Photobucket
Showing posts with label Bicara Qalb. Show all posts
Showing posts with label Bicara Qalb. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

Rumah lamaku...


وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
-البقرة: 216-

But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.




Mode : Merindui Rumah Lama ku.. (!_!)

Monday, January 24, 2011

Faqih fid Din..


In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Kembali menulis setelah menyepikan diri untuk beberapa ketika dari dunia blog bukanlah suatu perkara yang mudah. Terasa amat kekok dan kaku. Namun Alhamdulillah masih diberi peluang untuk berkongsi sesuatu disini. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Takkan pernah cukup rasa syukur sepanjang hayat ini..

Entah mengapa kebelakangan ini saya kerap dipertemukan dengan insan-insan yang terlalu istimewa buat saya. Kelemahan diri yang mereka ceritakan pada saya bukan menambah rasa kurang hormat saya pada mereka bahkan ianya telah membuatkan saya amat mengagumi mereka. From Zero to Hero! Subhanallah! Begitulah hakikatnya bila Allah berkehendakkan hidayah itu menjengah pada jiwa manusia pilihanNya. Dan amat beruntunglah bagi mereka yang menyambut kedatangan hidayah itu dengan hati yang terbuka.

"Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,
Beruntung bagi yang mensucikannya,
Merugilah bagi yang mengotorinya.."
(As-Syams: 8-10)

"Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah, Dia akan membukakan dadanya untuk menerima Islam. Dan barangsiapa dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit. Demikian Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.."
[Al-An'am:125]

:عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

من يرد الله به خيرا يفقهح في الدين
(صحيح البخاري ومسلم)

"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) akan memberikannya kefahaman dalam Ad-Din.."


~Moga terus diberi kekuatan untuk bersama mereka merasai, menghayati dan mensyukuri nikmat agung ini. Semoga kita sentiasa terpilih untuk diberi kefaqihan dalam agama~

Ameen Ya Robb..



Wednesday, October 20, 2010

Jom daftar pemilih!


**Entry xde kaitan dgn tajuk dan mana-mana kempen pilihanraya~~ tp bg ssiapa yg dh cukup umur tu silelah mendaftar ye. Your vote can CHANGE THE WORLD! ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam hidup ini sebenarnya kita tak pernah sunyi dari membuat keputusan. Dalam sehari sahaja terlalu banyak keputusan yang telah kita buat dan kita ambil. Sama ada baik atau buruk, itulah pilihan yang telah kita buat.

Alangkah beruntungnya orang yang dapat membezakan setiap pilihan yang bakal diambil. Bertuahnya mereka yang dapat mengasingkan antara pilihan yang baik dengan pilihan yang buruk. Maka proses membuat keputusan pun menjadi mudah.

Tetapi bagaimana pula jika kedua-dua pilihan itu adalah pilihan yang baik atau kedua-duanya adalah pilihan yang buruk? Mungkin agak sukar bagi si pemilih untuk memilih sesuatu pilihan yang seharusnya dipilih berdasarkan apa yang telah dipilih oleh Allah untuknya.

Maaf agak serabut disitu. Tapi itulah yang sy hadapi sekarang. Tersepit antara dua pilihan yang mana kedua-duanya adalah baik tetapi tak pasti mana satu adalah yang terbaik untuk dipilih dan sesuai dengan kehendakNya.

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.." [2:216]

Ok Alhamdulillah.. Finally, i got the answer! [istikharah+du'a] Sy memang tiada jawapan untuk persoalan2 itu kerana jawapannya ada pada Dia. Seluruh takdir dan keputusan hidup ini telah diserahkan sepenuhnya pd Dia dan sepatutnya sy tak perlu memandai-mandai membuat keputusan sendiri kerana semuanya telah diputuskan oleh Al-Muqtadir (Yang Maha Menentukan). Hanya perlu memohon petunjukNya agar dipimpin hati ini kearah pilihan terbaik yang telah ditetapkanNya.

Robbuna yusahhil...

"Ya Allah, jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun sekadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.."

Amin Ya Robbal 'Alamin..


Sunday, July 4, 2010

I'll miss them..


AMARAN: Entri ini berbaur peribadi, sila abaikan jika tiada kaitan dan manfaat buat anda, terima kasih.. =)

~koYatt~

~koNa~


dan semua adik bradik "ko2" yg ade kt alam ni..


i'll miss all the moments that we had together..


~Uhibbukum fiLLah~



p/s: korang, kalau nk p pgram ke mane2 jgn lupekan diriku ye...sobs. ='(

doain gue ya! moga sukses slalu..amin3!

rajen2la update blog "ipnk" kite tu. blog bongek skali, dh bsawangs..


Lots of love,
kM ^_^


Monday, June 21, 2010

Ikhlas tapi jauh..


Bismillahirrahmanirrahim..


Selepas berbual panjang dengan seorang sahabat, aku terdiam. Kelu tanpa kata. Fikiran melayang-layang entah kemana. Bermacam-macam perkara yang seakan-akan masuk dan beratur menunggu giliran untuk difikirkan.

ok, enough!

Walau apa pun terjadi, aku tetap aku. Memegang prinsip yang sama. Selagi tak bertentangan dengan syari'at. No one can change it! No one can influence me n nobody can stop me!

Biarkan Allah yang menilai. Kerana kehebatan dan kebagusan yang Dia nilai itu lebih bermakna dari kebagusan dan kehebatan dalam nilaian seorang manusia.

Wahai diri, bercerminlah pada peribadi seorang sahabat Rasululllah saw, Handzalah bin Rabi’ Al-Usaidi r.a. Pernah beliau mengatakan kepada dirinya,

"Nafaqo Handzalah! Telah munafik kamu Handzalah!"

Padahal beliau antara sahabat yang sangat dekat dengan Rasulullah saw. Apa yang membuatkan dirinya berkata demikian? Bila ditanya oleh Rasulullah saw, beliau menjawab dengan penuh kejujuran.

Handzalah merasakan bahawa iman yang dimilikinya terasa kuat saat beliau berada dekat dengan Rasulullah saw. Seakan ia menatap syurga dan neraka didepan matanya. Namun ketika kembali sibuk dengan keluarga dan urusan duniawinya, dia merasakan kondisi dirinya sangat berubah.

Subhanallah! begitu peka dan sensitifnya para sahabat terhadap kondisi diri dan hati mereka. Lalu apa yang harus aku ungkapkan untuk keadaan diriku? Adakah seperti yang diungkapkan oleh Handzalah? atau lebih teruk dan buruk dari itu?

Wahai diriku….

Bukankah kamu juga telah mengenal siapa dirimu? Yang lebih banyak sibuk dengan dunia? Diri yang lemah dalam beribadah, terkadang merasa berat berkorban untuk taat? Diri yang banyak bicara dan sedikit bekerja? Terkadang tanpa sedar, bekerja untuk mengharapkan 'sesuatu' dari pandangan manusia? Lalu apakah kamu masih terus melakukan hal itu sedangkan Allah SWT telah menegurmu?

”Aradhitum bil hayatiddunya minal akhirah? "
"Apakah kalian lebih menyenangi dunia daripada akhirat?” [9:38]
Astagfirullah!

Jangan kerana 'sesuatu', kamu menjadi bersemangat untuk membuat dan mengerjakan itu dan ini. Namun saat kamu kehilangan 'sesuatu', pudarlah segala hamasah pada amal dan pengorbanan itu.

Maka, tidak seharusnya kamu terpengaruh dengan bait-bait ungkapan manusia yang memuji-muji kehebatanmu. Tidak perlu kamu selitkan pengharapan untuk membuat sesuatu agar "dilihat" manusia seluruhnya sehingga berbakul-bakul pujian melimpah terhadapmu. Cukup hanya Allah yang melihat. Andai Dia melihat segala amalan yang kamu lakukan walau sekecil zarah sekalipun, itu sudah cukup bererti daripada manusia melihat kamu telah mengorbankan segunung tenaga dan upayamu demi agama.

Nilaian Allah lebih mahal harganya dari dunia dan segala isinya.

Jangan dicemari keikhlasanmu itu..

Ya Allah, letakkan dunia ini ditanganku, bukan sekali-kali dihatiku. Moga redhaMu sentiasa bersamaku.. Amin Ya Robb..


Wednesday, May 26, 2010

My Mum is Amazing..

Dear Mother,

Your body is small and so are your hands

But to me you’re still bigger than anything, stronger than anyone

I want to tell my kids [later] about this love that supported me


Even though I grow impatient when I’m near you

When you’re far away from me I grow lonely

That’s who you are to me, you can cut through any problem and solve it

And you have the most patience and toughness of anyone I know

You would always be concerned over my well-being before your own


Cooking, doing the laundry, cleaning, raising a child

You even worked during your free time

You would only require things from the lowest places

I didn’t understand even though it was so obvious

It wasn’t until I started living by myself that I understood

Whenever I think of how much you’ve accomplished

And how hard it must have been, I feel like I can try my best today

I give you thanks for this love that supported me, my mother..


I’m glad I’m your child

I’m glad you’re my mother

And that won’t ever change

It won’t ever change for all time

Because i'm the image of you…


Be my mother forever

Be well forever

You still have one more job left to do

And that’s to accept your son’s love and respect for you…


***************

special words from my heart to
the SUPER and AMAZING MAMA in this WORLD!
[I don't know whether i can be a good mama like her or not]
pls do pray 4 my mum's health
May Allah grant her a highest place in Jannah..
Ameen3 Ya Robb...


** the poem translated from my fav japanese song titled mother by seamo.


mode: tacing~
[jom doakan mamaku..]

Monday, December 14, 2009

Terperasankah aku?

In the Name of Allah, Most Gracious n Merciful


Segala puji hanya bagi-Mu Ya Allah, di genggaman-Mu segala apa yang ada di alam, Engkau Yang Maha Pengampun atas segala dosa dan kesalahan, Maha Penerima Taubat dari hamba-Mu yang bertaubat, Engkau Yang Maha Dahsyat siksa-Mu, Engkau Yang Maha Luas Kurnia-Mu, Tiada Ilah Yang Haq kecuali Engkau, Kepada-Mu Ya Allah kami semua akan kembali.

Alhamdulillah, masih dikurniakan kekuatan untuk mencoret sesuatu disini. Setelah beberapa ketika menyaksikan peperangan antara sang hati dengan sang akal. Masing-masing mengemukakan hujah tersendiri. Menyatakan baik buruknya pendapat dan pendirian mereka. Alhamdulillah, dihadirkan iman yang berperanan sebagai hakim tepat pada masanya.

Merenung kembali hakikat kejadian hidup ini, terasa seakan-akan mahu selamanya bersujud menghadap yang Maha Esa. Menggunung nikmat yang dikurniakan buat diri sehingga tak terjangkau oleh sang akal untuk menghitungnya. Namun kedurhakaan sekalipun tak pernah lekang dari diri. Seolah-olah begitu akrab sekali dengan jasad. Diberi seribu nikmat, dibalas cuma dengan satu kesyukuran dan selebihnya lagi kedurhakaan. Astaghfirullahalazhim3x...

Disaat genting sebegini, Alhamdulillah hati telah diketuk dan masih diberi peluang untuk bermuhasabah serta menghitung kembali berapa banyak syukur yang telah tertabur sepanjang hayatku ini. Menyoroti kembali perjalanan hidup yang indah walaupun hakikatnya pahit saat ditempuh, memaksa akal untuk berfungsi sepenuhnya. Melihat kembali betapa luasnya kasih sayang Dia buat hamba-hamba-Nya. Begitu cantik perjalanan hidup yg diaturkan-Nya. Walaupun adakalanya hati yang lemah ini begitu mudah merungut dengan mehnah-mehnah yang terhidang. Namun semuanya itu tak pernah sekalipun ditinggalkan-Nya tanpa sebarang hikmah bagi orang-orang yang berfikir.

Teringat pada penulisan yang lalu, malu sendiri dibuatnya. Malu merasakan diri terlalu sibuk sehingga menjadikannya sebagai alasan atas setiap taklifan yang tak terlaksana. Seolah-olah diri inilah insan yang paling sibuk dimuka bumi Allah ini. Paling penat dan paling banyak tugas yang perlu diselesaikan. Padahal terlalu jauh diriku, ibarat langit dan bumi jika nak dibandingkan dengan tugasan-tugasan yang ada pada para pemimpin, ulama', ustaz ustazah serta ikhwah akhawat para daie yang terlebih dahulu menerima amanah ini sebelumku. Dan sememangnya tak tertanding langsung dengan kesibukan Kekasih-kekasih Allah, para Rasul yang menerima amanah secara langsung dari-Nya. Kesibukan Nabi Sulaiman yang mengurus dan memerintah kerajaan manusia, jin dan haiwan serta yang paling ketara sekali kesibukkan pada tubuh perkasa Rasulullah saw yang telah membangun negara Islam pertama dan menyebarkannya keseluruh pelusuk dunia. Bukan satu tugas yang mudah tanpa kemudahan-kemudahan yang ada seperti di zaman ini..

"Adakah kita menyangka bahawa mujahid-mujahid dakwah yang telah berhempas pulas mengorbankan masa, tenaga, harta malahan jiwa di jalan Allah selama ini bukan di kalangan pelajar atau pekerja seperti kita? Yang tidak pernah disibukkan dengan urusan belajar dan pekerjaan? Sungguh tertipulah kita..

Katakan saja yang kita tidak cintakan Islam, kerana jika benar kita cintakan Islam, mana mungkin semudah dan semurah itu alasan akan kita berikan. Janganlah kita menghina para mujahid da’wah, seakan-akan mereka ini tidak pernah sibuk hinggakan sentiasa mempunyai masa untuk diberikannya pada jalan ALLAH.

Janganlah kita menghina Abu Bakar as-Siddiq R.A, Umar al-Khattab R.A, dan sahabat-sahabat lain R.A, para tabi’in, tabi’ tabi’in, Hassan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi, dan lain-lain, yang hidup mereka full time sebagai pendakwah, sedang part time mereka sebagai pelajar, guru, atau peniaga, atau engineer dan sebagainya, dengan menganggap mereka-mereka ini tidak pernah bertembung dengan kesibukan duniawi. Mereka juga sibuk, tapi cinta mereka pada ALLAH, Rasul dan Islam mengatasi kesibukan duniawi mereka.."

[Petikan daripada entri yang lalu - sengaja dipaparkan semula, moga terkesan pada hati yg sering lupa]


Teringat suatu masa dulu, pernah bertekad untuk tidak 'memperasankan diri' dengan kesibukkan yang berlaku walau sedasyat mana pun sibuk yang aku alami. Namun adakalanya aku kalah dan sering lupa pada tekadku itu. Moga kesilapan itu tidak akan menghapuskan amalan-amalanku. Juga berharap agar ada yang menegur jika suatu hari nanti aku cuba menolak untuk melakukan sesuatu tugas demi agama dan pembangunan ummah ini dengan alasan sibuk. Teramat memerlukan peringatan seperti itu dari sahabat-sahabat yang dikasihi Lillahi Ta'ala.

“Sesungguhnya, hatimu jika tidak disibukkan dengan urusan ketaatan, maka ia akan disibukkan dgn perkara batil yang sia-sia”

Alhamdulillah, syukur dihadirkan rasa seronok dan terhibur dengan nikmat istimewa yang dikurniakan ini sehingga tiada lagi masa untuk bermaksiat dan tidak disibukkan dengan hal-hal yang tiada kaitan dengan taklifan agung ini.

Moga peringatan sebegini dapat menyedarkan kembali siapa aku dan apa yang telah diamanahkan oleh Al-Khaliq kepadaku. Moga tidak ditarik nyawaku saat aku mengabaikannya.

" Pimpinlah aku dalam setiap urusanku, moga segala yang kulakukan mendapat redha-Mu.."

Amiin Ya Robb..




Wednesday, September 9, 2009

Imanan wahtisaban..

Bismillahirrahmaniiraheem..

Saat ini, hati benar-benar terketuk. Seolah-olah baru tersedar dari lamunan yang sangat panjang. Saatku merenung countdown "The Night of Power" yang aku letakkan di tepi blog ini. Ia memaparkan..
" 0 days / 7 hour / 45 minutes ".

Ya Allah, adakah aku tersalah pandang? atau mungkin pengiraannya yang tidak betul?

Begitu cepat masa berlalu. Rasa seperti baru semalam Ramadhan tiba. Seperti baru semalam juga aku berdoa mengharapkan ramadhan ini adalah yang terbaik yang pernah aku lalui. Namun hari ini sudah masuk ke penghujungnya. Tinggal sepuluh hari saja lagi untuk menghabiskan sisa-sisa ramadhan yang berbaki. Untuk menebus segala kerugian yang sememangnya tidak tertanggung pada 20 hari yang lalu.

Teringat bait-bait ucapan naqibahku pada kami di awal ramadhan yang lalu.. "Letakkan matlamat baru agar kita berpuasa imanan wahtisaban. Moga Allah terima amalan kita.."

Adakah puasaku sampai ke tahap imanan wahtisaban yang dimaksudkan? Adakah puasaku benar-benar mencapai piawaian tersebut sehingga melayakkan aku untuk mendapat ampunan-Nya? atau adakah puasaku sekadar menahan lapar dan dahaga seperti kebanyakkan 'orang yang tidak mengetahui' hakikat puasa itu sendiri? Na'uzubillah..

Sepuluh hari yang terakhir ini adalah saatnya Allah mengurniakan Nikmat. Ya, betapa nikmatnya orang-orang yang telah mampu mengendalikan diri dengan baik. Selama 20 hari pertama dia telah mampu melatih dan membiasakan dirinya untuk tidak melakukan dosa-dosa yang membuat hatinya jadi keruh dan mengeras.


Maka di sepuluh hari terakhir inilah dia akan memetik kenikmatan. Kenikmatan yang sesungguhnya hanya mampu diperolehi melalui keimanan, sebagaimana firman-Nya dalam surah As-Saffat ; 148 yang bermaksud :

“Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.."

Maka di tahap 10 hari terakhir inilah sepatutnya kita mulai berjaya menundukkan hawa nafsu. Akal kita dapat berfungsi lebih dominan berbanding kehendak emosi. Dan lebih dari itu, kita melakukan segalanya adalah kerana Allah semata. Inilah kunci kenimatan yang dijanjikan Allah kepada hamba-hamba yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan.

“Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan keikhlasan niscaya akan diampuni dosanya yang telah lalu.” [HR Bukhari]

Maka pada sepuluh hari terakhir ini sepatutnya seseorang yang berpuasa masuk ke tahap yang paling istimewa. Di sepuluh hari terakhir ini biasanya Rasulullah saw meningkatkan ibadahnya menjadi lebih hebat. Baik dari aspek kualiti mahupun kuantiti. Inilah saat-saat terakhir yang akan menentukan berhasil atau tidaknya puasa Ramadhan kita untuk menjadi orang yang bertaqwa.

Di sepuluh hari terakhir ini juga Allah menyediakan malam yang penuh barokah. Malam yang digambarkan memiliki nilai sangat tinggi, lebih hebat dari 1000 bulan. Yang tidak ada pada bulan-bulan lain iaitu malam Al-Qadr.

Sepertimana yang kita ketahui, orang-orang yang dapat menjalani ibadah puasanya dengan baik, dia bakal menemui malam Al-Qadr. Bukan hanya pada saat puasa Ramadhan, bahkan sepanjang hidupnya menjadi orang yang bertaqwa, orang yang dijamin Allah dengan berbagai kenikmatan.

“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an pada malam al-Qadar, tahukah engkau apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Robb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (al-Qadar, 97: 1-5)

Tapi layakkah aku untuk mendapat semua nikmat-nikmat itu? sedangkan nikmat yang ada inipun masih belum habis ku syukuri bahkan seringku ingkari. Ya Allah, aku hanya mengharapkan ampunan dan redha-Mu, kerana aku sedar semua itu tak layak untuk insan sekotor dan sehina diri ini..

“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku..”

..Amin Ya Robbal 'Alamin..




Tuesday, November 4, 2008

Kau Pergi Jua..

In the Name of Allah, Most Gracious n Merciful

Tak mampu lagi utk berbicara saat ini.. hanya doa yang mampu kutitipkan buatmu..


Doa by: Pak Ngah (dipetik dr yahoogroups alumnikbmkl)

Ya Allah..
Kau yang Maha Pengasih lagi Penyayang
Kau jualah yang mengurniakan kesejahteraan

Berikanlah keselamatan dan kesejahteraan atas perjalanan Una dan Ali pulang ke destinasi mereka. Mereka pulang ke bumi anbia, Mesir, meninggalkan keluarga dan sahabat tercinta demi menyambung perjuangan menuntut ilmu di sana. Mudahkanlah segala urusan mereka. Kuatlah jiwa mereka menghadapi segala dugaan dalam perjuangan menuntut ilmu. Kurniakanlah kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan hidup mereka.

Jadikanlah Una dan Ali anak2 yang soleh dan solehah, mujahid dan mujahidah,membantu perjungan Ibu bapa mereka, Pak Andak dan Mak Andak menegakkan syariah di bumi ini.
Jadikanlah Una dan Ali contoh ikutan kami meneruskan perjuangan dalam pelajaran kami.

Pertemukanlah kami semula di dalam rahmat Mu Ya Allah. Jika ditakdirkan kami tidak bertemu di dunia ini lagi, pertemukanlah kami semua di Syurga Mu Ya Allah. Itulah nikmat yang amat tinggi di Syurga nanti, dapat berkumpul semula dengan orang2 yang kami kasihi.

Amin Ya Rabbal Alamin..


=================================

Di KLIA..

Atie dgn gaya mcm die je yg nak terbang..

Una tengah testing bwk beg

Bergambar beramai-ramai sebelum masuk

Tolong check kan pasport una.. rajin btl de nih.. ^_^

Pelukan dan pesanan terakhir sebelum berangkat..

=================================

Moga ukhuwah fiLLah ini berkekalan dan dirahmati Allah SWT..

Una...
We'll Miss U!


Seseungguhnya halaqoh cinta ini yang menjadi saksi bahawa hati-hati kita telah bertaut..
Diikat dengan ikatan Aqidah dan Perjuangan.. yang pastinya sukar terlerai walaupun berpisah jasad dan nyawa, kerana semuanya bukan untuk negeri ini, tetapi di negeri yang kekal abadi..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMu
Bertemu untuk mematuhi perintahMu
Bersatu memikul beban da'wahMu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia
Untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang benar
Penuhilah hati-hati ini dengan cahayaMu
yang tiada pernah pudar
Lapangkanlah dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu
dan keindahan bertawakkal kepadaMu
Hidup suburkan hati kami dengan ma’rifat padaMu
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu

Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung
dan sebaik-baik penolong..

Amin Ya Robbal 'Alamin


Monday, November 3, 2008

Ro Ya Sin Alif Wau = Risau

Bismillahirrahmanirraheem..


Ada satu perkara yang harus sy mengaku didepan sahabat2 semua sebelum sesuatu yang lebih berat menimpa diri sy. Sy sebenarnya sedang dilanda kerisauan, kebimbangan dan kekhuatiran yang teramat sangat. Dalam hidup ni, byk perkara yang telah m'buatkan sy bimbang dan risau akan kewujudannya. Ianya amat penting kerana bersangkut-paut dengan hati. Salah satunya ialah bilamana pujian dan sanjungan kpd insan hina spt sy ini datang bertalu-talu. Sy akui mmg sy tak layak langsung utk terima semua tu. Sy terlalu byk kekurangan dan kelemahan. Diri ini lebih mengetahui segala kekurangan, kelemahan dan ketidakmampuan sy berbanding dgn orang-orang yang menilai sy.

Dan sehingga hari ini, sy sbnrnya masih lg takut2 utk buka blog. Bukan hanya blog yang sy bimbangkan, malah utk melayari internet sekalipun. Pertama, sy takut tidak mampu menuliskan sesuatu yang cukup penting di blog ini. Menulis hal-hal yang tak penting itu tersangatlah mudah, seperti menaip tanpa melihat ke keyboard. Tapi utk menyusun kalimat2 yang layak menghabiskan waktu orang lain yang membacanya, itu agak sukar. Sebab itu sy cuba utk memberikan yang benar2 bermanfaat. Dengan harapan apa yg disampaikan menjadi amalan buat diri ini. Ustaz sy pernah sebut dulu, kalau kita selalu bg tazkirah kat orang, telinga yang paling dekat mendengar dan menangkap butiran2 bicara tu adalah telinga dari sang penyampainya, maka seharusnya orang yang menyampaikan tu lebih dahulu amalnya dari orang lain yg mendengar. Itu yang cuba dipraktikkan sebelum setiap penyampaian berlaku.

Cukuplah dengan semua pujian2 tu. Sy masih belum mampu utk membalasnya buat kalian. Sy tak perlukannya jika lama kelamaan ianya akan menghakis segala amalan2 sy. .

“Tak seorang pejuang yang berjuang di jalan Allah, lalu ia memperoleh ghanimah, kecuali akan dipercepat dua pertiga pahalanya di akhirat, sisanya satu pertiga. Tapi bila dia tidak mendapatkan ghanimah, pahalanya sempurna. ” (HR Bukhari).


Seorang syeikh pernah menyebut, pujian di depan seorang hamba kpd sahabatnya adalah seperti meletakkan kayu balak diatas bahunya. Mampukan kita memikul kayu balak yang lebih 10 tan beratnya diatas bahu kita yang lemah ini? dan sanggupkah pula kita memikulkan kayu2 berat itu dibahu sahabat2 yang kita kasihi? secara logikya, dimanakah nilai simpati kita dgn melakukan semua tu..


Masih byk yg sy tak tahu dan sy perlu belajar. Mohon sahabat2 smua membantu sy dan bukan menjatuhkan sy dgn cara seperti yg disebut diatas.. Kembalikanlah semua kekaguman kalian pada yang lebih BERHAK.. Yang mengurniakan segala nikmat buat kita.. Jzkk atas penghargaan dan doa yang tak putus2 buat diri ini. Moga kita semua terus tsabat dijalan kebenaran..

Ameen Ya Robb..

Wednesday, September 10, 2008

Uncontrolled..

Bismillahirrahmanirraheem.. Hari ni sy penat sangattt.. class full, tp Alhamdulillah ada waktu break sekejap utk solat. Pastu sambung balik kt kelas yang sama. Bayangkanlah, 3x masuk class yang sama. Pastu class yg memang xblh nak handle la bdk2nye.. rasa cm nak jerit je kuat2..(padahal memang sy dah jerit pun). Geram sangat! Tp xreti nak marah sbb dorang ni cm xde perasaan. Sy pun pelik, kenapa smpai mcm tu? B4 ni class tu ok je. Mungkin sbb b4 ni sy masuk utk sbjct seni n dlm class tu ada separuh je student, yg lg sparuh p class ICT kt lab. Tapi kali ni utk sbject english, sy kena ajar utk semua student class tu. Hmm.. tak tau la nak cite mcm mana situasi tadi. Sangat2 teruk!

Masuk2 tu ok lagi, bila suruh keluarkan buku je, masing2 dah start jalan2, nak p toilet la, basuh muka la, ape la.. pastu sy tak bagi, sbb dah ada yg kluar masa tu. Then dorang pun mogok tak nak bukak buku n duk rmai2 kt belakang tu. Main ape tah. Sangat bising. Yang best tu, banat pun sama buat bising. Kalau kelas lain banat xde la teruk mcm tu. At least dengar la jgk arahan. Yang nak pegi basuh muka tu, masuk2 je dah mcm mandi plk, habis basah kuyup baju. Rupa2nya, kat tempat wudhu’ tu dorang dok main siram2 air.. sy tak perasan masa tu. Sbb nak control yg kat dalam class, yang kat luar plk terabai.. At last, tarik dorang masuk n sy terpaksa kunci pintu depan n blkg, xnak bg dorang keluar punya pasal. Huh, 1 Ammar.. memang pelik! Grr.. geram..geram..geram !! padahal majoriti puasa tuh, tp aktifnya Ya Allah..

Ada skali tu masa dlm class, dorang buat bising jgk, then sy tanya la, "Antum ni puasa tak hari ni?" semua jawab "puasa..." habis tu kenapa aktif sangat? Mcm org tak puasa je.. Skali ade sorang banin ni jawab, " Ala muallimah, kitorang sahur pagi tadi makan oat la, sbb tu boleh tahan lapar dan bertenaga.." hmm, bijak..bijak.. ade je jwpnnya. Tak pernah kering idea la bdk2 ni. Nmpak je kcik, tp akal panjang. Sy mmg rasa seronok sgt bila tgk gelagat mereka2 ni. Mcm2 perangai ada. Ada yg suka mengusik, yg suka berjalan, suka sengih sorang2 (wlpun sy xbuat lawak) n mcm2 la.. yang suka berkepit pun ada. Asal sy masuk je, terus lari n peluk sy, pegang tangan la, lipatkan tudung, usik2 baju.. dorang ingat sy ni kakak dorg ke ape.. suke2 hati je. masa 1st time sy masuk dulu ada yang cakap " mlmah, boleh x ana nk panggil mlmah kakak sbb muka mlmah ni mcm kakak2 la, ana xbiasa.." pergh, sesedap rase jek. mcm2 lg la ayat2 pelik dorang ni. tp sy xboleh nak marah. Sbb cara dorang mmg mcm tu. tak boleh nak marah2 selalu. nnt xnak dengar ckp. marah wktu2 tertentu je.. (err,betul ke teori ni?huhu..)

Bila sy alami semua benda ni, terus teringat pd cikgu2 sy dulu. Mesti dorang pun rasa benda yg sama jgk kan? Tah2 lagi teruk dari tu, sbb sy dulu pn boleh tahan jgk baikkknye..hehe. MasyaAllah, besarnya pengorbanan seorang guru dlm mendidik pelajar menjadi SESEORANG. Lebih2 lagi jika dididik dengan cara hidup Islam dan diamalkan sehingga terlahirnya rijal2 yang mantap yang bakal meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menegakkan Deenul Haq ni. Moga adik2 ni akan menjadi generasi penyambung ’tugas mulia’ ni satu hari nanti. InsyaAllah. Ameen Ya Robb..


Me : Lepas ni kena ubah strategi sebelum masuk class tu. Strategi lama xjalan. Hmm, mcm nak p perang plk..hee~ perang ngn bdk2 kcik! (^_^)

Monday, September 1, 2008

Macam2..

Bismillahirrahmanirraheem..

~AHLAN YA RAMADHAN KAREEM~

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita telah pun melangkah ke bulan yg penuh dgn rahmah dan barokah ini.. setelah setahun dinanti, akhirnya diberi juga peluang utk kita bertemu dengannya. Alhamdulillah.. Alhamdulillah wa syukurillah..

Syukur sekali lagi atas nikmat2 yg diberikanNya. Menjadikan kami sehingga ke hari ini terus berada dimedan ini demi pengislahan diri dan ummah. Ya Allah betapa besarnya kurniaanMu ini.. jangan sekali-kali Kau jadikan kami hamba yg kufur akan nikmat2 yg telah Kau beri. Berikan kekuatan buat kami utk menggunakannya secara "adil" yakni dengan meletakkan ia pada tempatnya. Amin..

======================================

Baru selesai berkbm di smk bandar banting. Alhamdulillah.. but no comment. Most of them give d same statement but not 4 me. I've different opinion. Sape yg ada kt situ mungkin tahu la statement apa yg sy maksudkan tu. Dah la, tak nak membesarkan isu yg tak bape nak besar. Laporan lanjut, tunggu report dr sesape kat blog kbm kl ok.. ;-p

========================================

Terdetik dihati utk menulis sesuatu tentang posting yg sebelum ni. ANAK? Hmm, jgn salah faham atau fikir lain pulak. Baru2 ni sy telah membuat lawatan rasmi kebeberapa buah blog sahabat2 seperjuangan yang kebanyakkannya sangat hebat dlm tugas2 dakwah ni dan kebanyakkannya telah pun bernikah. Alhamdulillah, masing2 dikurniakan pasangan yg juga sefikrah dan sekufu dgn mereka. Bak kata Pak Hassan, kalau nak b'nikah, sebaik-baiknya carilah yang seaqidah, sefikrah dan yg paling baik sejamaah, agar penerusan tarbiyyah tak terhenti begitu sahaja selepas berkahwin. Ada yang sering mengingatkan serta menegur dikala lupa, lalai dan tersilap. Tapi apakah dengan mencari yang sekufu seperti diatas tu betul2 dapat memastikan kita terus-terusan berada dijalan ni dengan komitmen yang tinggi seperti sebelumnya? Sy pasti anda ada jawapannya.. Dari apa yang sy lihat dan perhatikan, ia tak 100% menjamin keberadaan dan komitednya kita dlm da'wah tu sendiri. Sehingga boleh menjadikan kita tidak tergolong dalam golongan futur seperti yang pernah sy nyatakan dlm post terdahulu. Mungkin kita akan menjawab.. Memang la, sebab semua tu Allah yg tentukan. Hidayah tu datang dari Allah. Kita semua pun belum pasti apa yang bakal terjadi pada kita kelak. Even sy sendiri pun.. Sangat risau jika tiba2 suatu hari nanti Allah tarik nikmat BERHARGA ni.. na'uzubillah, jauhkanlah Ya Allah!

Hmm..mungkin ada yg masih kabur2 lagi, apa yg sy nak sampaikan sebenarnya. Sebenarnya mcm ni, dlm lawatan rasmi sy ke blog sahabat2 seperjuangan baru2 ni, sy telah mendapati suatu kepelikkan disitu. Antara post2 mereka terdahulu (sebelum nikah) dan post2 mereka kini (selepas nikah). Apa yg lainnya? tak faham? ok, mcm ni..dulu masa belum kawen, posting semua ttg tarbiyyah n keje2 da'wah. Tapi lepas kawen, lebih fokus pada baitul muslim yg dibina. Bagus la sbb memberikan contoh dan galakan kpd yg masih belum kawen utk bersama2 mengikut jejak langkah mereka. tapi apa yg tak bagusnya? erm, sy tak ckp semua da'ie yg dah kawen mcm tu, ada juga yang masih terus komited dgn penulisan tentang tarbiyyah n da'wah. Alhamdulillah. Tapi, sy agak pelik dgn mereka2 yg tidak sebegitu. Sebaliknya lebih fokus pada perkara yg sy kategorikan sebagai 'kurang penting'.. Bagi ikhwah yg baru berkawen, sibuk menceritakan ttg zaujahnya yg begitu dan begini.. ttg keadaan mereka selepas berkawen dan sebagainya. Begitu juga dengan akhawat. Tapi tulisan mereka tetap more 2 da'wah style la.. mungkin dah terbiasa. tapi apa yg nk disampaikan tu jelas m'gambarkan keadaan mereka skrg. sehingga sy terdorong utk menulis entry sebegini. Kecuali beberapa orang yg memang sy tahu keadaan mereka sbenar. Maaf, mungkin ada yg kurang bersetuju. tapi sekali lagi sy ingatkan, bukan semuanya begitu.

Then, itu utk yg baru menikah. Bagi yg sudah menerima cahaya mata lain pula agendanya. Post yg lebih fokus pada anak2. Kadang2 tu sy rasa tak perlu kot nak cerita satu persatu perkembangan anak masing2. Sehinggakan orang boleh tahu, sekarang anak dia ni dah pandai merangkak, skrg dah pandai cakap, pandai melompat dan sebagainya. Nampak tak perbezaannya? dgn yg dulu n skrg.. Sy sgt risau dan bimbang jika apa yg sy sentuh ni berbalik pada diri sy sendiri nanti. Na'uzubillah, sy tak mahu disibukkan dgn hal2 dunia.

Bila terfikir tentang tu, sy teringat ayat2 peringatan yg banyak dlm Quran yg menyentuh tentang hal ini. Antaranya satu ayat yg selalu sgt ustaz sy baca masa solat kt kampus dulu:

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah yang lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu serta lebih baik utk menjadi harapan.."
(18:46)

Dulu sy pelik sgt, kenapa ustaz suka baca ayat ni eh? smpai sy pun naik hafal. Tak tau la org lain perasan ke tak. Tapi sy memang perasan sgt. Ustz baca dgn nada yg amat sayu terutama time solat subuh. Skrg baru sy faham, mungkin dia sedang diuji atau rasa sgt teruji dgn kehadiran isteri dan anak-anak. Sehingga kerap kali dia mengingatkan diri dia melalui ayat ini. Dan bukan ayat ni saja, banyak lagi ayat2 peringatan antaranya:

"Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka, dalam keadaan kafir. ."
(9:85)

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).."
(3:14)

"Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.."
(8:28)

"Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi.."
(63:9)

"Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.."
(64:15)

Jelas dan terang maksudnya. Tak perlu dihurai satu persatu bagi seseorang yg bergelar da'ie. Ingat..tak semua mcm tu. Hanya segelintir sahaja kot. Peringatan ni sbenarnya sy tujukan buat diri sy sendiri. Walaupun belum pasti bila akan tiba masanya, ataupun mungkin takkan tiba krn ajal yg bakal menjemput bila2 masa, tapi sy tetap nak mengingatkan diri sy. Sy tak nak proses tarbiyyah dan da'wah ni jadi suram je satu masa nanti. Dan yang paling sy tak nak, jika sy lah salah seorang penyumbang kepada kekelaman dan kesuraman tersebut. Tiba-tiba jadi risau.. Ya Allah, jangan sekali-kali Kau jadikan aku seorang hamba yg memberi peringatan, tapi tidak dijadikan amalan untuk dirinya sendiri..aminn..

Sy mohon maaf andai ada yg terasa hati dgn penulisan sy kali ni. Seperti yg sy cakapkan tadi, sy hanya ingin mengingatkan diri sy sendiri agar tak lalai dgn kehidupan dunia yg penuh tipudaya ini.. Doakan moga kita semua terus tsabat dijalan yg haq dan ikhlas berjihad utk deen ini. Amin..


Me: Yea..puasa dah! best3!! Moga jadi ramadhan yg terbaik dari yg sebelumnya..

Sunday, August 24, 2008

Penawar

Salam'alayk...


Hmm.. hari jumaat tu sy terlambat ke Al-Amin. Patutnya kena dtg awal sbb sy yg bawak laptop. Tp ntah mcm mane, timing lari plak.. bile smpai je, tgk xde org lg. Pak long sorang je tgh angkat2 barang. Bila paklong nampak je sy kt pintu tu, terus dia ckp.. "eh damia.. damai hati paklong.." haha.. cm lawak je ayat tu. sbenarnya saje je tu nak mengaitkan nama sy dgn nama bilik damai kt pejabat jim tuh. dari hari tu lg, dorang ni tak abes2.. tak lama pastu kak nina pun dtg. Tak nak cerita pasal kbm buat masa ni. Utk kbm pewaris, nnt korang boleh baca reportnya di blog kbm kL.


Pagi td sy ke masjid, sbb ada program palestin n kesihatan kat c2. Hmm.. knape cm xtau nk tulis ape ni? padahal byk je yg boleh dijadikan pengajaran. Actly, sy tgh pening sgt2. pas balik dr masjid tadi terus ke rumah atok. Atok buat kenduri nk smbut ramadan. Memang setiap tahun atok xpnah miss kenduri ramadan ni. Lgpun kami semua mmg dah sedia mklum yg atok mmg sgt suke buat kenduri or mcm2 majlis la kt umah die. Bknnye nak meraikan sgt, tp lebih kepada nak kumpulkan anak2 n cucu-cicit dia. Kami tau atok sgt boring duk kt umah tu wlpun acu n family tinggal skali ngn dia. Dia suka bila ramai2 ade kt umah tu. tp bile kami ramai2 dtg, pastu mstila bdk2 kcik ni akan lari2, jerit2 n sepah2kan barang, then cnfirm kena marah. Tadi masa kenduri tak ramai spupu yg dtg. jmputan rmai la. spupu sepapat smua sibuk dgn hal masing2. bila ade kenduri besar2 je baru semua akan dtg.


Tadi sy balik awal sbb mama cm biase nak borak2 dulu n dah tau msti akan lmbt. Lgpun balik jalan kaki je. kire2 dlm 300m la kot dr umah. hujan renyai2 n makin lama bertambah lebat. Alhamdulillah sempat sampai umah. Tiba2 pening kepala yg teramat sgt. mungkin sbb kena hujan td. Tiap kali sakit kepala, sy akn letakkan tgn kanan diatas ubun-ubun kepala dan baca,

..ayat yg ke 19 dlm surah al-waqi'ah berulang-ulang kali. Sy bukan pandai sgt bab2 perubatan islam ni, tp ilmu ni sy dpt dr ustaz kamarudin dulu masa dia tgh merawat shbt sy yg migrain. Sy pun tiru la. Tp seeloknya baca dr awal surah dan sampailah pd ayat yg ke-19 ni, bace byk kali (kalau xsilap 40x) n sambung hingga akhir ayat. Yang penting niat n yakin dgn bantuan n kekuasaan Allah yg memberi kesembuhan.

Byk jgk la doa2 lain dr Al-Quran yg sy belajar utk menyembuhkan sakit2 tertentu mcm sakit gigi, lepas bersalin..hehe, dan lain2. tp tak semua yg sy ingt sbb ustaz bgtau spontan je. kadang2 tengah bincang pasal persatuan, tiba2 bleh masuk pasal perubatan ni. Ustaz kamarudin mmg pengamal perubatan islam kt kampus kami. kalau ade yg sakit2 cm kene gangguan tu, org akan pggil dia la utk bantu. Kadang2 ustaz sibuk n kena balik kampung selalu utk mengubat org kt sane, then kami la yg kena handle. Sbb tu dia ajar sikit2 cara yg basic utk merawat org yg kena gangguan. Ustz ckp, prempuan susah sikit nk belajar benda2 ni. bukan lambt pick up. tp ade mslh lain. kalau xkuat boleh kena kt diri sendiri sbb pmpn ada masa2nya kotor. so, makhluk2 ni mudah nak masuk. mlainkan kte btl2 kuat n sentiasa dekat dgn Allah. tp masa tu sy tetap nk blajar sbb sy rasa b'keperluan utk belajar ilmu ni. lgpun kerap sgt terjadi kt kolej sy n kolej sbelah. mgkin sbb kami duk kolej lama kot n mcm2 peristiwa yg pnah jd kt kolej tu dulu.


Bila ckp ttg ni, sy teringat kt sorang classmate sy merangkap kolejmate sy dulu. Masa tu sy baru tahun pertama disana. Sy xingat mcm mana start pyakit dia ni dtg, tp yg sy ingat, 1 hari tu masa kami kt class bel (sbject englsh), sy duk depan skali n kwn sy ni duk blkg sy. tgh syok2 sir tu ngajar, tiba2 kwn sy dok tarik2 krusi sy. sy pun tnye la knape? dia ckp bende tu dah datang, ade org tengok dia n mcm2 la. sy suruh dia baca al-fatihah n ayat kursi sbb masa tu sy mmg xblh nk buat ape. then die tarik2 lagi krusi sy n ckp lg benda yg sama dan kali ni our lcturer perasan. " Yes, nurul damia?" huh, senak jgk la perut mase tu. tiba2 kena tegur. dgn nama penuh plk tu. " err, sir.. toilet please?" tiba2 ayat tu plk yg t'kluar. then die senyum n anggukkn kepala. sy terus bangun n kwn sy tu ikut skali. die mintak izin nk kluar jgk.


Elok2 je kami keluar dr pintu tu, die terus genggam tgn sy kuat2 dan terduduk kt lantai koridor tu. slamat class kat tingkat atas skali. xde org prasan. sy dah nampak muka die makin berubah. mata dia jd merah. sy pegang tgn dia dan lg sbelah sy letakkan atas kepala dia. sy pun baca la ape2 yg patut. then smpai ayat2 tertentu, dia jd tak terkawal. sy cuba tahan dia dan teruskan bacaan. sampailah 1 tahap, bila dia jd terlalu kuat pd sy. sy tak mampu nak tahan memandangkan fizikalnya yg agak besar dr sy. dia hantuk2kan kepalanya sekuat hati ke dinding dan sy cuba tahan dgn tangan, tp lama k
elamaan sy tak mampu dan tgn sy sedikit luka. mungkin hentakan tu terlalu kuat sehingga lcturer kami yg kat dlm class tu keluar dan tengok ape yg terjadi. dia sgt terkejut. then, semua keluar bila sir mintak yg lain bantu sy.

Keadaan jd bertambah teruk bila dia mula menendang2 dan menyepak2 kami. beberapa kali jgk la sy terduduk oleh krn kerana tendangannya yg seperti tendangan penalti tu. tgh syok2 tendang sy tu, tiba2 sempat lg tu die pggil nama sy n ckp yg bukan2. "mia, dia nk datang sini mia.. tolongla, suruh die pegi!! mia, cakap ngn die, die nak ape lg? pergi!! pergi!!" skali lg tendangan maut dia menerpaku.. dia mcm separuh sedar masa tu. org lain sme cm pelik, amende yg die ckp? sbnrnye b4 tu die ada cite ngn sy psl benda yg ganggu dia tu. n ade gak cite yg sy rase cm bukan die je yg cite mase tu, sbb pelik bebenor. yg cm lawaknya masa tu, tiba2 nurse dtg bwk stretcher! bukannya dia terseliuh kaki ataupun injured masa bersukan atau lain2 kecederaan yg sewaktu dgnnya, tp dia kena gangguan makhluk halus yg tak boleh dirawat dgn ubat2an moden.(ke dah ade rawatan moden utk pnykit ni?sy xtau).. nurse tu
tnye, kenape? sy ckp la bla..bla..bla.. then dia ckp, " laa, awat xpanggil ustaz je? kmi nak buat ape sakit cmni.." rupa2nya sir yg call Penawar (nama klinik uitmj). msti tgh panic sgt masa tu, tak tau nk buat ape. sblm tu sy dh call ustz n dia on d way..

Lepas kejadian tu, byk kali jgk sakit dia dtg balik terutama masa di kolej n malam2. Kadang2 masa sy kt masjid pn akak bilik dia call, mintak dtg bilik dorang cepat. Sy pun pelik, kenapa call sy, sy bukan tau ape sgt pun. tp akk tu ckp dia asyik sebut2 nama sy je.. Ya Allah, meremang jgk la dgr masa tu. tp masa2 mcm ni mmg kte kne lbh kuat n b'gantung spenuhnya pd Allah. Bukan tak percaya pd makhluk2 tu, tp perlu yakin n percaya bahawa ada yg lebih kuat dan berkuasa dari mereka. Sy selalu balik bilik lewat malam. Akak2 bilik sy smua tahu pasal benda ni sbb kat kolej tu cm kecoh jgk la. tiap kali jd je, msti dorg pasang ayat Quran kuat2 kt bilik. Kalau x, pasang lagu2 je yg kuat. Alhamdulillah, ada hikmah
terjadinya musibah ni.

Tapi yg tak best tu, tiap kali sy pg tgk org sakit, tak kira la classmate sy tu ataupun org lain, msti dorg akan kunci pintu. Waaa!! ade skali tu sy terlupa nak bwk kunci masa pg masjid. then balik je kwn sy sakit. dlm kul 2 ke 3 lbh tah baru balik bilik. tgk2 bilik dh kunci. kunci pn xde. terpakse la ganggu dorang jgk dgn mengetuk pintu tu. lame la jgk.. bagi salam sme. then baru bukak. Esok paginya, dorg ckp, "sori sbb kunci, ingat mia bwk kunci bilik p msjid. ktorang takut nnt tibe2 bdk tu datang ke cari mia kt sini. tak pasal2 je.." Huh, smpai cmtu dorang fikir. penah jgk 1 of them ckp, cm tak
suka sy pg kt bilik bdk2 yg sakit tu sbb nnt mane tau benda tu ikut sy smpai kt bilik.. Astaghfirullahal 'azim.. sy diam je masa tu. mls nk ckp ape, sbb dorg tu lg byk ilmu Islam yg dorang tau lebih berganda2 dr sy. Masing2 dr skolah agama. sy skolah biasa je. mmg skolah bukn alasan. tp hakikatnya masih byk lg yg sy tak tahu berbanding dorang. tp kenapa byk yg... hmm..mls la nak ckp. semua org tahu. benda yg berulang2 kali di pertikaikan. tak perlu kot ulang lagi. Masing2 ade kelemahan. Even sy pun, terlalu bykkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.... tak terhitung.. tp apa yg sy tahu, sy tetap sygkan mereka krn Allah.. miss them!

Ingatan utk diri:--->

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan..
(As-Saff: 2-3)