Photobucket

Friday, November 27, 2009

2:216

"Allah tak beri apa yang kita MAHU, tapi Allah akan beri apa yang kita PERLUKAN untuk melengkapkan kehidupan ini agar selari dengan apa yang telah Dia tetapkan..."



Wednesday, November 18, 2009

Report yang merepotkan : B.I.C


~In The Name of Allah, Most Gracious and Merciful~

Demi menyahut seruan Pak Hassan pada salah 1 muwasofat tarbiyyah yg digariskannya, Alhamdulillah kami telah berpeluang beriadah sambil berkempen di Sunway Pyramid sabtu lepas bersempena dgn "Boycott israel Campaign" organized by COMPLETE.

Kami dari Team A [Alang, Ayu, Ika, kM] bertolak sekitar jam 1030 am dan tiba agak lewat ditempat kejadian memandangkan "taxi" delay untuk beberapa ketika di kL Sentral. Sampai je di sunway pyramid terus menjejak kasihkan diri dengan Team B iaitu kYong, anjang dan kNurull. Then solat zohor. Sempatla juga beramah mesra dgn a few sis form IMU. Skali tiba2 sorang tu senior skola ika pulak.. Kan dah jejak kasih lagi..


Asalnya nak main bowling skali, tapi dah penuh sebab kami xtempah awal-awal. Maka hati pun berbisik, "Ala, rileks la.. bowling dah biasa sangat longkang strike. Kali ni main lain la pulak.."


Terus turun bawah dan bersiap-siap dengan kelengkapan masing-masing. Maka dengan sangat terujanya kami pun menyarung kasut yg sangat keras itu dan melangkah masuk ke gelanggang ais tersebut.


Di dalam gelanggang pula kelihatan begitu banyak cicakman dan cicakwomen melekat-lekat di dinding pada awal permainan termasuklah diriku.

Setelah hampir setengah gelanggang berjalan sambil berpaut pada dinding, rasanya dah tiba masanya untuk diri ini melakukan sedikit pengislahan.


Dengan cermatnya cuba bergerak ke tengah melawan arus pemain2 handalan yang berpusing-pusing disekitar gelanggang.

Sedang perasaan riak gembira mula muncul tatkala berjaya ke tengah, tiba-tiba...

" Muallimah!!!! "

jerit si budak kecik ulfah sambil meluncur ke arahku. Mungkin terlalu gembira barangkali.. Belum sempat mengeluarkan walau sepatah kata pun dan..

"Debushhhh!!!"

maka terbujur kaku lah kami berdua ditengah2 gelanggang tersebut. Ulfah siap landing baik punya kat atas ais tu. Bila dah jatuh memang rasa macam malas sangat nak bangun. best gak tido kat situ. sejuukkk!!huu~

tapi xsempat nak rileks lama-lama, ada je yg datang hulurkan tangan ringankan beban nak suruh bangun. kacau daun betul.. tQ!


Nampaknya tak dapat nak mencatat record bersih tanpa kejatuhan pada hari tersebut. Awal-awal lagi dah jatuh. ulfah la ni. haha, salahkan orang pulak. Sebagai denda, she n another 2 lil cute girl [asma' n asiah] kena ajar kte jalan dengan sopan dan bergaya diatas ais. Alhamdulillah, semakin mahir. Cuma xstabil lagi bila orang datang n berpaut pd kita. Syukran my dear!
^_^

Then setelah penat mengayuh, terpaksa menarik diri dari permainan tu memandangkan kondisi badan yg kurang stabil dan kesemputan mula melanda. Duduk memerhati dari jauh, sedangkan hati teringin sangat nak main lagi, tp apakan daya..huhu, ayat pasrah.

Habis tu terus gerak ke kedai makan sebelah sunway pyramid tu utk bruncher [breakfast+lunch+dinner].

Malas tulis panjang-panjang sbb kYong dah cerita everything kot. siap rasionalize lagi tu.. gud job kY! ^_^

Kesimpulan, program yg sangat best! mantop, menarik dan tertarik! sangat sesuai utk umum disamping memenuhi tuntutan qowiyul jism dalam
usaha melahirkan para syabab yg berkualiti utk Ad-Deen ini..[pergh,, mcm ayat buku teks P.Islam tingkatan 4]

"Mukmin yang kuat lebih Allah cintai daripada mukmin yang lemah"

(HR. Muslim)


++++++++++++++++++++++++++++++

Dan ini pula aktiviti malam tadi. Sekitar jam 1230 am bersama kNina, lepas balik dr 'special' meeting. Risau jugak sebenarnya nak buat kerja2 mcm ni diwaktu yang xsepatutnya. Tapi nak buat mcm mana, dunia dah ketandusan ikhwah barangkali sampai akhawat pulak yg kena buat semua ni. Btw, setiap yg berlaku ada hikmah dan ibrahnya. "xpe.." [taglineku]

** mmg sengaja diselitkan kisah seram sejuk ini disini, bagi orang-orang yg berfikir..



kM: Dah lama xbuat n3 mcm ni.. Sekadar menukar angin, bukan bererti mengubah prinsip. InsyaAllah..

Saturday, November 7, 2009

.:: Boycott Israel Walkabout ::.

Bismillahirrahmanirraheem..


Berikut merupakan sebahagian daripada berita kekejaman zionis terhadap bumi Palestin. Masih banyak lagi berita-berita yang tidak dikhabarkan kepada kita. Hari demi hari, negara haram israel cuba untuk memperluaskan jajahannya ke seluruh bumi Palestin. Saban hari juga jumlah kematian meningkat disana. Daripada yg tua hingga kepada kanak-kanak, semuanya tak terkecuali daripada dijamah keganasan zionis. Apa tindakan kita sebagai saudara seaqidah? atau mungkin ada yang mengatakan disana terdapat juga yang bukan muslim, maka pandanglah dari sudut kemanusiaan. Sudahkah kita melakukan sesuatu untuk usaha pembebasan ini? Moga punya jawapan di hadapan Allah kelak..

==================================


"Boycott Israel Walkabout" datang lagi..

Program yg sangat menarik dan sesuai utk semua!

Bagi yg berkelapangan, JOM sama2 jayakannya!


Buktikan kepedulian kita pada saudara seaqidah yg teraniaya..


Freedom For Palestine!!!



Boycott Israel Campaign

Date:
14th November, 2009


Time:
11.30 am - 3.00 pm


Place:
Sunway Pyramid Shopping Mall


Program:
11.30 am - Arrival & Lunch

12.45 pm - Assemble at Mega Lanes (bowling alley)
1.00 pm - Break for activity of choice
3.00 pm - Disperse


The objective here is for us to be noticed by the weekend crowd. All involved will be wearing our Boycott Israel t shirts and participating in the following activities :

1. Lunch
2. Bowling Competition
3. Ice skating
4. Jalan jalan all over the mall

=======================================

1. Lunch
All volunteers to meet at Sunway Pyramid & then proceed to lunch at an eatery of our choice. At 12.45 pm to meet at bowling alley

2. Bowling Competition
We'll be forming at least 10 teams with 4 players per team. This means we'll need 40 bowlers. Don't worry if you can't bowl. You'll be among familiar company cos many of us can't bowl to save our lives. It's all in the name of humanity with lots of fun thrown in. You can form your own team if you so wish. Otherwise we'll be allocating team members. COMPLETE will bear all costs. All you need to bring will be a pair of socks. And yes, there'll be prizes for the winning teams. So those interested do email me your names by 4th November.

3. Ice skating
Anyone out there with dreams of being an ice skating champ? Well here's your chance. We're looking for at least 20 skaters. Again, COMPLETE will bear the costs. All you need to do is bring a pair of socks & gloves (compulsory) & skate to your heart's content. If interested, email me your names by 4th November.

4. Jalan Jalan
For those who are neither bowlers nor skaters, we have use for you, don't fret. You will be our flag bearers. Now all you need are good walking shoes, cos apparently the mall's HUGE. So do take your time, window shopping, or maybe actually shopping. Lepak here & lepak there, don't forget the cineplex. Or stop by at J.CO & you could catch Mike. Really, there's just plenty for you to pick.

Boycott Israel t shirts will be on sale as below:

Date: 4th, 6th & 7th Novemeber
Time: 10 am - 12 noon
Place: OrphanCARE centre
6, SS1/24A, Kampung Tunku, P.J.
Price: RM 20 (short sleeves) & RM 25 (long sleeves)



Thursday, November 5, 2009

Allah Maha Cahaya




Jauh melangkah meniti waktu berlalu
Jauh berjalan lewati berjuta warna kehidupan
Tanpa sedari dalam cermin wajah ini
Bertambah umurku dalam hidup yang semakin merapuh

Allah bukalah hatiku, bimbing di jalan terangMu
Selamatkanlah jiwa yang gelap dalam cahaya rahmatMu
Allah Kau Maha Cahaya beri petunjuk sang jiwa
Ampuni diri yang lelah, kadang sesatku melangkah

Allah Kau Maha Cahaya, menerangi gelap jiwa
Allah Kau Maha Penguasa, padaNya hati berserah

Menghitung diri
Tanpa sedar airmata menjadi saksi banyak waktu sia-sia
Tanpa sedari dalam cermin wajah ini
Bertambah umurku dalam hidup yang semakin merapuh

Allah bukalah hatiku, bimbing di jalan terangMu
Selamatkan jiwa yang gelap dalam cahaya rahmatMu
Allah Kau Maha Cahaya beri petunjuk sang jiwa
Ampuni diri yang lelah, kadang sesatku melangkah

Jauh melangkah berharap hidup tak sia-sia...
Jauh berjalan harapkan kudapat ampunan..
.