Photobucket

Thursday, July 30, 2009

HIMPUNAN MANSUH ISA


Please gather at Masjid Jamek or Sogo or Masjid Negara then we will walk to Palace.

For further info call Nalini at 03 7743525.

Monday, July 27, 2009

Belajar mencari HIKMAH

BismiLLahirrahmanirraheem..

Bila difikir2kan balik, memang sangat kelakar tapi hakikatnya kami semua kecewa. Ya, sememangnya fitrah manusia, sedikit sebanyak pasti terdetik kekecewaan dalam diri jika apa yang dirancang berlaku sebaliknya. Pada saat-saat sebegini, keyakinan yg teguh dan utuh pd perancanganNya itu amat2 diperlukan.

Cuba utk meneutral dan merasionalkan balik diri2 kami selepas apa yg terjadi masa tu dan ini buktinya..

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.. " [2:216]

Allahu ya'lamu wa antum la ta'lamun.. kami pun berfikir sejenak, mencari gali hikmah yg terselindung disebalik semua ini.. dan ya! tiba2 salah seorang dari kami bersuara..

" Hmm, kita tau apa hikmahnya, kalau xjadi macam ni sure kita takkan datang sini dan dapat duduk buat usrah kat sini, betul x?.." zati bersuara.

"A'ah la.. betul3! kalau x, kita xkan dapat bincang byk benda macam skrg ni kan.." sampuk adik yg lain dan dipersetujui oleh kami semua..

Alhamdulillah, sekurang2nya, hati kami sedikit tenang dan terubat dengan hikmah yg satu ini. Dan pastinya kami akan terus mencari mutiara2 hikmah yg tersembunyi itu.. insyaAllah.

Kita hanya mampu merancang, tetapi sebaik-baik perancangan datang dari Dia
" He knows the best for us "


Allahu A'lam..



Kisah lanjut di blog AYU [0_o]

Thursday, July 16, 2009

Teruskan langkahmu..



Teringat kembali nasihat Syeikhut tarbiyah, Ust. Rahmat Abdullah, tentang dakwah..

Memang dakwah seperti itu. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Hingga fikiranmu, perhatianmu, jalanmu, duduk, dan tidurmu. Bahkan di tengah lenamu, isi mimpi pun masih tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai.

Dan dakwah memang seperti itu. Menyedut seluruh energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yg menempel di tubuhmu. Tubuh yg luluh diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari.

Seperti itu juga keadaannya pada rambut Rasulullah saw. Beliau memang akan tua. Tapi rambutnya beruban kerana beban berat dari ayat yg diturunkan Allah. Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. Dia memimpin hanya sebentar. Tapi kaum muslimin sudah kebingungan, tidak ada lagi orang miskin yg dapat diberikan sedekah. Tubuh mulia itu terkoyak-koyak. Sukar utk membayangkan sekuat mana sang Khalifah ini bekerja. Tubuh yang segar bugar itu sampai jadi lemah. Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal. Dan sememangnya itu yang beliau harapkan; mati sebagai jiwa yang tenang.

Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.

Tidak! Sama sekali tidak. Sebaliknya kelelahan, rasa sakit itu selalu datang bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah yg akan segera mereka lakarkan yang jauh lebih “tragis”. Dan kerana rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani dan selalu mengintai ke mana pun mereka pergi… akhirnya menjadi sebati. Jika iman dan godaan rasa lelah itu selalu berperang, diakhirnya, salah satunya pasti mengalah. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya akan lelah untuk memerangi iman. Lalu terus berkobarlah iman dalam dada.

Begitu juga dgn rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka. Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda jika dibandingkan jihad yang begitu cantik dan indah dihadapanmu. Begitu juga Umar R.A, saat Rasulullah wafat, beliau tidak dapat menerimanya. Namun saat Abu Bakar pula wafat, beliau menerimanya dgn redha. Bukannya tidak cinta pada Abu Bakar. Tapi atas kesedaran yg beliau pasti akan “ditinggalkan”, hal itu sudah menjadi kewajaran. Dan sudah menjadi seperti ubat bagi penguat iman..

Pejuang yg tubuhnya luluh, jasadnya dihenyak beban dakwah, namun iman di hatinya terus memancarkan cinta… Mengajak kita untuk terus berlari…

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu..
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu..
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu..
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu..
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu..”

(Alm. Ust Rahmat Abdullah)


Kalau iman dan syaitan terus bertempur. Pada akhirnya salah satunya harus mengalah.

" Ya Allah, kurniakanlah kami panasnya iman yang mampu membakar roh HAMASAH untuk terus bermujahadah dengan penuh kesabaran.."

Ameen Ya Robbal 'Alamin..

“Kadang tak mudah untuk belajar dari hikmah yang dipetik orang…maka bergeraklah, rasakan dan petik sendiri hikmah itu…”


Source : Terjemahan dr blog sahabat..

Saturday, July 4, 2009

Tag oh tag..

Salam..

Hoho, setelah sekian lama tidak menjawab tag, akhirnya.. I’ve been tagged by sis Nasibah Husna, one of my best friend at UiTM Segamat. Kami bukan classmate apatah lagi roomate, cuma 1 kolej (seindah seanggun MUTIARA) dan 1 level je and the most important things is 1 Aqidah and 1 Fikrah. Kurang gemar sebenarnya nak buat tag ni, tp disebabkan husna dah panggil kte 'ustazah' maka rasanya 1 penghormatan besar buat diriku..hak3. padahal xlayak pon, saje je husna ni! ^_^ So here goes…

1. Copy the picture below, and paste it on your post. (or copy the whole post)



2. Tag 10 friends and ask them to do the same..
  • Sesiapa yg merasakan dirinya 'tag addicted' maka silalah ambil dan copy di blog masing-masing dgn riangnya.. (i'm sorry sis.. ^_^)


This tag reminds me of the verse that we always read in our prayer;

“Say. Surely my prayer and my sacrifice and my life and my death are (all) for Allah, the Lord of the worlds” (Al-Anaam: 162)

It inspires me a lot to practice my faith vigorously which will eventually hearten my life. Those who practice Islam are a super model and a pillar of stability for all societies. And I wanna be one. InshaAllah…Do pray for me too.