Thursday, March 25, 2010
Friday, March 5, 2010
Kuunu Ubbadan qabla an takuna Quwwadan
Jadilah kamu semua abid yang sebenar-benarnya (Hamba Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin atau diberikan amanah kepimpinan. Kata-kata hikmah beliau ini adalah kata-kata yang tinggi maknanya. Beliau mahu memberikan penekanan dan peringatan yang jelas agar anggota Ikhwan Muslimun waktu itu memberi penekanan yang besar kepada aspek menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya. Menjadi 'abid dalam pengertian yang menyeluruh. Menjadi abid dalam aqidah, tasawwur aqliyyah, sudut pandang hidup yang benar, ruh yang hidup dan berhubung dengan langit, perasaan yang sensitif terhadap ajaran Islam dan kewajipannya, suluk peribadi dan haraki. Hanya dengan kesempurnaan (syamilah) dan kesimbangan (tawazun) barulah akh ini akan layak untuk memikul bebanan dakwah sedikit demi sedikit, dari satu marhalah kepada satu marhalah, dari satu kewajipan hingga kewajipan yang lebih berat hinggalah ia layak untuk menjadi pemimpin ummah.
Inilah yang saya maksudkan persediaan dan pembinaan. Pembinaan saudara pendakwah adalah pembinaan khusus. Bagi masyarakat umum ada tarbiyyahya. Ceramah umum, tazkirah yg dapat mengingatkan mereka akan tanggung jawab seorang Muslim. Bagi mereka yang sedang di bina (takwin) ada manhajnya dan wasilahnya. Oleh itu wahai saudaraku persiapkanlah dan binalah peribadi anda dengan tarbiyyah yang sempurna. Bermula dengan tarbiyyah peribadi, tarbiyyah jamaiyah dan tarbiyyah dzatiah (yg telah kita fahami).
Pembinaan hampir lah sama dengan proses membina sebuah batu bata. Tanah liat diletakkan dalam sibghah (bentuk) dan kemudiannya di panaskan dalam suhu yang sangat tinggi. Jika batu bata ini tidak dibuat dengan betul atau prosesnya salah maka batu bata yang keluar dari tempat pembakaran akan terbahagi 3 jenis. Satu pecah. Kedua retak. Dan ketiga kukuh dan cantik untuk di buat binaan.
Pada hakikatnya membina seorang fardi Muslim adalah lebih sukar dan mengambil masa yang sangat lama. Manusia amat unik dan ada perasaan serta akal fikiran. Ada jiwa dan kecenderungan. Boleh berubah bila-bila masa. Sebab itulah pentarbiyahan itu amat penting dalam amal Islami.
Sebab itulah satu Surah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.aw iaitu Surah Al-Muddathir (1-7) memberi metod bagaimana proses pembinaan ini berlaku. Ianya adalah surah-surah yang awal di Makkiah. Persediaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul yang akan memikul bebanan yang amat berat sekali. Surah ini berkaitan pembinaan jiwa yang kuat. Pembersihan jiwa dan zahir para pendakwah. Menjauhi segala kelalaian dan kejahatan. Melawan hawa nafsu supaya ikhlas dengan tidak mengharap apa-apa upah kecuali dari Allah SWT. Serta persediaan ke arah kesabaran yang sempurna dan teguh apabila menanggung segala ujian, musibah, dugaan, fitnah dan tantangan dari kaumnya. Cuba fahami Surah ini;
1. Wahai orang Yang berselimut!
2. bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
3. dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
4. dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.
5. dan Segala kejahatan, maka hendaklah Engkau jauhi.
6. dan janganlah Engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
7. dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah Engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
(Al-Muddathir 1-7)
Ibrah dan pengajaran dari Surah ini walaupun dituju kepada Nabi Muhammad adalah juga untuk kita semua. "Al-Ibrah bi umumil Lafzi La bi khususi as sabab". Ibrah dengan umum lafaz bukan dengan sebab khusus turunnnya ayat.
Oleh itu wahai saudara ku marilah kita perkukuhkan peribadi kita dengan iman yang kuat. Ingatlah akan hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a Hadith Hassan Gharib di dalam Kitab Ibnu Rejab " Min husni Islam al-mar'i tarkuhu ma la yakni hi". Daripada kebaikan Islam seorang lelaki ialah dia meninggalkan apa yang tidak berfaedah bagi dirinya". Ada riwayat lain dengan erti seumpamanya.
Salah satu cara kita membina peribadi kita al akh Muslim ialah menjauhi lagha, kelalaian, urusan yang tidak ada kena mengena, membazir waktu, cuai dalam ibadah, sehingga kita memberi seluruh fokus kepada kebaikan dan kebajikan untuk diri, keluarga dan masyarakat. Itulah panduan dari Nabi kita yang mulia,
Moga kita semua menasihati diri kita semua termasuk saya. Amin
-As Syahid Imam Hassan Al-Banna-
Subscribe to:
Posts (Atom)