengan baik jika kita tahu adab dan bagaimana berakhlak sebagai tamu-Nya. Salah satunya yakni dengan menjaga puasa kita sesempurna mungkin. Tidak hanya sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga menjaga seluruh anggota tubuh kita supaya turut berpuasa.

Mari kita perbaiki segala kekurangan dan kelalaian akhlak kita sebagai tamu Allah, kerana tidak mustahil Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan terakhir yang dijalani hidup kita, jangan sampai disia-siakan.

Semoga Allah Yang Maha Menyaksikan sentiasa melimpahkan inayah-Nya sehingga selepas 'kepompong' Ramadhan ini kita masuki, kita akan kembali kepada fitrah bagaikan bayi yang baru lahir. Sebagaimana seekor ulat bulu yang keluar menjadi seekor kupu-kupu yang teramat indah dan mempesona, amiin..




By: Aa Gym
Translated n edited by: CaHaYa KeBaJiKaN

Saturday, September 6, 2008

" 3R "

" REMAJA RAIKAN RAMADHAN (3R) "
1429H - 2008

Tarikh: 13–14 September 2008

Masa: 8.30 pagi 13 September

hingga

1.00 tengahari 14 September

Tempat: Masjid As-Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur

Terbuka untuk remaja 12 - 17 tahun, lelaki dan perempuan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran "ONLINE" :

--> DISINI <--


Tarikh tutup penyertaan:

11 September 2008


Cepat adik-adik!!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini..


Anjuran Bersama

JIM Kuala Lumpur , Masjid As-Syakirin KLCC dan World Assembly of Muslim Youth (WAMY)

dan disokong oleh

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI). Dilaksanakan bersama JIM Daerah Batu, JIM Daerah Cheras dan JIM Daerah Titiwangsa


Thursday, September 4, 2008

Tazkirah Ramadhan : Menjadi Hamba "Rabbani" Bukan Sekadar "Ramadhani"

Bismillahirrahmanirraheem..

Tazkirah ni sy copy paste jd dr net JDB. Tak sempat lg nak baca. Sbb tu sy post kat sini. Kalau sy biarkan je kt inbox, nnt makin lama makin byk email masuk n tazkirah ni pun hilang dibawah timbunan email2 baru dan tak sempat nak cari dan baca balik. So, baik sy letak kt blog, at least senang sikit nak baca bila ada masa n dlm masa yg sama org lain pun boleh tumpang sekaki.. Betul x? Ok, layan..

Indahnya Bulan Ramadhan

By: Mohammad Haafiz Mohammad Aris

Allah SWT berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا
كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai semua orang beriman, diwajibkan kepadamu berpuasa sebagaimana
puasa pernah diwajibkan kepada umat sebelum kamu, semoga kamu terpelihara"
(Al Baqarah 183)

Begitu cepat waktu berlalu, tanpa terasa Ramadhan kembali akan kita jelang. Sungguh cepat rasanya perjalanan masa meskipun setahun tak pernah kurang dari 12 bulan. Demikian memang waktu terus berjalan, bergerak dan berputar sesuai dengan porosnya, mengikuti sunnatullah yang tidak bisa dihentikan, kecuali Allah semata. Perjalanan hidup manusia di dunia adalah merupakan waktu yang terus berjalan, dan kelak nanti akan ada pertanggungjawaban di akhirat, untuk apa waktu yang disediakan dalam hidup dipergunakan? Dan Allah SWT banyak bersumpah dalam kitab-Nya dengan menggunakan waktu; seperti yang banyak termaktub dalam Juz 30, disitu Allah bersumpah dengan waktu-waktu yang biasa demi dilalui oleh manusia. secara umum Allah menyebutkan; Demi masa (surat Al-Asr), dan secara khusus Allah menyebutkan demi waktu Fajar (surat Al-Fajr), Demi waktu Dhuha (surat Ad-Dhuha), demi waktu malam dan demi waktu siang (surat Al-Lail) dan lain-lainnya.. Tentunya sumpah tersebut mengisyaratkan akan pentingnya waktu yang harus diperhatikan oleh manusia dan kesempatan emas untuk dipergunakan sebaik-baiknya sehingga tidak menjadi orang yang merugi.

Allah SWT berfirman:

وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ . إِلَّا الَّذِينَ
آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا
بِالصَّبْرِ


"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran". (Al-Asr:1-3)

Dan dalam ayat lainnya Allah juga berfirman:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ
أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

"(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Al-Mulk:2)

Jadi inti dari terhindar dari kerugian terhadap waktu yang disediakan adalah iman dan amal salih.

Dan Allah mempergilirkan kehidupan ini, juga untuk melihat siapa yang memiliki jiwa juhud dan mendapatkan syahadah dalam hidupnya serta mendapatkan ridha dari Allah SWT.

وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ
الَّذِينَ آَمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ

"Dan masa itu Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada'". (Ali Imran:140)

Namun, syukur al-hamdulillah kita masih sempat menemui Ramadhan dan semoga semua kita dapat berpuasa sesuai dengan perintah Allah, dan menjadikannya waktu dan kesempatan berharga untuk memperbanyak ibadah, amal shalih dan aktivitas lainnya untuk mendapatkan rihda Allah SWT.

Kita tentunya merindukan kehadiran bulan Ramadhan sebagaimana rindunya Rasulullah SAW dengan bulan ini. Kita tentunya bahagia dengan hadirnya bulan Ramadhan sebagaimana Rasulullah saw bahagia menyambut bulan ini. Begitupun tentunya kita sangat senang dengan bulan Ramadhan yang kita jelang, sebagaimana Rasulullah saw sangat senang ketika bulan Ramadhan akan dijelang. Oleh karena itulah, sejak bulan Rajab, Nabi saw mulai banyak membaca doa :

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانٍ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

"Ya Allah berkahilah hidup kami di bulan Rajab dan Sya'ban dan sampaikanlah usia kami hingga bulan ramadhan"

Dan ketika menyambut terbitnya bulan sabit saat memasuki bulan Ramadhan, Nabi Muhammad SAW berdoa pula :

اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِاْلأَمْنِ وَاْلإِيْمَانِ
وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَم رَبِّيْ وَرَبُّكَ اللهُ هِلاَلَ رُشْدٍ
وَخَيْرٍ

"Ya Allah, terbitkanlah (dan tampakkanlah) hilal kepada kami (diiringi) dengan keberkahan dan keimanan serta keselamatan dan keislaman, (jadikanlah dia) sebagai hilal kebaikan dan petunjuk, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Alloh."

(At-Tarmidzi (9/142), imam Ahmad (1/162), Ad-Darimi (2/7) dan lain-lain, dishohihkan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah dalam Shahih Al-Wabilush Shayyib, hal. 220)

Selama Ramadhan, Rasulullah SAW senantiasa memperbanyak ibadah dan amal kebajikan, termasuk infak, sedekah dan menyantuni fakir miskin. Dengan demikian, Ramadhan membawa berkah berupa peningkatan nilai keislaman, kekuatan iman dan keamanan, serta merebaknya kedermawanan.

Bulan Ramadhan dengan banyak keistimewaannya telah banyak kita dengar dan ketahui, nama yang tidak asing bagi umat Islam. Sayyidus suhur (penghulu bulan-bulan) adalah merupakan julukan yang sangat indah, bulan nuzulul Quran, bulan tarbiyah, bulan tarqiyah (peningkatan) taqwa dan amal ibadah, sebagaimana bulan ini memiliki banyak gelar sesuai dengan fungsi dan peranannya. Antara lain : Syahrul barakah (bulan penuh kenikmatan dan limpahan karunia), Syahrul Najah (bulan kemenanga dan pelepasan dari azab neraka), Syahrul Juud (bulan kemurahan), Syahrul Muwasah (bulan kepedulian dan memberi pertolongan kepada yang membutuhkan), Syahrul Rahmah (bulan penuh rahmat Allah), dan julukan-julukan indah lainnya.

Namun dari sekian banyak keistimewaan dan keutamaannya, sangat sedikit dari umat islam yang belum menyadarinya, atau mungkin mereka sadar tapi belum menyentuh lubuk hati mereka sehingga saat Ramadhan tiba, tidak ada raut wajah yang sumringah atau bergembira menyambutnya. Mengikuti amaliyah Ramadhan sebagai kegiatan ritual saja, sekedar melepas dan menggugurkan kewajiban atau sekedar adat (kebiasaan) yang sudah biasa dilakukan setiap tahun, sehingga setiap kali selesai bulan Ramdhan kepribadian seseorang tidak meningkat dan berubah, tetap seperti yang lama, yang berubah hanyalah umurnya saja, setiap hari terus bertambah.

Insya Allah, Kami mencoba menghadirkan kajian sederhana, yang berisi tentang hal-hal yang berkaitan dengan amaliyah Ramadhan, yang diberi tema "menjadi hamba "RABBANI bukan sekedar "RAMADHANI". Dengan maksud bahwa ketika memasuki bulan ini kita dapat menjadi hamba yang benar-benar mengabdikan diri kepada Allah, taat dan patuh kepada perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, benar-benar menjadi hamba rabbbani bukan hanya ramadhani, yang tidak hanya sekedar melewati bulan ramadhan sebagai ritual tahunan tanpa makna, tidak hanya mengubah prilaku makan, menahan haus dan lapar disiang hari tanpa hasil yang berharga, melakukan tarawih di malam harinya, dan aktivitas ritual lainnya yang ada dalam bulan ramadhan tanpa ada perubahan dalam diri secara maksimal, namun berusaha untuk mengambil hikmah yang terkandung dalam segala aktivitas, ibadah dan amaliyah di bulan tersebut sehingga mendapatkan derajat yang paling mulia disisi Allah; yaitu Taqwa.

Karena itulah agar puasa tidak sia-sia, sebelum memasuki bulan suci Ramadhan, maka hendaknya melakukan persiapan diri dengan cara :

1. Persiapan Ruhiyah; dengan cara membersihkan hati dari penyakit aqidah sehingga melahirkan niat yang ikhlas.

2. Persiapan Fikriyah; melalui pembekalan diri dengan ilmu agama terutama yang terkait secara langsung dengan amaliyah dan ibadah di bulan Ramadhan.

3. Pesiapan Jasadiyah; dengan menjaga kesehatan badan, menciptakan kebersihan lingkungan serta mengubah pola hidup menjadi lebih sehat dan teratur.

4. Maliyah; dengan menyiapkan diri menabung dan menyisihkan sejumlah dana untuk memperbanyak infaq, memberi ifthar kepada orang lain dan membantu orang yang membutuhkan.

Agar kelak menjadi hamba rabbani baik qobla (sebelum), atsna'a (pada saat) dan ba'da (setelah) ramadhan.

Namun menjadi hamba robbani tidaklah mudah seperti membalikkan telapak tangan, perlu waktu, tenaga dan usaha terutama ilmu dan pengetahuan, karena setiap amal ibadah harus dilandasi dengan ilmu pengetahuan agar tidak terjerumus pada taklid, karena itu pula Allah SWT berfirman :

وَلَكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ
وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ

"… Namun jadilah kalian hamba Robbani, terhadap apa yang telah kalian pelajari dari kitab Al-Quran dan dari apa yang telah kalian kaji". (Ali Imran:79)

Rasulullah saw bersabda :

لَوْ تَعْلَمُ أُمَّتِي مَا فِي رَمَضَانَ مِنْ خَيْرٍ لَتَمَنَّوْا
السَّنَةَ كُلِّهَا رَمَضَانَ

"Andaikan umatku mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus." (HR. Ibnu Khuzaimah).

تُفَتَّحُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَتُغَلَّقُ أَبْوَابُ النَّارِ،
وَيُغَلُّ فِيهِ الشَّيَاطِينُ، وَيُنَادِي فِيهِ مُنَادٍ كُلَّ لَيْلَةٍ
يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ هَلُمَّ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ اقْتَصِرْ

"Bulan Ramadhan; di dalamnya pintu surga dibuka, pintu neraka di tutup dan syaitan-syaitan dibelenggu, di dalamnya pada setiap malamnya ada seruan; wahai para pencari kebaikan marilah kemari, dan wahai para pelaku kejahatan berhentilah". (Thabrani)

"Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami, dan karuniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)". (Ali Imran:8)

Wallahu a'lam..


Tuesday, August 26, 2008

Ahlan Ya Ramadhan!!

By: Dr. A'id Abdullah Al-Qarni

Selamat datang Ramadhan,

duhai kekasih yang datang setiap tahun

Kami menanti kedatanganmu dengan cinta yang berlimpah

padahal cinta yang bukan kepada Tuhan itu dilarang

Maka ampuni dosa kami, Tuhan

lalu tambahkan pula pemberian-Mu yang berlimpah

Jangan hukum kami, kami telah menghukum diri kami sendiri dengan ketidak-tenangan

yang membuat kami bergadang di dalam gelap

Selamat datang Ramadhan...




Engkau kembali lagi kepada kami setelah satu tahun berlalu. Selama satu tahun itu, di antara kami ada yang meninggal dan ada yang lahir, ada yang menjadi kaya dan ada yang menjadi miskin, ada yang berbahagia dalam hidup-nya dan ada yang bersedih, ada yang mendapat petunjuk dan ada yang tersesat. Engkau datang kepada kami setelah kami selama setahun penuh mengisi hari-hari kami dengan catatan-catatan kebaikan mahu pun keburukan, yang semua catatan itu akan dibacakan nanti kepada kami di hari perhitungan di hadapan Allah SWT.


"Dan sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu [di dunia] apa yang telah Kami kurniakan kepadamu, dan kamu tiada melihat besertamu pemberi syafa 'at yang kamu anggap bahawa mereka itu sekutu-sekutu Tuhan di antara kamu. Sungguh telah terputuslah [pertalian] antara kamu dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap [sebagai sekutu Allah]." (Al-An'am [6]: 94)

Lembaran-lembaran amal kami pada hari kiamat itu akan diperlihatkan dan dibacakan kepada kami. Itulah kitab yang berisi perhitungan, yang Tuhan tidak akan salah dan tidak pula lupa padanya sedikit pun.
Allah SWT berfirman,

" Bacalah catatanmu itu. Cukup dirimu yang membuat perhitungan pada hari ini." (Al-Isra' [17]: 14)

Engkau datang, wahai Ramadhan, untuk berkata kepada mata kami, "Puasalah engkau dari pandangan yang diharamkan, sebelum Tuhan yang Maha Mengetahui menjadi murka lalu engkau dicampakkan-Nya ke dalam api yang berkobar. Maka berpuasalah dari memandang yang haram dan titiskanlah air mata dalam bayang-bayang gelap di kesunyian malam."Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada lidah kami, "Puasalah engkau dari menggunjing dan mengadu domba, dari berkata-kata kotor dan tidak layak, dan dari mengucapkan perkataan yang sia-sia."
Lidahmu, jangan sekalipun kau gunakan untuk menyebut-nyebut kekurangan orang lain.
Semua yang ada padamu adalah kekurangan sedangkan semua orang juga memiliki lidah sehingga dapat melihatnya, Matamu, jika melihat suatu cela pada orang lain. Katakan kepadanya, "Orang lain juga punya mata yang dapat melihat celaku."


Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada tangan kami, "Berpuasalah engkau wahai tangan yang pernah menumpahkan darah dan membunuh jiwa yang tidak bersalah, yang pernah menghancurkan rumah, membunuh orang tua dan wanita. Berpuasalah, engkau dari memukul dan membunuh orang lain, dan dari mencuri dan berbuat curang. Berpuasalah engkau dari menerima wang suapan sebelum datang hari kiamat, hari yang tidak berguna lagi permohonan ampun dari orang-orang yang zalim, bagi mereka itu laknat dan tempat kembali yang jelek. Pada hari itu, Allah menutup mulut-mulut mereka sehingga yang berbicara adalah tangan-tangan mereka, dan disaksikan oleh kaki-kaki mereka tentang apa-apa yang mereka perbuat."

Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada kaki kami, "Berpuasalah engkau dari berjalan ke tempat yang haram, dari melangkah kepada jalan kesia-siaan, penyesalan dan kesesatan, dan pergi ke tempat-tempat yang dimurkai Tuhan pemilik kerajaan langit dan bumi ini, iaitu jalan-jalan yang hina lagi keji. Berpuasalah engkau, wahai kaki."

Dan Engkau datang, Wahai Ramadhan, untuk berkata kepada perut kami, "Berpuasalah dari memakan makanan yang haram, dan dari memakan riba kerana tubuh yang diberi makan dengan makanan yang haram, nerakalah yang lebih utama baginya. Puasalah engkau dari makanan yang diperoleh dari hasil menipu dan memperdaya orang lain sebelum engkau bertemu Allah SWT yang mengetahui apa-apa yang tersembunyi dan tertutup.

Dalam sebuah hadith dari Abu Hurairah disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Allah SWT berfirman, 'Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa kerana puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku-lah yang akan membalasnya. Ia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana-Ku.'"

Beliau saw juga bersabda, "Puasa adalah perisai. Maka apabila salah seorang diantara kamu sedang berpuasa, janganlah in berkata-kata kotor dan bersuara kasar.. Jika seseorang mencacinya hendaklah ia menjawab, 'Sesungguhnya aku sedang berpuasa, (dua kali). Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada minyak miski."


Sudahkah kita bersedia utk melangkah ke Madrasah Ramadhan?





Me: Xsabar nk ramadhan.. Rindunye!! (^_^)