"Mia, bile ko nak jadi ustazah ni?"
Soalan yang tiba-tiba muncul dari seorang rakan sekolah saya ketika bertemu beliau di sebuah pasaraya petang tadi. Agak terkejut dengan soalan tersebut, sementara cuba berlagak 'cool' dan terus menjawab..
"Eh, aku memang dah jadi ustazah pun sekarang, ko tak tau lagi eh?"
Terhambur gelak tawa dari kami berdua. Mungkin pada pemahaman beliau itu hanya sekadar gurauan semata-mata, namun hakikatnya itulah yang saya maksudkan.
Memang 'ustazah' atau guru agama adalah salah satu di antara cita-cita saya suatu masa dahulu. Namun terpaksa saya kuburkan hasrat tersebut lantaran tidak berkelayakkan untuk menyambung dalam bidang agama. Dan saya sendiri secara peribadi merasa kurang layak untuk memegang 'title' itu.
Ustaz/ah atau murobbi?
Sejak 'diperkenalkan' dengan dunia tarbiyah dan dakwah ini, saya mula menjadi seorang yang berfikiran kritikal tentang perkara-perkara yang saya rasakan penting dalam hidup ini. Dulu jika saya pernah 'bermimpi' untuk menjadi seorang ustazah, hari ini secara tidak langsung sebenarnya saya sudahpun menggalasnya. Mungkin ada yang sedikit kehairanan, bagaimana pula seorang penuntut jurusan sains hayat atau lebih spesifiknya sistem maklumat boleh bergelar seorang ustazah? Sedangkan rutin hariannya lebih banyak 'berkomunikasi' dengan makhluk canggih bernama komputer bahkan dalam masa yang sama masih bergelar seorang pelajar. Bagaimana pula dalam masa yang sama seorang pelajar boleh menjadi pengajar? Oh, saya sangat berharap saya bukan sekadar pengajar bahkan berjaya menjadi seorang pendidik.
Apa bezanya pengajar dan pendidik? murobbi dan ustaz/ah? Jika dilihat dari zahirnya kelihatan kedua profession ini seakan-akan sama. Keduanya memberi ilmu pada anak didik mereka. Namun terdapat 'sesuatu' nilai yang membezakan keduanya. Guru, ustaz, ustazah, teacher, lecturer atau segala nama yang seangkatan dengannya, tugas hakiki mereka adalah untuk memberi ilmu kepada para pelajar. Memberitahu serta mengajar sesuatu yang tidak mereka ketahui dan adakalanya membimbing mereka untuk mencapai kejayaan didalam pelajaran. Maaf, mungkin agak keduniaan disitu. Kerana matlamatnya adalah untuk jangka masa pendek. Tapi hakikatnya tugas ini juga adalah tugas yang mulia.
Bagaimana pula dengan pendidik atau murobbi? Mereka juga menjalankan tanggungjawab yang sama dengan guru, namun yang membezakannya adalah pendidik mendidik serta membimbing anak didiknya mengenal Allah dengan elemen 'hati' iaitu kasih sayang. Tugasnya bukan sekadar di tadika, sekolah mahupun universiti bahkan dimana-mana sahaja dan berkuatkuasa sehingga ke akhir hayat. Tiada istilah 'pencen' atau 'bersara' untuk seorang pendidik. Beza bukan? Seorang pendidik atau murobbi seharusnya mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi terhadap anak didiknya kerana itulah tunjang utama kejayaan sang murobbi dan sang mutarobbi dalam mencapai matlamat sementara di dunia dan matlamat yang berkekalan di akhirat. Keterikatan hati antara keduanya membuatkan proses pendidikan (tarbiyyah) ini berlansung sampai bila-bila.
Secara jelasnya kita dapat membezakan siapa yang dikatakan pengajar dan siapa pula yang dikatakan pendidik. Maka boleh saya katakan disini pendidik atau murobbi itu adalah seorang naqib/ah atau mungkin juga seorang yang bekerja sebagai guru. Sesiapa sahaja mampu dan boleh bergelar murobbi, tidak kira atas jawatan apapun yang mereka sandang ketika ini namun haruslah memenuhi kriteria yang sepatutnya ada pada seorang murobbi. Tidak mustahil seorang murobbi itu juga adalah seorang pelajar. Proses pembelajaran tidak akan pernah terhenti dan habis pada tahap-tahap tertentu. Ia berlangsung sepanjang hidup kita. Kesimpulannya, semua murobbi adalah guru namun tidak semua guru adalah murobbi.
Oleh kerana itu saya menjawab dengan jawapan yang sedemikian atas soalan rakan saya tadi. Saya yakin saya telah menjadi seorang pengajar, tapi masih berusaha menjadi seorang pendidik yang baik. Bila direnung kembali masa-masa yang telah saya lalui beberapa tahun lepas, baru saya perasan yang saya sebenarnya memang pernah menjadi seorang ustazah. Mengajar subjek agama pada anak-anak kecil yang baru mula mengenal dunia. Mungkin panggilannya sahaja yang berbeza. Saat itu saya digelar 'muallimah' kata nama seerti dengan ustazah dalam bahasa arab. Maka mimpi saya sudahpun menjadi kenyataan! Subhanallah walhamdulillah! Bahkan kini Allah beri peluang untuk saya dapatkan gelaran yang lebih mulia dari itu setelah saya berhenti mengajar disekolah tersebut.
Kini sedang berusaha untuk menjadi murobbi yang sukses fiddunya wal akhirah dan ingin terus mencipta mimpi-mimpi baru. Moga menjadi kenyataan dan lebih baik mengikut rencana-Nya.. Ameen!
Doakan saya.. ^_^
Allahu A'lam..
p/s: Sesi melepas rindu pada blog.. terlalu byk yg ingin diceritakan, tp yg utama itu lebih byk saat ini..
2 comments:
jadila ustazah....senang dpt jodoh.
oo yeah?
actly, it's not my aim.
ada benda yg lbh besar n penting dr tu..
^_^
Post a Comment