Photobucket

Monday, June 21, 2010

Ikhlas tapi jauh..


Bismillahirrahmanirrahim..


Selepas berbual panjang dengan seorang sahabat, aku terdiam. Kelu tanpa kata. Fikiran melayang-layang entah kemana. Bermacam-macam perkara yang seakan-akan masuk dan beratur menunggu giliran untuk difikirkan.

ok, enough!

Walau apa pun terjadi, aku tetap aku. Memegang prinsip yang sama. Selagi tak bertentangan dengan syari'at. No one can change it! No one can influence me n nobody can stop me!

Biarkan Allah yang menilai. Kerana kehebatan dan kebagusan yang Dia nilai itu lebih bermakna dari kebagusan dan kehebatan dalam nilaian seorang manusia.

Wahai diri, bercerminlah pada peribadi seorang sahabat Rasululllah saw, Handzalah bin Rabi’ Al-Usaidi r.a. Pernah beliau mengatakan kepada dirinya,

"Nafaqo Handzalah! Telah munafik kamu Handzalah!"

Padahal beliau antara sahabat yang sangat dekat dengan Rasulullah saw. Apa yang membuatkan dirinya berkata demikian? Bila ditanya oleh Rasulullah saw, beliau menjawab dengan penuh kejujuran.

Handzalah merasakan bahawa iman yang dimilikinya terasa kuat saat beliau berada dekat dengan Rasulullah saw. Seakan ia menatap syurga dan neraka didepan matanya. Namun ketika kembali sibuk dengan keluarga dan urusan duniawinya, dia merasakan kondisi dirinya sangat berubah.

Subhanallah! begitu peka dan sensitifnya para sahabat terhadap kondisi diri dan hati mereka. Lalu apa yang harus aku ungkapkan untuk keadaan diriku? Adakah seperti yang diungkapkan oleh Handzalah? atau lebih teruk dan buruk dari itu?

Wahai diriku….

Bukankah kamu juga telah mengenal siapa dirimu? Yang lebih banyak sibuk dengan dunia? Diri yang lemah dalam beribadah, terkadang merasa berat berkorban untuk taat? Diri yang banyak bicara dan sedikit bekerja? Terkadang tanpa sedar, bekerja untuk mengharapkan 'sesuatu' dari pandangan manusia? Lalu apakah kamu masih terus melakukan hal itu sedangkan Allah SWT telah menegurmu?

”Aradhitum bil hayatiddunya minal akhirah? "
"Apakah kalian lebih menyenangi dunia daripada akhirat?” [9:38]
Astagfirullah!

Jangan kerana 'sesuatu', kamu menjadi bersemangat untuk membuat dan mengerjakan itu dan ini. Namun saat kamu kehilangan 'sesuatu', pudarlah segala hamasah pada amal dan pengorbanan itu.

Maka, tidak seharusnya kamu terpengaruh dengan bait-bait ungkapan manusia yang memuji-muji kehebatanmu. Tidak perlu kamu selitkan pengharapan untuk membuat sesuatu agar "dilihat" manusia seluruhnya sehingga berbakul-bakul pujian melimpah terhadapmu. Cukup hanya Allah yang melihat. Andai Dia melihat segala amalan yang kamu lakukan walau sekecil zarah sekalipun, itu sudah cukup bererti daripada manusia melihat kamu telah mengorbankan segunung tenaga dan upayamu demi agama.

Nilaian Allah lebih mahal harganya dari dunia dan segala isinya.

Jangan dicemari keikhlasanmu itu..

Ya Allah, letakkan dunia ini ditanganku, bukan sekali-kali dihatiku. Moga redhaMu sentiasa bersamaku.. Amin Ya Robb..


0 comments: