Photobucket

Thursday, July 31, 2008

Meeting..lalala.. (~_~)

Emm..baru balik dari meeting kbm. 1st time tu metg kejap je.. start kul 8, dlm kul 9 lbh tu dah abes. Sbnrnye terasa kejap sbb ana dtg lambat..huhu. org soh dtg kul 8, kul 9 ana smpai.. Actually, ari ni abah demam. So, cm xsmpai hati je nk mintak tolg hntarkan. Dah la dia tgh syok2 baring smbil tgk berita kt depan, tibe2 nk suro hntar pulak.. Selamat la kt umah ni ade rmai assistant yg tolg cakapkan.hihi. " Abaaah, kakak kan.. die nak pegi meeting. Abah boleh tolong hantarkan tak?" tanya adikku anis smbil tersengih2. Adeh..serba salah dibuatnya. Mcm xde hati perut la pulak. Abah dah la tgh xsihat, nak suro hntar2 lg. Ana yg dr td dok menyorok kt tepi dinding terus masuk bilik. Hmm, tawakal jela. Kalau abah xnak hantar pun xpe. Ana xsalahkn dia. Skali tiba2.. " akak, abah tanya..akak nak kluar kul bape?" hehehe..sukenye! tenQ abah!!

Smpai je kt pjbt jim tu.. Waah, byknye kasut! lupe plk kak misah ade btau td yg hari ni PJ pnuh dgn mcm2 metg. sukan la, karisma la, hidayah cntre la, n ape tah lg.. tibe2 pintu lak kunci. tolak-tolak xboleh.. ana pun tekan la bell kt tepi tu. Skali ade sorg ikhwah ni tengok dr atas. Pastu die wt xtau je. Die trus masuk dlm balik. Adoii..xkan tengok je? Hmm..xpe, tunggu jela.. msti jap lg akn ade org lalu. tunggu punye tunggu, akhirnya ada sorg pkcik ni dtg. Die ckp dr dalam je.. tp boleh dengar n nmpak la sbb pintu tu pintu kaca. die ckp dah bukak. ana pun tolak la. skali die ckp tarik da.. ayoo, malu seh! Ptut la ikhwh td wt xtau je. rupenye dah bukak. Pkcik tu suke hati je gelakkn orang. then die pn tanye, " metg ape ni?.. KBM.. "ok, jom.." smbil berjalan mnunjukkan arah bilik meeting kmi.

Fuh, akhirnye smpai gk kt bilik metg tu..cm kt bawah tanah je. sbb kak misah ckp blk tu baru kemas. sblm ni stor kot. kire ktorg la yg merasmikn.. bilik akademi islah.. tp kat pintu die tulis DAMAI.. dorang ckp bilik damia.. hoho, suke hati je dorang ni! cm pening la metg ni, dah la dtg lmbt, pastu cm xtau pape sbb da sparuh da pbincngn. Nak balik tu, dapatla ole-ole sikit dari pak andak.. die soh compilekn komen2 peserta. Tp cm byk je..tah zaman bile pnye tah pak andak ni simpan..huu~lalala..

Ok, esk malam InsyaAllah akn berangkat ke ADNI utk satu lg misi da'wah. Kak 'Abyd ada btau yg mggu ni prgram johor di skola teknik Azizah n kbm ipt utm di TIV. Sabtu pulak ana n bberapa org pengendali akn bergerak ke smk cheras jaya skejap utk 2nd follow up. Mohon doa dr semua.. Sesungguhnya siapalah kami tanpa doa kalian..


Me: Em, bilakah diri ini dpt b'program di johor lg agaknya?

Wednesday, July 30, 2008

Ibrah dari KBM..

--> Bismillahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah, pada sbtu dan ahad yg lepas, kami sekali lagi diberi peluang utk ber'KBM' (Keindahan Bersama Mu).. merupakan sebuah program motivasi yg menekankan 4 aspek utama iaitu, keindahan bersama Allah, Rasulullah s.a.w, ibubapa dan sahabat. Kali ni KBM utk team KL telah dipecahkan kepada 2 group memandangkan terdapat 2 permintaan pada tarikh yg sama. Di Taman Medan dan Cheras Jaya. Malam jumaat tu kami berkumpul di depan iic dan bertolak ke tempat program. Pada awalnya ana telah ditempatkan di CJ tp tiba2 last minit ditukarkan ke TM oleh pak kay. Pagi tu jugak ifa terpaksa balik atas urusan studynya..sedih sgt..baru je ingat nak spent masa dgn dia.. dah lama jgk xjmpe.. Sampai pukul 4 lebih jugak kami di depan laptop. Ifa sedang b’tungkus-lumus menyiapkan group assignmentnya dan ana pulak sedang melink slide2 yg b’masalah. Kami berdua je di depan dewan tu. Yang lain semua dah lena dibuai mimpi. Lepas ifa balik tu baru ana masuk bilik dan tidur.

Pagi tu bangun dengan semangatnya. Tak sabar nak jumpa adik2 kasih dan sayang. Lebih 70 orang adik2 yg datang. Alhamdulillah slot KMKY berjalan dgn lancar walaupun terdapat sedikit masalah teknikal pada awalnya namun akhirnya berjaya diatasi. Kemudian selepas solat zuhur berjemaah di masjid berdekatan, program diteruskan dgn slot INTEAM. Di penghujung slot ni ada perkongsian dr seorang adik lelaki ni (adik A). Sangat sayu dan menyedihkan. Semua yg ada dlm dewan tu menitiskan air mata. Mula-mula tu ana tak dengar sangat apa yg dia sampaikan, tapi bila dah perlahankn muzik latar tu baru dengar. Adik A ni terlibat dengan dadah. Dia menyesal sangat2 sbb tak fikir panjang buat benda tu. Dia minta agar kami semua doakan dia utk kes dia yg akan dibicarakan di mahkamah tak lama lagi. Dalam masa yang sama dia menasihatkan kawan2 agar tak melakukan kesilapan yang sama seperti apa yg dia buat. “ Sayangilah ibubapa kita, walau apa pun terjadi, dia tetap ibubapa kita dan mereka tetap akan sayang pada kita walau seteruk mana pun kita..” lebih kurang macam tu la ayat dia. Semakin lama semakin deras airmata keinsafannya menitis. Kami yang melihat apatah lagi, terasa seperti ingin membantu supaya hukuman diringankan tetapi apakan daya, kami tak mampu berbuat apa melainkan doa yang berterusan untuknya. Ya Allah.. bantulah adik ini Ya Allah.. Dia benar-benar meyesal Ya Allah.. Permudahkan segala urusannya.. bantulah dia untuk berubah dan kembali kepadaMu.. terimalah taubatnya dan ampunkan dosa-dosanya.. Ameen Ya Robb..

Keesokan harinya, ana mendapat maklumat tentang seorang lagi peserta perempuan yang terlibat dengan seks bebas. Ya Allah, terasa gerun dan bimbang saat ana menatap wajah adik-adik ni. Terasa tugasku kini semakin berat. Aku perlu selamatkan ummah ini ! Semasa sesi pertemuan antara ibubapa dan peserta, mata tertoleh kearah adik A dan ibubapanya. Terasa begitu menyentuh hati. Sekali lagi adik A bangun dan berkongsi cerita dengan kami dan semua ibubapa yang hadir. Suaranya tersekat-sekat lantaran terlalu sebak menahan kesedihan. Semua yg hadir turut bersimpati dengan nasib yang menimpa adik A ini. Kemudian ibunya pula bangun dan berkongsi, menurut ibunya, setiap malam dia akan meronda satu taman tu untuk mencari anaknya. Sampaikan semua kawan-kawan adik A sudah mengenalinya. Terlalu bimbang dan kasihnya seorang ibu kepada anaknya membuatkan dia tidak jemu-jemu untuk mencari dan mengetahui apa yang dilakukan anak bongsunya itu saban malam. Ana telah mendapat sedikit cerita tentang ibu tabah ini..

Pada awalnya ibu adik A ini berazam untuk menunaikan umrah. Duit sudah pun dikumpul dan sudah hampir mencukupi utk ke tanah suci. Namun, ujian menimpa mereka. Adik A tertangkap dan perlu diikat jamin utk melepaskannya dr tahanan. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menderita. Kakak dan abang adik A ni membantah keras cadangan ibunya utk mengikat jamin adik A. Namun hanya seorang sahaja kakaknya yang menasihati ibunya supaya teruskan ikat jamin tersebut. Entah mengapa, kakak yang seorang ini benar-benar yakin yang adik dia akan berubah. ‘Dia tak jahat !!..’ luah si kakak dengan penuh yakin. Akhirnya si ibu terpaksa mengorbankan wang yang disimpannya utk ke tanah suci demi menjamin anak bongsunya itu. Beberapa hari kemudian, pertolongan Allah datang tanpa disangka-sangka, ibunya mendapat bantuan kewangan dari seorang abangnya dan akhirnya dapat juga dia menunaikan umrah di tanah suci. Si ibu berdoa besungguh-sungguh dihadapan Baitullah demi kebaikan anak yang tersayang. “ Ya Allah, temukanlah anakku itu dengan sesuatu yang boleh membuatkannya berubah..” Masih terngiang-ngiang ucapan doa itu di telinga saat kisah ini diceritakan pada ana. Allah benar-benar Maha Pengasih dan Penyayang. Balik sahaja si ibu dari umrah, adik A meminta kebenaran ibunya untuk pergi ke KBM. Saat itu ibunya sendiri tidak tau program apa yg mahu diikuti anaknya itu, namun dibenarkan juga asalkan program yang bermanfaat. “ Subhanallah, Allah makbulkan doa saya..” kata si ibu. “ Allah temukan juga dia dengan sesuatu yang telah membuat dia berubah.. Allah temukan dia dengan program ni..” Ucapan syukur tak putus-putus meluncur dari mulut ibunya.. Saat itu, hati terasa pilu sangat..betapa sayangnya Allah pada dia.. Terlihat airmata adik A bercucuran lagi. Entah kali yang keberapa dia menitiskan airmata. Seolah-olah airmata itu tidak pernah jemu keluar pada saat ini. Raut wajahnya menjadi jernih lantaran tulus ikhlasnya dia bertaubat..

Ya Allah, kami sayangkan dia Ya Allah.. Kami kasihkan dia seperti adik kami sendiri, seperti saudara kami sendiri.. Ampunkan dosanya, lantaran kesilapan yang tidak disengajakan. Lantaran tersalah memilih teman juga lantaran tersilap memilih jalan hidupnya.. Bantulah dia, kasihanilah dia, berikan kekuatan padanya untuk terus berubah. Berikan hidayah yang berpanjangan dan berkekalan buatnya supaya dia menjadi hambaMu yang soleh dan benar-benar taat kepada perintahMu Ya Allah.. Ameen..Ameen Ya Robbal ‘Alamin..



Me: Sbnrnye nk cite bnde lain yg b'kaitan dgn tajuk diatas, tp xpela..xjadi la nk cite..hee~sori!

Monday, July 28, 2008

Malam Seni "TANPA BICARA"




Friday, July 25, 2008

==> BERUBAH <==


Berubahkah aku
Hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang
Pada sikap sebelum ku berubah

Hanya sekedar sesuatu
Tak berapa lama pun itu
Jarang ku terendap dalam sikap
Dimana ku berubah

Tuhan
Aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap

Tuhan
Aku ingin berubah
Dan ku bertahan dalam perubahanku

EdCoustic

Me: Adakah diriku sudah berubah?..

Thursday, July 24, 2008

Penapisan..

Bismillahirrahmanirraheem..

Usrah semalam kami membincangkan tentang peristiwa isra' mikraj dan tapisan Allah. Mungkin bagi sesetengah orang topic ni agak pelik. Apa yg ditapis? kenapa? buat apa? ok sy akn ceritakan sikit tentang ni..

Contoh situasinya mcm ni, ada sorang pkcik ni datang jmpa mcik, dia bercerita mcm2 tentang politik negara. Negeri ... akan jatuh la tak lama lg, MB .... nk letak jawatan, pemimpin ni tak boleh pakai, mesti akan berpecah-belah lepas ni, ni muzakarah umno-pas ni msti akan jadi mcm ni..mcm tu..dan bla..bla..bla.. mcm2 la dalil yg xsohih dr pkcik tu. Kebanyakkannya mengutuk kepimpinan pembangkang sedangkan dia sendiri penyokong pembangkang..(hoho..mcm pelik je pkcik ni kan..)

Then, mkcik yg dengar ni sangat2la berasap. Mana xnye, ada benda2 yg disebut tu seperti menghina jmaah kami. Sedangkan dia sendiri tak pasti situasi sebenar sbb dia dah lama tinggalkan jmaah. Nak dijadikan cerita, bila pkcik ni habis b'cerita pd mkcik, Allah bg ilham utk mkcik jawab dgn ringkas bagi merungkai segala kekesalan dan kebimbangan pkcik tu.. " Sebenarnya Allah sedang tapis kita semua..nak pastikan siapa yg benar2 ikhlas dlm perjuangan ni, dialah yg akan kekal.."

Bercakap tentang penapisan ni, teringat kisah selepas Rasulullah s.a.w di isra' kan, sebelum tu ramai orang yang beriman pd Allah dan Rasul, tapi selepas m'dengar cerita tentang perjalanan Rasulullah ni, mereka terus jadi tak percaya. Hanya segelintir saja umat yang benar-benar yakin dan percaya. Disini kita dapat lihat secara terang-terangan Allah melakukan proses penapisan tersebut. Siapa yang benar-benar beriman dengan keimanan yg tulen sahaja yang dapat kekal dalam saff perjuangan bersama Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Mana yang tidak teguh imannya, mereka akan goyah sehingga akhirnya ada yang murtad.. Na'uzubillah..

Situasi tersebut boleh juga dikaitkan dengan keadaan kita sekarang ni. Situasi yg berlaku dlm kebanyakkan organisasi yg memperjuangkan Islam, memang tidak jauh beza dengan apa yg diceritakan dlm peristiwa agung tersebut. Kita dapat lihat, seorang demi seorang keluar dari barisan jamaah dengan seribu satu macam alasan. Futur atau dalam kata lain bermaksud faham tetapi berhenti setelah bergerak. Malas, lemah atau lembap selepas aktif. Antara faktor-faktornya adalah:

  1. Terlalu berlebihan dalam dakwah tanpa mengimbangkan aspek fizikal, psikologi n so on. Untuk melakukan tugas dan amanah besar ini seharusnya kita perlu bijak dalam menyeimbangkan diri kita dengan lain-lain aspek. Tidak terlalu extream mahupun syadid. Perlu balance dan tahu kemampuan diri. Utamakan yg wajib dengan tidak meninggalkan yang sunat. Sesungguhnya Allah lebih menyukai amal yang berterusan walaupun sedikit.


  2. Melampaui batas dalam hal-hal yang mubah (dibolehkan). Contohnya terlalu banyak makan atau terlalu banyak tidur. Perkara ini memang dibolehkan tetapi mestilah diambil sekadarnya dan tidak berlebihan. Bila makan terlalu banyak, badan akan menjadi bertambah gemuk, lemah dan malas utk bergerak. Sesungguhnya Allah benci pada kegemukkan. Tidur juga jika terlalu lama dan kerap, akan membuatkan kita malas dan lemah serta akhirnya tidak mampu untuk melawan kehendak nafsu yang mendorong pada kemungkaran.

Moga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang terkeluar dari tapisan Allah ini (futur). Moga akhiran hidup kita ini masih kekal dalam saff perjuangan dengan bertunjangkan syahadah yang benar-benar kukuh. Sekadar ini saja buat masa ni. Ada kesempatan nanti InsyaAllah akn disambung untuk faktor-faktor yang seterusnya.. Maaf atas kelemahan diri utk menyertakan sumber dalil-dalil yang dinyatakan. Kelemahan ini akan cuba dibaiki..InsyaAllah


Wallahua'lam..

Wednesday, July 23, 2008

Du'a 4 today..

BismiLLahirrahmanirraheem..

Kali ni ana nak kongsi 1 doa yg mmg bagus utk diamalkan.. (erm,rasenye smua doa bgus..hu2).. 1st time ana dgr doa dlm 2 thn lps dr sorg ukhti dr utm, masa tu kami ada daurah di JB.. Pas solat dia baca doa ni dan tiba2 je ana mcm t'sentak. Padahal masa tu bkn faham pun mksud doa yg dia baca tu.. ada 1 p'kataan je dlm doa ni mmbuatkan ana sgt b'semangat utk cari n amalkan.. nak tau p'kataan tu ape? hmm..rase2? ok, sila teka..sape dpt jwb dgn tepat, die mmg terrer..hi3..
Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau jadikan kedengkian di dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang. (Al-Hasyr 59: 10)


Rabithah

Sesungguhnya Engkau tahu bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan Syariat dalam kegidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernag padam
Yaa Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia Iman
Dan indahnya tawakal kepadaMu
Hidupkan dengan Ma’rifatMu
Matikan dalam syahid dijalanMu
Engkaulah pelindung dan Pembela..


Title: RABITHAH (soundtrack filem Sang Murabbi)

Munsyid: Izzatul Islam