39 tahun yang lalu, Dennis Micheal Rohan, seorang warga Australia yang beragama yahudi telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api yang marak menyala telah memusnahkan sebahagian besar mimbar dan tembok. Namun Allah Maha Besar, biarpun tiadak ada bomba yang datang memadamkan api, namun api yang marak akhirnya terpadam.
Kebobrokan undang-indang yang dicatur makhluk jelas terbukti. Pengadilan terhadap penjenayah besar ini tidak dilaksanakan dengan betul. Berperisaikan dalihan am sebagai ”gila”, Micheal terlepas dari tuduhan jenayah itu. Dia tidak lagi dipertanggungjawabkan atas tindakannya. Micheal kononnya mendakwa bahawa dia telah diutuskan oleh Allah Ta’ala untuk membakar masjid Al-Aqsa, berdasarkan berita yang dikhabarkan dari Kitab Zakaria.
Lalu Micheal terlepas dari dihukum dengan adil. Lalu 21 Ogos terus dikenang sebagai Hari Al-Quds Sedunia. Sebagai titik muhasabah, betapa tanah suci Palestin dan Masjid Al-Quds semakin jauh dari kita. Hampir saja pemiliknya bertukar tangan kepada musuh azali umat Islam, lantaran episod kezaliman yang berlangsung saat demi saat.
Saban hari rakyat Palestin dibunuh oleh orang-orang Israel. Sampai bilakah kezaliman ini akan terus berlaku? Relakah kita melihat saudara Islam kita terus didera? Perbuatan ini benar-benar menggugat nilai manusiawi.
KAMI CINTAKAN MASJID AL-AQSA
KAMI CINTA KEAMANAN
KAMI BENCI KEZALIMAN
KAMI MENGUTUK KEZALIMAN ISRAEL BESERTA SEKUTUNYA!!
0 comments:
Post a Comment