Photobucket

Monday, October 20, 2008

Ia bukan untuk orang manja..

Bismillahirrahmanirraheem..

Posting kali ini mungkin agak keras bahasanya, namun tetap ingin sy paparkan disini sebagai peringatan utk diri sendiri dan semua yg berada di jalan ini..

===============================

Pencerahan bukan untuk orang yang manja. Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas. Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri. Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa. Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti- yang senang dan mudah, join. Yang penat, bersusah payah, elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Allah. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon ikhwah akhawat sebagai pendamping hidup, bukan yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman sefikrah bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain. Yang cepat mengalah, yang meletakkan usrah, qiamullail, daurah, dan yang seangkatan dengannya dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain. Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong. Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini.

Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu. Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah. Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh. Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik kereta besar dan mewah, yang ada air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan inform dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia macam boss, hanya tunggu information. Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot. Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, assignment, presentation, nak balik kampung, keluarga tak bagi keluar dan sebagainya.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah. Tanpa kita, yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara. Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa da’wah, Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti. Tak mengapa. Teruskan hidup kita seperti biasa. Da’wah tak memerlukan kita. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran kita. Berbahagialah seadanya, itupun jika kita dapat merasai kebahagiaan itu..

Fikir-fikirkanlah wahai hati-hati yang di tarbiyah..


Ya Muqallibal qulub, tsabbit quluubana 'ala deenik..
wa 'ala tho'atik.. wa 'ala jihadi fi sabilik..

Amin Ya Robb..


1 comments:

Zulgeologist said...

perkongsian yang amat menarik..semoga kite thabat dlm jalan yg susah ni..