Photobucket

Wednesday, July 30, 2008

Ibrah dari KBM..

--> Bismillahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah, pada sbtu dan ahad yg lepas, kami sekali lagi diberi peluang utk ber'KBM' (Keindahan Bersama Mu).. merupakan sebuah program motivasi yg menekankan 4 aspek utama iaitu, keindahan bersama Allah, Rasulullah s.a.w, ibubapa dan sahabat. Kali ni KBM utk team KL telah dipecahkan kepada 2 group memandangkan terdapat 2 permintaan pada tarikh yg sama. Di Taman Medan dan Cheras Jaya. Malam jumaat tu kami berkumpul di depan iic dan bertolak ke tempat program. Pada awalnya ana telah ditempatkan di CJ tp tiba2 last minit ditukarkan ke TM oleh pak kay. Pagi tu jugak ifa terpaksa balik atas urusan studynya..sedih sgt..baru je ingat nak spent masa dgn dia.. dah lama jgk xjmpe.. Sampai pukul 4 lebih jugak kami di depan laptop. Ifa sedang b’tungkus-lumus menyiapkan group assignmentnya dan ana pulak sedang melink slide2 yg b’masalah. Kami berdua je di depan dewan tu. Yang lain semua dah lena dibuai mimpi. Lepas ifa balik tu baru ana masuk bilik dan tidur.

Pagi tu bangun dengan semangatnya. Tak sabar nak jumpa adik2 kasih dan sayang. Lebih 70 orang adik2 yg datang. Alhamdulillah slot KMKY berjalan dgn lancar walaupun terdapat sedikit masalah teknikal pada awalnya namun akhirnya berjaya diatasi. Kemudian selepas solat zuhur berjemaah di masjid berdekatan, program diteruskan dgn slot INTEAM. Di penghujung slot ni ada perkongsian dr seorang adik lelaki ni (adik A). Sangat sayu dan menyedihkan. Semua yg ada dlm dewan tu menitiskan air mata. Mula-mula tu ana tak dengar sangat apa yg dia sampaikan, tapi bila dah perlahankn muzik latar tu baru dengar. Adik A ni terlibat dengan dadah. Dia menyesal sangat2 sbb tak fikir panjang buat benda tu. Dia minta agar kami semua doakan dia utk kes dia yg akan dibicarakan di mahkamah tak lama lagi. Dalam masa yang sama dia menasihatkan kawan2 agar tak melakukan kesilapan yang sama seperti apa yg dia buat. “ Sayangilah ibubapa kita, walau apa pun terjadi, dia tetap ibubapa kita dan mereka tetap akan sayang pada kita walau seteruk mana pun kita..” lebih kurang macam tu la ayat dia. Semakin lama semakin deras airmata keinsafannya menitis. Kami yang melihat apatah lagi, terasa seperti ingin membantu supaya hukuman diringankan tetapi apakan daya, kami tak mampu berbuat apa melainkan doa yang berterusan untuknya. Ya Allah.. bantulah adik ini Ya Allah.. Dia benar-benar meyesal Ya Allah.. Permudahkan segala urusannya.. bantulah dia untuk berubah dan kembali kepadaMu.. terimalah taubatnya dan ampunkan dosa-dosanya.. Ameen Ya Robb..

Keesokan harinya, ana mendapat maklumat tentang seorang lagi peserta perempuan yang terlibat dengan seks bebas. Ya Allah, terasa gerun dan bimbang saat ana menatap wajah adik-adik ni. Terasa tugasku kini semakin berat. Aku perlu selamatkan ummah ini ! Semasa sesi pertemuan antara ibubapa dan peserta, mata tertoleh kearah adik A dan ibubapanya. Terasa begitu menyentuh hati. Sekali lagi adik A bangun dan berkongsi cerita dengan kami dan semua ibubapa yang hadir. Suaranya tersekat-sekat lantaran terlalu sebak menahan kesedihan. Semua yg hadir turut bersimpati dengan nasib yang menimpa adik A ini. Kemudian ibunya pula bangun dan berkongsi, menurut ibunya, setiap malam dia akan meronda satu taman tu untuk mencari anaknya. Sampaikan semua kawan-kawan adik A sudah mengenalinya. Terlalu bimbang dan kasihnya seorang ibu kepada anaknya membuatkan dia tidak jemu-jemu untuk mencari dan mengetahui apa yang dilakukan anak bongsunya itu saban malam. Ana telah mendapat sedikit cerita tentang ibu tabah ini..

Pada awalnya ibu adik A ini berazam untuk menunaikan umrah. Duit sudah pun dikumpul dan sudah hampir mencukupi utk ke tanah suci. Namun, ujian menimpa mereka. Adik A tertangkap dan perlu diikat jamin utk melepaskannya dr tahanan. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menderita. Kakak dan abang adik A ni membantah keras cadangan ibunya utk mengikat jamin adik A. Namun hanya seorang sahaja kakaknya yang menasihati ibunya supaya teruskan ikat jamin tersebut. Entah mengapa, kakak yang seorang ini benar-benar yakin yang adik dia akan berubah. ‘Dia tak jahat !!..’ luah si kakak dengan penuh yakin. Akhirnya si ibu terpaksa mengorbankan wang yang disimpannya utk ke tanah suci demi menjamin anak bongsunya itu. Beberapa hari kemudian, pertolongan Allah datang tanpa disangka-sangka, ibunya mendapat bantuan kewangan dari seorang abangnya dan akhirnya dapat juga dia menunaikan umrah di tanah suci. Si ibu berdoa besungguh-sungguh dihadapan Baitullah demi kebaikan anak yang tersayang. “ Ya Allah, temukanlah anakku itu dengan sesuatu yang boleh membuatkannya berubah..” Masih terngiang-ngiang ucapan doa itu di telinga saat kisah ini diceritakan pada ana. Allah benar-benar Maha Pengasih dan Penyayang. Balik sahaja si ibu dari umrah, adik A meminta kebenaran ibunya untuk pergi ke KBM. Saat itu ibunya sendiri tidak tau program apa yg mahu diikuti anaknya itu, namun dibenarkan juga asalkan program yang bermanfaat. “ Subhanallah, Allah makbulkan doa saya..” kata si ibu. “ Allah temukan juga dia dengan sesuatu yang telah membuat dia berubah.. Allah temukan dia dengan program ni..” Ucapan syukur tak putus-putus meluncur dari mulut ibunya.. Saat itu, hati terasa pilu sangat..betapa sayangnya Allah pada dia.. Terlihat airmata adik A bercucuran lagi. Entah kali yang keberapa dia menitiskan airmata. Seolah-olah airmata itu tidak pernah jemu keluar pada saat ini. Raut wajahnya menjadi jernih lantaran tulus ikhlasnya dia bertaubat..

Ya Allah, kami sayangkan dia Ya Allah.. Kami kasihkan dia seperti adik kami sendiri, seperti saudara kami sendiri.. Ampunkan dosanya, lantaran kesilapan yang tidak disengajakan. Lantaran tersalah memilih teman juga lantaran tersilap memilih jalan hidupnya.. Bantulah dia, kasihanilah dia, berikan kekuatan padanya untuk terus berubah. Berikan hidayah yang berpanjangan dan berkekalan buatnya supaya dia menjadi hambaMu yang soleh dan benar-benar taat kepada perintahMu Ya Allah.. Ameen..Ameen Ya Robbal ‘Alamin..



Me: Sbnrnye nk cite bnde lain yg b'kaitan dgn tajuk diatas, tp xpela..xjadi la nk cite..hee~sori!

2 comments:

'Umayr SRA said...

Hoh panjaaaaaaaaang.
...dan...
...unguuuuuuuuuuuuu.

::Damia:: said...

huu~..pasni hijau pulak la..