Photobucket

Monday, December 14, 2009

Terperasankah aku?

In the Name of Allah, Most Gracious n Merciful


Segala puji hanya bagi-Mu Ya Allah, di genggaman-Mu segala apa yang ada di alam, Engkau Yang Maha Pengampun atas segala dosa dan kesalahan, Maha Penerima Taubat dari hamba-Mu yang bertaubat, Engkau Yang Maha Dahsyat siksa-Mu, Engkau Yang Maha Luas Kurnia-Mu, Tiada Ilah Yang Haq kecuali Engkau, Kepada-Mu Ya Allah kami semua akan kembali.

Alhamdulillah, masih dikurniakan kekuatan untuk mencoret sesuatu disini. Setelah beberapa ketika menyaksikan peperangan antara sang hati dengan sang akal. Masing-masing mengemukakan hujah tersendiri. Menyatakan baik buruknya pendapat dan pendirian mereka. Alhamdulillah, dihadirkan iman yang berperanan sebagai hakim tepat pada masanya.

Merenung kembali hakikat kejadian hidup ini, terasa seakan-akan mahu selamanya bersujud menghadap yang Maha Esa. Menggunung nikmat yang dikurniakan buat diri sehingga tak terjangkau oleh sang akal untuk menghitungnya. Namun kedurhakaan sekalipun tak pernah lekang dari diri. Seolah-olah begitu akrab sekali dengan jasad. Diberi seribu nikmat, dibalas cuma dengan satu kesyukuran dan selebihnya lagi kedurhakaan. Astaghfirullahalazhim3x...

Disaat genting sebegini, Alhamdulillah hati telah diketuk dan masih diberi peluang untuk bermuhasabah serta menghitung kembali berapa banyak syukur yang telah tertabur sepanjang hayatku ini. Menyoroti kembali perjalanan hidup yang indah walaupun hakikatnya pahit saat ditempuh, memaksa akal untuk berfungsi sepenuhnya. Melihat kembali betapa luasnya kasih sayang Dia buat hamba-hamba-Nya. Begitu cantik perjalanan hidup yg diaturkan-Nya. Walaupun adakalanya hati yang lemah ini begitu mudah merungut dengan mehnah-mehnah yang terhidang. Namun semuanya itu tak pernah sekalipun ditinggalkan-Nya tanpa sebarang hikmah bagi orang-orang yang berfikir.

Teringat pada penulisan yang lalu, malu sendiri dibuatnya. Malu merasakan diri terlalu sibuk sehingga menjadikannya sebagai alasan atas setiap taklifan yang tak terlaksana. Seolah-olah diri inilah insan yang paling sibuk dimuka bumi Allah ini. Paling penat dan paling banyak tugas yang perlu diselesaikan. Padahal terlalu jauh diriku, ibarat langit dan bumi jika nak dibandingkan dengan tugasan-tugasan yang ada pada para pemimpin, ulama', ustaz ustazah serta ikhwah akhawat para daie yang terlebih dahulu menerima amanah ini sebelumku. Dan sememangnya tak tertanding langsung dengan kesibukan Kekasih-kekasih Allah, para Rasul yang menerima amanah secara langsung dari-Nya. Kesibukan Nabi Sulaiman yang mengurus dan memerintah kerajaan manusia, jin dan haiwan serta yang paling ketara sekali kesibukkan pada tubuh perkasa Rasulullah saw yang telah membangun negara Islam pertama dan menyebarkannya keseluruh pelusuk dunia. Bukan satu tugas yang mudah tanpa kemudahan-kemudahan yang ada seperti di zaman ini..

"Adakah kita menyangka bahawa mujahid-mujahid dakwah yang telah berhempas pulas mengorbankan masa, tenaga, harta malahan jiwa di jalan Allah selama ini bukan di kalangan pelajar atau pekerja seperti kita? Yang tidak pernah disibukkan dengan urusan belajar dan pekerjaan? Sungguh tertipulah kita..

Katakan saja yang kita tidak cintakan Islam, kerana jika benar kita cintakan Islam, mana mungkin semudah dan semurah itu alasan akan kita berikan. Janganlah kita menghina para mujahid da’wah, seakan-akan mereka ini tidak pernah sibuk hinggakan sentiasa mempunyai masa untuk diberikannya pada jalan ALLAH.

Janganlah kita menghina Abu Bakar as-Siddiq R.A, Umar al-Khattab R.A, dan sahabat-sahabat lain R.A, para tabi’in, tabi’ tabi’in, Hassan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi, dan lain-lain, yang hidup mereka full time sebagai pendakwah, sedang part time mereka sebagai pelajar, guru, atau peniaga, atau engineer dan sebagainya, dengan menganggap mereka-mereka ini tidak pernah bertembung dengan kesibukan duniawi. Mereka juga sibuk, tapi cinta mereka pada ALLAH, Rasul dan Islam mengatasi kesibukan duniawi mereka.."

[Petikan daripada entri yang lalu - sengaja dipaparkan semula, moga terkesan pada hati yg sering lupa]


Teringat suatu masa dulu, pernah bertekad untuk tidak 'memperasankan diri' dengan kesibukkan yang berlaku walau sedasyat mana pun sibuk yang aku alami. Namun adakalanya aku kalah dan sering lupa pada tekadku itu. Moga kesilapan itu tidak akan menghapuskan amalan-amalanku. Juga berharap agar ada yang menegur jika suatu hari nanti aku cuba menolak untuk melakukan sesuatu tugas demi agama dan pembangunan ummah ini dengan alasan sibuk. Teramat memerlukan peringatan seperti itu dari sahabat-sahabat yang dikasihi Lillahi Ta'ala.

“Sesungguhnya, hatimu jika tidak disibukkan dengan urusan ketaatan, maka ia akan disibukkan dgn perkara batil yang sia-sia”

Alhamdulillah, syukur dihadirkan rasa seronok dan terhibur dengan nikmat istimewa yang dikurniakan ini sehingga tiada lagi masa untuk bermaksiat dan tidak disibukkan dengan hal-hal yang tiada kaitan dengan taklifan agung ini.

Moga peringatan sebegini dapat menyedarkan kembali siapa aku dan apa yang telah diamanahkan oleh Al-Khaliq kepadaku. Moga tidak ditarik nyawaku saat aku mengabaikannya.

" Pimpinlah aku dalam setiap urusanku, moga segala yang kulakukan mendapat redha-Mu.."

Amiin Ya Robb..




2 comments:

Anonymous said...

salam ukht damia.
kaifahaluki??
rindu bangat sama kamu.

damia, ana nk mntk izin tuk post his entry to my blog.
terlalu terkesan rasa nya.
ukht, blh ye.
jzklh.

::Damia:: said...

wslm wr ya ukhti ana...

Alhamdulillah, khair..
rindu bgt sama kmu yg comel tu.

oh, amik je.. kalau b'manfaat.
there is no copyright in dakwah.
kan3? hihi..

hm, bile la nk dpt jumpa kmu ni.. ^_^