Photobucket

Saturday, February 16, 2008

Ikhtilaat ikhwah akhwat..

Ana terfikir,adakah ana pernah melakukan ikhtilat(percampuran) diantara lelaki dan perempuan yang tidak ada maslahah dalam agama? Ana tak pasti,sama ada ana tergolong atau tidak,tapi mungkin sesiapa yang mengenali diri ana boleh membuat kesimpulan sendiri samaada ana pernah melanggar batasan pergaulan antara ikhwah/akhawat atau tidak yang boleh dikatakan sebagai ikhtilat.Tapi yang pastinya,syaitan keliling pinggang dan dia sentiasa berusaha untuk menyesatkan anak adam..

Ikhtilat diantara lelaki dan perempuan adalah diharuskan didalam islam sekiranya ia mempunyai kemaslahatan dalam agama contohnya dalam bidang muamalah seperti jual beli,pendidikan dan penyaksian di pengadilan.Namun perhungan itu mestilah seiring dengan batasan syariat islam.Ia mungkin akan menjadi haram apabila mereka melakukan perhubungan tanpa ada sebab munasabah yang dibenarkan seperti ikhwah dan akhawat berhubung just setakat untuk bertanya khabar,bercakap soal hati dan perasaan dan bersembang perkara yang melaghokan sehingga melanggar batas-batas perhubungan itu sendiri.

Pelanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat ini terjadi mungkin disebabkan kerana :

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Ok,suka untuk ana berikan contoh dikalangan sahabat/sahabiah sekampus ana sendiri yang mostly melanggar batas prgaulan antara ikhwah dan akhawat. Ikhtilat yang tidak berlandaskan syara’ ni bukanlah berlaku kepada orang tidak berpendidikan agama sahaja,malah yang berpendidikan agama juga turut terjebak dalam perkara ini.Adakah ana tergolong sama?muhasabah diri balik caet!!

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol font Islam, namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak menfokuskan kepada pemahaman dan amal.Itulah yang berlaku pada masyarakat hari ini.

Di sini ana nak sebut tentang pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini:-

1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhul Bashar)

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, “Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!”.

Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tetapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil ‘warak berbungkus’.Rasulullah SAW. Bersabda yang bermaksud,

1)”Pandangan mata adalah salah satu daripada panah-panah iblis, barangsiapa menundukkannya kerana Allah, maka akan dirasakan manisnya iman dalam hatinya”.

2)”Wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan yang satu dengan pandangan yang lain. Engkau hanya boleh melakukan pandangan yang pertama, sedang pandangan yang kedua adalah risiko bagimu”. (HR Ahmad)

Dan firman Allah yang bermaksud:
“… maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya…” (Al Ahzab: 32)

2) Couple

Duduk berdua di taman-taman, kedai-kedai makan, berjalan berdua malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan mahasiswa. Walaupun kebanyakan masyarakat sekitar tidak mempedulikan tindakan sebegini kerana menganggap mahasiswa/i berpendidikan yang berdua-duaan ini sedang berdiskusi tentang pelajaran atau tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

Sememangnya masyarakat kian dirosakkan dengan istilah ‘jangan jaga tepi kain orang’. Inilah suatu racun yang sedang merosak dan menghancurkan fikrah ummah. Sudah tiada lagi ungkapan amar makruf nahi mungkar dikalangan masyarakat hingga menyebabkan anak-anak muda dengan sewenang-wenangnya berdua-duaan.perlu diingat bahawa couple boleh menjerumuskan kita kepada pelbagai jenis zina(boleh rujuk post ana yang lepas) Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR.Ahmad)

3. “Cop awal-awal” Untuk Berkahwin

“Bagaimana enti? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.” Ikhwah belum tamat belajar sehingga ‘cop’ seorang akhwat untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan hingga melibatkan keluarga.

Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘cop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara kedua-duanya takut-takut terjerumus ke kancah maksiat.Sepertimana yang kita sedia maklumi,alam pertunangan banyak cabaran dan dugaan yang perlu kita rintangi.

Justeru, mana mungkin hubungan suci suami-isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.

4. Telefon Tidak ‘Urgent’

Menelefon dan berborak tidak tentu arah, yang tidak ada nilai significantnya sama ada soal pengajian mahupun soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, saya gusar apa akan kita jawab di hadapan Allah nanti.(fakir-fikirkan..)

Erm,contoh yang paling dekat sekali dengan ana ialah sahabat-sahabat ana sendiri,yang ada certainnya,bersembang sehingga larut malam bersama buah hati masing-masing.Yela,sekarangkan dah ada macam-macam pelan berbual especially maxis.super saver la katernya..ish2.menambahkan dosa lagi adala sekiranya digunakan pada tempat yang salah..perlu diingat bahawa orang-orang barat sekarang sedang berusaha untuk menghancurkan islam dan menjadi musuh dalam selimut umat islam hari ini. barangkali salah satu caranya ialah dengan mempromosikan super saver sehingga melalaikan ummah hari ini.Bagi yang tak sependapat dengan ana minta maaf yer.. :)

5. SMS Tidak ‘Urgent’

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan dakwah mahupun urusan penting, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melampiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki.

Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula, jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’

Laman YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal-hal penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah ke mana dan tidak menfokuskan kepada dakwah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.(terasakah aku?kerana ana juga mempunyai YM..YaAllah,aku memohon kepadamu daripada melakukan perkara sia-sia)

Tuntasnya, persoalan ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’ di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum adam dan hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka diantara satu sama lain. Ini kerana ‘ikhtilat’ yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat kita sendiri.

The most important,bagi yang belum mengetahui tentang ikhtilat,cuba-cubalah untuk memahaminya,dan bagi yang sudah memahami mari kita mengamalkan ilmu yang kita sudah sedia maklumi..ana sekadar berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan antum semua.dan selepas ini,menjadi tanggungjawab ana untuk berusaha memperbaiki diri dalam perhubungan antara muslimin dan muslimat.wallahu’alam

~orang yang menulis tidaklah sebaik orang yang membaca~

0 comments: