hampir2 saja diri ni menjadi
seperti seekor robot (erk, robot seekor ke?)
kenapa sy mengumpamakannya seperti tu?
Satu hari.. ditengah2 kesibukan tu
Alhamdulillah masih terselit ruang utk bertafakur sejenak
teringat akan satu video yg benar2 membuatkan sy terkesan
dan kembali tersedar daripada berpewatakan seperti sang robot
video tu sy dpt masa konsis tahun lps
simple but meaningful..
situasinya berbeza..
hanya diciptakan utk melakukan sesuatu perkara berulang kali,
Robot 1
tugasan:
1. pasang suis lampu (bila tiba waktu malam)
2. tutup suis lampu (bila tiba waktu siang)
3. ulang perkara 1 dan 2 sampai mati..
tu jelah kejenye..
pasang, tutup, pasang, tutup..
kerja yang sama berjalan selama 65 tahun
kemudian robot tu pun rosak.. akibat terlalu lama penggunaanya
dan tanpa mendapat servis yg sempurna..
maka tamatlah riwayat sang robot,
tanpa meyumbang apa pun sepanjang hidupnya utk kemaslahatan sejagat..
sang robot pun memulakan kehidupannya sebaik sahaja selesai diciptakan
kesana-sini, tak tahu hendak kemana
penat berjalan, berehat sebentar
bersedia utk mengulangi perkara yg sama keesokan harinya
berjalan kesana kemari menjadi rutin hariannya
kadangkala cuba menghiburkan diri
dengan pelbagai hiburan dan permainan
mereka rasa mereka gembira
bermain dan bekerja
melakukan sesuka hatinya
menyangka bahawa ia telah memenuhi tujuan hidupnya
adakah sang robot ini lupa bahawa dia ada PENCIPTA?
Yang menciptakannya dengan tujuan dan punya tugasan utk dilaksanakan
Sang robot membiarkan dirinya menjadi robot yang tidak berguna buat TUANNYA
Sehingga tiba suatu masa, robot itu diMATIkan
ditarik NYAWA oleh TUANNYA
Sedang dia telah meninggalkan AMANAHNYA..
adakah seperti robot yg pertama atau yg kedua?
Jika kitalah robot yg pertama, yang mana hidupnya hanya bermatlamatkan.. "Mengenyangkan perut agar boleh dapat tenaga, dari tenaga boleh pegi kerja, dah kerja dapat gaji, dapat gaji beli beras kenyangkan perut agar dapat tenaga utk pergi kerja."
Jika kitalah ini, yang hidup seperti satu kitaran. Maka keluarlah dari kitaran jahiliyyah ini. Agar tidak rugi dihadapan Sang Pencipta kelak. Adakah tugas wakil bumi (khalifah) hanya sekadar berkisarkan aktiviti-aktiviti utk perut? fikir-fikirkanlah wahai diri..
“ Maka adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu main-main(tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Al-mukminun:115)"
Tengokla sendiri..
Jzkk buat shbt yg byk m'beri inspirasi buat diri ini. W'pun bicaranya tidak kedengaran namun pena mayanya sentiasa menjadi pendorongku utk meneruskan langkah ini..