Photobucket

Friday, June 26, 2009

Ya Ramadhan, kami merinduimu..


اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “

[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]

Sunday, June 14, 2009

Dunia kehilangan sebutir lagi permata..

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un..
Pemergiannya begitu dirasai seluruh umat Islam di pelosok dunia. Moga perginya mujahid ini tidaklah melenyapkan dan memadamkan semangat juang kita, bahkan mengetuk pintu kelalaian kita utk terus bangkit meneruskan serta menyemarakkan lagi api perjuangan ini..


Dr. Fathi Yakan yang merupakan ulama gerakan Islam terkenal telah pergi lebih dahulu daripada kita untuk bertemu dengan Allah pada hari Sabtu, 13 Jun 2009, 4.45 petang waktu Lubnan (sekitar jam 10 malam waktu Malaysia). Beliau telah dimasukkan ke Hospital Hotel Dieu, Beirut setelah keadaan kesihatannya kritikal. Jenazahnya akan dibawa ke Tripoli pada hari Ahad untuk dikebumikan di sana. Beliau dilahirkan di Tripoli, Libya pada tahun 9 Februari 1933 dan meninggal ketika berumur 76 tahun.

Dr Fathi atau nama penuhnya Fathi Muhammad ‘Inayah dilahirkan pada 9 Februari 1933 merupakan diantara pengasas awal kepada gerakan Islam di Lubnan. Pembabitan beliau dalam gerakan Islam di Lubnan telah bermula seawal tahun 1950an dan mengasaskan Jemaah Islam Lubnan, satu cabang kepada gerakan Ikhwan al-Muslimin pada tahun 1960an bersama-sama tokoh lain termasuk Sheikh Faisal al-Mawlawi. Bahkan beliau memegang amanah sebagai Setiausaha Agung sehingga tahun 1992 dan meletak jawatan apabila memenangi pilihanraya sebagai ahli parlimen. Beliau kemudiannya melibatkan diri secara langsung politik Lubnan dan partinya Jabhah turut disertai oleh jemaah-jemaah Islam dan tokoh-tokoh Islam dari kalangan Sunni dan juga Syiah seperti Harakah al-Tawhid al-Islamiy, Sheikh Hashim Minqarah dan lain-lain.

Di peringkat global, beliau berpengaruh kepada gerakan Islam dunia bukan sahaja melalui bahan-bahan penulisan dakwah dan haraki beliau. Bahkan apabila Professor Dr Najmudin Erbakan merintis kesatuan gerakan Islam di peringkat global semasa beliau menjadi Perdana Menteri Turki, Dr Fathi dilantik mengetuai fungsi tarbiahnya dengan dibantu oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari Malaysia.

Dr Fathi mendapat pendidikan awal dalam bidang kejuruteraan elektrik di Beirut, tetapi kemudiannya menyempurnakan ijarah kedoktorannya dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab.

Beliau mengahwini Dr Muna Haddad Yakan dan bersama-sama isterinya mengasaskan Universiti Al-Jinan Lubnan dimana Dr Muna bertugas sebagai rektornya. Universiti beliau turut dihadiri oleh pelajar-pelajar dari Malaysia khususnya lepasan Madrasah Darul Quran, Rusila, Terengganu. Daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan 4 anak perempuan serta 19 orang cucu.

Dr Fathi banyak menulis buku yang menjadi rujukan gerakan Islam di seluruh dunia antaranya ialah:

  • فقه السياحة في الإسلام ونماذج لرحلات دعوية قي أرض الله الواسعة
  • مشكلات الدعوة والداعية،
  • كيف ندعو إلى الإسلام؟
  • نحو حركة إسلامية عالمية واحدة
  • الموسوعة الحركية
  • ماذا يعني انتمائي للإسلام؟
  • حركات ومذاهب في ميزان الإسلام،
  • الاستيعاب في حياة الدعوة والدعاة
  • ، نحو صحوة إسلامية في مستوى العصر
  • ، المناهج التغييرية الإسلامية خلال القرن العشرين،
  • الإسلام فكرة وحركة وانقلاب،
  • الشباب والتغيير،
  • المتساقطون على طريق الدعوة،
  • أبجديات التصور الحركي للعمل الإسلامي
  • ، قطوف شائكة من حقل التجارب الإسلامية


Umat Islam telah kehilangan seorang tokoh gerakan Islam yang sukar dicari ganti, namun buku “Apa ertinya saya menganut Islam?” telah ditinggalkan sebagai tatapan pencinta Islam. Buku ini merupakan sumbangan yang besar kepada dakwah khususnya di Malaysia. Usrah tidak sempurna tanpa ahli tidak dapat menjawab persoalan ini. Karya beliau ini cuba memahamkan hakikat Islam dan keperluan untuk menjadi seorang Islam yang betul dari segenap sudut kehidupan.

Semoga Allah mengganjari sebaik ganjaran kepadanya dan semoga beliau menjadi model kepada ahli-ahli gerakan Islam seluruh dunia.

Al-Fatihah..

** Juga buat Allahyarham Ammar Bin Zulkifli, mahasiswa perubatan Mesir yang terlibat dengan kemalangan semasa perjalanan balik dari Ain Sokhna utk membuat survey kawasan rehlah ikhwah disana. Walaupun beliau tidakku kenali, namun hati yakin menyatakan yg dia bukan "orang biasa" kerana berita pemergiaanya benar-benar luar biasa dan telah mengundang doa yang tak putus-putus dari semua.

Kalam Puncak tempat semaian pahalanya..

"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat"..


AL-FATIHAH..


Friday, June 12, 2009

Wahai Perempuan, Wanita, Muslimah, Akhawat, dll..

BismiLLahirrahmanirraheem..

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar akan menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja email bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam..

- dipetik dari blog wewr dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -

Thursday, May 21, 2009

Belajar dari lebah..

Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat-sifat unggul. Sifat-sifat itu membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun dia berada, kemana pun dia pergi, apa yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dia pikul akan selalu membawa manfaat dan maslahat bagi manusia lain. Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah saw., “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”

Kehidupan ini akan menjadi indah, menyenangkan, dan sejahtera dengan manusia-manusia seperti itu. Siapa pun mereka, ia akan menjadi yang terbaik; apa pun peranan dan fungsinya maka segala yang ia lakukan adalah hal-hal yang membuat orang lain, lingkungannya menjadi bahagia dan sejahtera.


Sifat-sifat yang baik itu antara lain terdapat pada lebah. Rasulullah saw dengan sabdanya dalam hadits di atas mengisyaratkan agar kita meniru sifat-sifat positif yang dimiliki oleh lebah. Tentu saja, sifat-sifat itu sendiri memang merupakan ilham dari Allah swt. seperti yang Dia firmankan,

“Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu).’ Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 68-69)

Sekarang, bandingkanlah apa yang dilakukan lebah dengan apa yang seharusnya dilakukan seorang mukmin, seperti berikut ini:


Hinggap di tempat yang bersih dan menyerap hanya yang bersih.


Lebah hanya hinggap di tempat-tempat pilihan. Ia sangat jauh berbeza dengan lalat. Lalat amat mudah ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat-tempat yang berbau busuk. Tapi lebah, ia hanya akan mendatangi bunga-bunga atau buah-buahan atau tempat-tempat bersih lainnya yang mengandungi bahan madu atau nektar.

Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah swt. berfirman:
Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 168) (Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A’raf: 157)

Kerananya, jika ia mendapatkan amanah dia akan menjaganya dengan sebaik-baiknya. Ia tidak akan melakukan rasuah, pencurian, penyalahgunaan, manipulasi, penipuan, dan dusta. Sebab, segala kekayaan hasil perbuatan-perbuatan tadi adalah merupakan khabaits (kebusukan).

Mengeluarkan yang bersih.

Siapa yang tidak kenal madu lebah. Semuanya tahu bahawa madu mempunyai khasiat untuk kesihatan manusia. Tapi dari organ tubuh manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah. Dia produktif dengan kebaikan, bahkan dari organ tubuh yang pada binatang lain hanya melahirkan sesuatu yang menjijikan. Baru-baru ini telah ditemukan pula produk lebah selain madu yang juga diyakini mempunyai khasiat tertentu untuk kesihatan iaitu air liurnya! Seorang mukmin adalah orang yang produktif dengan kebajikan. “Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Al-Hajj: 77)

Al-khair adalah kebaikan atau kebajikan. Akan tetapi al-khair dalam ayat di atas bukan merujuk pada kebaikan dalam bentuk ibadah ritual. Sebab, perintah ke arah ibadah ritual sudah diwakili dengan kalimat “rukuklah kamu, sujudlah kamu,
sembahlah Rabbmu” (irka’u, wasjudu, wa’budu rabbakum). Al-khair di dalam ayat itu justru bermakna kebaikan atau kebajikan yang buahnya dirasakan oleh manusia dan makhluk lainnya.

Segala yang keluar dari dirinya adalah kebaikan. Hatinya jauh dari prasangka buruk, iri, dengki; lidahnya tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik; perilakunya tidak mensengsarakan orang lain melainkan justeru membahagiakan; hartanya bermanfaat bagi banyak manusia; kalau dia berkuasa atau memegang amanah tertentu, dimanfaatkannya untuk seb
esar-besar kemanfaat manusia.

Tidak pernah merosak


Seperti yang disebutkan dalam hadits yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merosak atau mematahkan ranting yang dia hinggapi. Begitulah seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan kerosakan dalam hal apa pun: baik material maupun non-material. Bahkan dia selalu melakukan perbaikan-perbaikan terhadap yang dilakukan orang lain dengan cara-cara yang tepat.

Dia m
elakukan perbaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu. Jika kerosakan terjadi akibat rasuah, ia memberantasnya dengan menjauhi perilaku buruk itu dan mengajukan perasuah itu ke pengadilan.

Bekerja keras

Lebah adalah pekerja keras. Ketika muncul pertama kali dari biliknya (saat “menetas”), lebah bekerja membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu. Dan begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarja dan beramal.

Bukankah Allah pun memerintahkan umat mukmin untuk bekerja keras? “Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusa
n), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Alam Nasyrah: 7) Kerja keras dan semangat pantang undur itu lebih dituntut lagi dalam upaya menegakkan keadilan. Kerana, meskipun memang banyak yang cinta keadilan, namun kebanyakan manusia (kecuali yang mendapat rahmat Allah) tidak suka jika dirinya “dirugikan” dalam upaya penegakkan keadilan.

Bekerja secara jama’i dan tunduk pada satu pimpinan


Lebah selalu hidup dalam kelompok besar, tidak pernah menyendiri. Mereka pun bekerja secara kol
ektif, dan masing-masing mempunyai tugas masing-masing. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya.

Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk mengudang teman-temannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap orang-orang beriman. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (Ash-Shaff: 4)


Tidak pernah melukai kecuali jika diganggu

Lebah tidak pernah memulai serangan. Ia akan menyerang hanya tatkala merasa terganggu atau terancam. Dan untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: "Musuh tidak dicari, tapi jika ada, tidak lari".

Itulah beberapa karakter lebah yang patut ditiru oleh orang-orang beriman. Bukanlah sia-sia Allah menyebut-nyebut dan mengabadikan binatang kecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah: An-Nahl. Pasti punya hikmahnya.

Allahu a’lam.
be like the bee.. ^_^


Disunting dan dialih bahasa dari Dakwatuna.com

>> Under Construction <<