Pemergiannya begitu dirasai seluruh umat Islam di pelosok dunia. Moga perginya mujahid ini tidaklah melenyapkan dan memadamkan semangat juang kita, bahkan mengetuk pintu kelalaian kita utk terus bangkit meneruskan serta menyemarakkan lagi api perjuangan ini..
Dr Fathi atau nama penuhnya Fathi Muhammad ‘Inayah dilahirkan pada 9 Februari 1933 merupakan diantara pengasas awal kepada gerakan Islam di Lubnan. Pembabitan beliau dalam gerakan Islam di Lubnan telah bermula seawal tahun 1950an dan mengasaskan Jemaah Islam Lubnan, satu cabang kepada gerakan Ikhwan al-Muslimin pada tahun 1960an bersama-sama tokoh lain termasuk Sheikh Faisal al-Mawlawi. Bahkan beliau memegang amanah sebagai Setiausaha Agung sehingga tahun 1992 dan meletak jawatan apabila memenangi pilihanraya sebagai ahli parlimen. Beliau kemudiannya melibatkan diri secara langsung politik Lubnan dan partinya Jabhah turut disertai oleh jemaah-jemaah Islam dan tokoh-tokoh Islam dari kalangan Sunni dan juga Syiah seperti Harakah al-Tawhid al-Islamiy, Sheikh Hashim Minqarah dan lain-lain.
Di peringkat global, beliau berpengaruh kepada gerakan Islam dunia bukan sahaja melalui bahan-bahan penulisan dakwah dan haraki beliau. Bahkan apabila Professor Dr Najmudin Erbakan merintis kesatuan gerakan Islam di peringkat global semasa beliau menjadi Perdana Menteri Turki, Dr Fathi dilantik mengetuai fungsi tarbiahnya dengan dibantu oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari Malaysia.
Dr Fathi mendapat pendidikan awal dalam bidang kejuruteraan elektrik di Beirut, tetapi kemudiannya menyempurnakan ijarah kedoktorannya dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab.
Beliau mengahwini Dr Muna Haddad Yakan dan bersama-sama isterinya mengasaskan Universiti Al-Jinan Lubnan dimana Dr Muna bertugas sebagai rektornya. Universiti beliau turut dihadiri oleh pelajar-pelajar dari Malaysia khususnya lepasan Madrasah Darul Quran, Rusila, Terengganu. Daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan 4 anak perempuan serta 19 orang cucu.
Dr Fathi banyak menulis buku yang menjadi rujukan gerakan Islam di seluruh dunia antaranya ialah:
- فقه السياحة في الإسلام ونماذج لرحلات دعوية قي أرض الله الواسعة
- مشكلات الدعوة والداعية،
- كيف ندعو إلى الإسلام؟
- نحو حركة إسلامية عالمية واحدة
- الموسوعة الحركية
- ماذا يعني انتمائي للإسلام؟
- حركات ومذاهب في ميزان الإسلام،
- الاستيعاب في حياة الدعوة والدعاة
- ، نحو صحوة إسلامية في مستوى العصر
- ، المناهج التغييرية الإسلامية خلال القرن العشرين،
- الإسلام فكرة وحركة وانقلاب،
- الشباب والتغيير،
- المتساقطون على طريق الدعوة،
- أبجديات التصور الحركي للعمل الإسلامي
- ، قطوف شائكة من حقل التجارب الإسلامية
Umat Islam telah kehilangan seorang tokoh gerakan Islam yang sukar dicari ganti, namun buku “Apa ertinya saya menganut Islam?” telah ditinggalkan sebagai tatapan pencinta Islam. Buku ini merupakan sumbangan yang besar kepada dakwah khususnya di Malaysia. Usrah tidak sempurna tanpa ahli tidak dapat menjawab persoalan ini. Karya beliau ini cuba memahamkan hakikat Islam dan keperluan untuk menjadi seorang Islam yang betul dari segenap sudut kehidupan.
Semoga Allah mengganjari sebaik ganjaran kepadanya dan semoga beliau menjadi model kepada ahli-ahli gerakan Islam seluruh dunia.
Al-Fatihah..
** Juga buat Allahyarham Ammar Bin Zulkifli, mahasiswa perubatan Mesir yang terlibat dengan kemalangan semasa perjalanan balik dari Ain Sokhna utk membuat survey kawasan rehlah ikhwah disana. Walaupun beliau tidakku kenali, namun hati yakin menyatakan yg dia bukan "orang biasa" kerana berita pemergiaanya benar-benar luar biasa dan telah mengundang doa yang tak putus-putus dari semua.
Kalam Puncak tempat semaian pahalanya..
"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat"..
AL-FATIHAH..
3 comments:
Pak Karamu melawat blog anda
Assalamualaikum..
Semoga dalam limpahan ilahi. dan Allah memberkati hidupnya sebagai pejuang agama.
Salam ukhuwwah, kalau kelapangan jemput ke blog saya untuk bertukar link dan pendapat. Moga diberkati Allah SWT.
http://www.faridrashidi.com
2 pak Karamu:
terima kasih ats kunjungan.. ^_^
2 ibnurashidi:
Wslm wr..
Ameen..
Salam ukhuwah kembali.
Moga sentiasa dlm redhaNya..
InsyaAllah..
Post a Comment