Photobucket

Tuesday, January 13, 2009

Kenapa HAMAS tolak genjatan senjata?

Assalamualaikum WarahmatuLLah..

Ada satu isu yang harus (wajib) dijelaskan tentang pendirian Hamas terhadap gesaan gencatan senjata oleh PBB. Majlis keselamatan yang bersidang telah meluluskan resolusi 1860 dengan sokongan 14-0 (Amerika abstain - tidak mengundi) iaitu kedua-dua pihak Isreal dan Hamas menghentikan serangan.

Khaled Meshal dengan tegas menyatakan pendirian Hamas untuk menolak syarat-syarat gencatan senjata.

  1. Kita kena bagitau Hamas tidak menolak gencatan senjata tetapi syarat-syarat gencatan senjata. Ini untuk menolak dakwaan Hamas tidak berminat untuk mengwujudkan keamanan dan menjamin keselamatan orang awam.

  1. Hamas bersedia untuk menghentikan serangan roket seperti yang dikehendaki oleh resolusi 1860 apabila Israel mengundurkan tenteranya dari Gaza dan membuka semua sempadan dan pintu masuk ke Gaza (termasuk sempadan Rafah di Mesir). Inilah punca kepada penentangan Hamas dan rakyat Palestin. Jangan lupa Gaza terkepung sejak 18 bulan lalu sehingga mencetuskan tragedi kemanusiaan yang dahsyat.

  1. Menerima syarat gencatan senjata yang diluluskan oleh PBB bererti balik kepada status qou iaitu kembali kepada kepungan. Gaza akan terus dicengkam oleh krisis kemanusiaan yang parah.. Ini yg disebut oleh Dr Yusuf Qardhawi rakyat Gaza ada 2 pilihan ; 'samada mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau mati dengan segera akibat pengebuman'. Jangan kita biarkan saudara kita tersepit di antara dua pilihan tidak menasabah ini.

  1. Israel sendiri menolak gesaan gencatan senjata ini. Jadi jangan fokus kepada Hamas tetapi fokus kepada Israel yang merupakan pihak penyerang.

  1. Israel selamanya tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa termasuk resolusi PBB. Setelah mereka tidak mengendahkan lebih dari 80 resolusi majlis keselamatan sejak 1948, apakah mereka akan menerima dan menghormati resolusi terbaru dari PBB?

  1. Syarat gencatan senjata juga yang menghendaki kehadiran tentera asing ditolak oleh HAMAS. Ingat jika OIC berjaya mendapat kelulusan untuk hantar tentera pengaman ianya akan ditolak oleh Israel. israel yang akan memutuskan tentera negara mana yang dibenarkan untuk menjadi pasukan pengaman di gaza. apa yang akan berlaku pasukan pengaman ini hanya akan memastikan keselamatan israel dan 'security' Israel untuk terus mengepung dan menduduki Gaza. Sedang pejuang Palestin akan dilumpuhkan, dilucutkan senjata, dihalang dari membentuk pertahanan. Akhirnya Isreal bebas untuk melakukan apa sahaja ke atas wilayah Gaza tanpa sebarang penentangan dari pejuang palestin.

Mari sama-sama kita perjelaskan kepada semua. Jangan biarkan media mempengaruhi pandangan umum masyarakat untuk terus menuduh Hamas sebagai punca kepada apa yang berlaku di Gaza.


Source : Dr. Hafidzi Bin Mohd Noor (PACE Malaysia)

0 comments: