Photobucket

Tuesday, June 22, 2010

Surat protes kepada Arsenal


Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk kempen boikot terhadap zionis Israel, salah satunya seperti yang dilakukan gadis cilik dari Palestin ini.

Fatima Zahra, puteri Palestin yang baru berusia tujuh tahun menulis surat kepada para pegawai kelab bola sepak Inggeris Arsenal. Dalam surat pendeknya tersebut, Fatimah Zahra mengecam perilaku zionis Israel yang telah membunuh anak-anak Palestin.

"Israel telah membunuh anak-anak Palestin yang sedang bermain bola ... mengapa anda menyokong Israel?" tanyanya dalam surat yang ditujukan kepada kelab bola sepak Inggeris terkenal Arsenal.

Dalam surat yang dimuat oleh tapak Boycott Israel (inminds.co.uk) itu, Fatima menyatakan bahawa dirinya adalah fans Arsenal, tetapi memutuskan untuk tidak menyukai pasukan bola sepak itu kerana Arsenal menyokong Israel.

Di akhir suratnya, dia menulis "Arsenal is the best" tetapi dicoret. Dengan cara itu Fatima ingin menunjukkan kebenciannya terhadap semua institusi penyokong rejim Zionis.

Kelab bola sepak Arsenal sendiri baru saja menandatangi kesepakatan (26 Februari) untuk mempromosikan Israel sebagai destinasi pelancongan.

Dengan nilai kontrak perjanjian sebanyak 350,000 poundsterling Arsenal rasmi menjadi salah satu alat bagi Israel untuk mempromosikan destinasi pelancongan eksklusif ke wilayah Israel.


Source : ERAMUSLIM


2 comments:

-sha- said...

hahah budak ini memang brilliant!
sukaa!

::Damia:: said...

mcm akk kot..huhu
suke gak!