Photobucket

Thursday, June 26, 2008

Usrah yang Lazat dan Lemak Berkrim.. (^_^)

Assalamu’alaykum wbt..

Firstly, thanks to kausar krn sudi tag ana utk menjadi mangsa seterusnye..hehe. Sori sgt sbb lambat jwb soalan2 tu. Ada masalah teknikal sket ari tu. First time ana terbaca post ni dari blog akh dhany. Tak sangka akhirnya merebak n sampai jugak ke blog ana. Best jugak membaca ttg pengalaman usrah ikhwah/akhwat kita ni.. pengalaman ana xdelah best pun. Tapi ana akan cuba jawab sebaik mungkin.

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?

Rasanya baru sangat2.. mula sejak masuk UiTM Segamat. Pada tahun 2005. sebelum2 ni hanya melihat usrah mama yg kadang2 dibuat dirumah. Tu pun baru2 je, smenjak my mum bergiat aktif dgn jmaah ni. So, kira2 dalam 3 tahun la dah join usrah.

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Pas masuk uitm, slalu lepak kat msjid n kenal ngn akak2 kat sana. Stiap jumaat, masa org laki solat jumaat, kami buat usrah disurau kolej. Usrah tu bwh muslimat PERMAS (persatuan masjid). Boleh dikatakan usrah umum jgk la sebab campur dgn org2 yang tak sama level. Masa tu tak tau pape lagi pasal level2 ni. Juz ikut je.. dalam masa yg sama ana ada usrah AJK dan usrah dgn ustaz diluar. then masuk PERSIHA tibe2 kena bawa usrah sbb dah tak ada senior2 lagi, kami lah yang kena jd senior utk adik2 tu. Usrah ni kami bahagi2kan ikut naqibah masing2. Hanya 4 org naqibah yg ada. N dalam masa yang sama kami (naqibah2) masih lg berusrah dgn ustaz. Sama la keadaan ana dgn kausar. Ana sebenarnya agak kekok bila berusrah dgn naqib bukan naqibah. Dan sekaligus banyak perkara yg tak dapat kami kongsikan bersama. B4 tu ustazah yg handle, tp disebabkan ustzah agak sibuk, so ustaz yg ambil alih. Pernah satu masa tu usrah kami agak byk dan berlangsung pada hari yang sama iaitu hari rabu. Tghari usrah dgn ustaz A, petang dgn ustaz B, dan malam dengan ustaz C. Masa tu pening jugak la kepala kami nak arrange masa. So, secara automatiknya kitorang panggil hari rabu sbagai “hari usrah sedunia”..huhu

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

Mula2 sebab tak tau pape..rasa benda baik, join jela. Dulu ingat usrah tu macam majlis ilmu. Tp lps something happen 2 me, baru menyedari yg usrah lebih dari tu. Sekarang pg usrah sbb nk charge iman, ilmu n ukhwah.. kadang2 tu tak terfikir pun sbb ape, tapi rase kene pegi n mesti pegi. So, pg jela dgn smangatnye..

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

1- best sgt3..yang tak dpt diungkap dgn kata2.. wlpn kadang2 usrah tu sgt bosan, tp tetap rase best..tak tau knape..mgkin sbb sblm ni xpnh dpt, so bila da dpt seronok la sgt2.

2- tenang je.. kadang2 kepala tgh berserabut, tapi bila pg usrah, rasa cm semua masalah hilang..

3- bersemangat..rasa bertambah semangat utk teruskan tugas n tgjwb yg telah diamanahkan ni..


[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

1- ILMU- Ilmu akhirat yg tak dipelajari di class.

2- IMAN- terasa iman seperti dicharge balik

3- UKHUWAH- persaudaraan kerana Allah yg kadang kala lebih erat lg dr ikatan pertalian darah.

4- SEMANGAT- bertambah semangat utk berjuang demi Deen tercinta

5- TAKAFUL- kesedaran utk membantu orang lain yg memerlukan. Dan tidak mementingkan diri sendiri.

Peraturan Tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menj
awab soalan
-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain

Seterusnya ana akan tag mereka berlima di bawah:

  1. Ida
  2. Nasibah Husna
  3. Asrul
  4. Ust. Nawawi

0 comments: