“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua-dua ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(Riwayat al-Bukhari)
By ::Damia:: at 9:38 PM 0 comments
Labels: Video

By ::Damia:: at 3:35 PM 0 comments
Salam'alayk...


By ::Damia:: at 6:30 PM 0 comments
Labels: Bicara Qalb, muhasabah, Sahabat
Kebobrokan undang-indang yang dicatur makhluk jelas terbukti. Pengadilan terhadap penjenayah besar ini tidak dilaksanakan dengan betul. Berperisaikan dalihan am sebagai ”gila”, Micheal terlepas dari tuduhan jenayah itu. Dia tidak lagi dipertanggungjawabkan atas tindakannya. Micheal kononnya mendakwa bahawa dia telah diutuskan oleh Allah Ta’ala untuk membakar masjid Al-Aqsa, berdasarkan berita yang dikhabarkan dari Kitab Zakaria.
Saban hari rakyat Palestin dibunuh oleh orang-orang Israel. Sampai bilakah kezaliman ini akan terus berlaku?
KAMI CINTAKAN MASJID AL-AQSA
KAMI CINTA KEAMANAN
KAMI BENCI KEZALIMAN
KAMI MENGUTUK KEZALIMAN ISRAEL BESERTA SEKUTUNYA!!

By ::Damia:: at 8:48 AM 0 comments
Labels: isu semasa, ROQ
CERAMAH & TAYANGAN
MULTIMEDIA
NAKBA DI PALESTIN
PENDERITAAN, PEMBELAAN & PENGAJARAN
Dirasmikan oleh
YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali
EXCO Kerajaan Negeri Selangor / ADUN Gombak Setia
Penceramah
Tuan Hj Ridzuan Harun
AJK PACE (
Pengurus Kanan, ICT, TNB
Pada
24 Ogos 2008 (Ahad)
Masa
8.00am – 10am
Tempat
Masjid Zakaria, Batu 8 ½ Jln Gombak, Gombak Utara.
Anjuran
AJK Masjid Zakaria, Lembaga Zakat Selangor,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak,
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia
Jamaah Islah Malaysia (JIM) Daerah Gombak.
Maklumat Lanjut Hubungi
AJK Masjid Zakaria
Salman Sirat 0162649104
Wan Muhammad Hamka 0193172725
Ada kutipan untuk Tabung Palestin dan jualan buku, makanan,
CD & jumble sale.
SEMUA DIJEMPUT HADIR
By ::Damia:: at 1:55 AM 0 comments
Labels: advertisement, ROQ
Bismillahirrahmanirraheem..
Alhamdulillah, hujung minggu lepas sy telah diberi kesempatan utk berKBM di bukit unggul, bangi, seperti yg sy ceritakan dlm post yg sblm ni. Yeehaa!! sy dpt jd peserta perempuan yg pertama skali smpai..he2, tu pun nak kecoh! Tengah daftar kt meja luar tu tiba2 dengar suara.. "mane aci ni.. tak boleh..tak boleh.. die dah tahu program!" seseorang bersuara. Suara yg amat ku kenali.. toleh je kt dlm dewan tu tengok amin mokri tgh buat muke. Huh, dah agak dah! tp cm terkejut la jgk, cmne bdk kcik ni boleh ade kt sini. tp xmustahil pun sbb prgram ni paklang yg handle. pastu abg bai pun ckp bende yg sama. lalala..malas layan. tak kire ape dorang nk ckp, yg penting sy tetap nk jd peserta kali ni. Then Allah temukan dgn sorang adik ni. Intan dr kptm bangi. Huu~ sgt seronok ber 3s dengan dia! walaupun baru kenal, tp rasa cm dah lama je. then bila masuk group tu kami terpisah.. tp xpe, ada hikmahnya n akan bertambah luas la jaringan ukhwah kami! dapat grup ngn lagi 5 org akak2 yg sangat best! kak yati, kak nur, kak rehan, kak ina n kak fatimah yg slalu sy jmpe time program2 karisma tp xsempat lg nk bermu'ayasyah ngn dia.. Alhamdulillah, prgram ni telah merapat dan menyatukan hati2 kami. Yang paling bahagia sy rasa bila dpt grup ngan akak2 ni secara automatiknya sy akan jd adik!huhu.. dah lame sgt xmerasa jd adik.best2!
Petang tu kami ada prgram outdoor. Tasknya lebih kurang mcm kbm ipt kat TIV hari tu, tp sy rasa agak mencabar sbb something happen 2 our grup.. kalau kt TIV dlu kami perlu bwk batu tu redah arus sungai sy sgt deras, tp kali ni kami kena bwk batu2 tu mendaki dan menuruni bukit. Setiap org dpt 7 plastik n didarabkan dgn 6 org 1 grup, maka jadilah 42 plastik kesemuanya. penuh diisi dgn batu. smpai checkpoint b4 naik bukit tu, patutnya kami kena buang 5 plastik seorang. maksudnya akan tinggal 12 plastik je dlm grup kami tu. tapi entah mcm mana, kami mendapat arahan yg salah dr fasi. huhu..biasela manusia mmg xlepas dr mlakukan kesilapan teknikal. Arahan utk kmpulan kami.. perlu buang 5 plastik je utk 1 kumpulan. maka dgn penuh sami'na wa atho'na, kami pun mengusung baki yg sebanyak 37 plastik yg berisi batu tu mendaki bukit. Baru setengah jalan dah rasa mcm tak larat sgt. Nak kata bukit tu tinggi n curam sgt xdela pun, sbb sy pernah naik bukit yg berkali2 ganda lebih tinggi n curam dari tu. tapi disebabkan batu2 yg kami bawa tu kot buat kami rasa cepat penat. Pastu ade pulak 1 grup lelaki kat blkg. tgh menunggu2 nak potong kami. then oleh krn dh tak mampu sgt kami pun berhenti dulu kat tepi n bagi laluan pd grup laki tu. tgk dorang naik dgn relax dan semangatnya. cuba berbaik sangka. dlm fikiran, "hmm..biaselah, lelaki kan kuat.." tp tiba2 mata teralih kearah kayu yg mereka guna utk membawa plastik2 batu tu. Eh, apesal batu dorang sikit? pastu byk pulak plastik kosong yg dorang sangkut kt c2? peliknye! Hati2 kami mula curiga. takpe2, teruskan jugak perjalanan. Dibantu oleh fasi kami (kak roszairin) yg sentiasa n xjemu2 bg support walaupun die xboleh tolong bwkkan skali.
Pagi tu bangun dgn semangatnya! kt bilik kecoh dgn cite mlm td.. hehe, sian akk tu. malu die.. pghujung program tu baru perasan yg kali ni xde slot inteam. mungkin hikmah tiadanya sahabat2 rapat yg dpt bersama dgn sy. pnutup tu ade sharing..cm biasa. arul n mad bangun utk share. rmai yg terkesan. paklang mintak semua esp ahli grup dorg bg support n follow up adik2 ni. mereka insyaAllah betul2 nak berubah. blk tu tumpang kak sham n kak yati. dorg nk balik mindef. sy tumpg smpai putra setiawangsa.
Balik umah, rasa smcm je. bdn sgt lemah. selsema, batuk, sakit kepala n sakit2 tulang pun terasa. Alhamdulillah.. syukur setelah sekian lama diberi nikmat kesihatan, kali ni Allah uji dgn kesakitan. baru terasa betapa kasihnya Dia pd diri ni. ujian pengkifarah dosa. dulu masa sihat sy selalu terfikir, mcm mana dosa2 sy akan terhapus, amalan xbyk, belum tentu lg diterima semua tu, dosa semakin hari semakin bertambah, kalau xde peringatan dr Allah, sy bimbang sy akn terus menerus dlm keadaan lalai mcm ni. Alhamdulillah sekali lagi, Allah masih sygkn sy. diberi kesakitan supaya sy lebih dekat dan rapat dgnNya, mengadu padanya, dan bergantung harap sepenuhnya hanya pada Dia.. Dlm keadaan tak larat sgt ni tiba2 mama, abah n my fmily decide nak blk kampung sbb ada hal ape tah. ok, xnak ikut. cm biase. tp ma ckp kne ikut jgk sbb sy kne sign surat ape tah. sbg saksi kot, berkaitan ngn tanah. malas nk tnya detail, sbb xlarat. then blk la jgk mlm isnin tu.By ::Damia:: at 12:53 AM 0 comments
Labels: KBM
Ya Allah, tunjukilah daku akan hikmah atas setiap ketentuanMu ini, agar aku kembali tenang dan redho dengan takdirMu buatku.. Ameen Ya Robb..
By ::Damia:: at 1:10 AM 4 comments
Labels: Bicara Qalb, KBM, Sahabat
Namun peristiwa semalam (Selasa 12 Ogos) amat menarik untuk diperhalusi dimana lebih 5000 mahasiswa UiTM berdemonstrasi di hadapan Bangunan Setuausaha Kerajaan Selangor (SUK) bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka 10 peratus kuota kemasukan UiTM kepada bukan bumiputera.
Sebelum ini umum mendengar laporan bahawa pernah beberapa orang mahasiswa universiti berkenaan diambil tindakan berikutan menyertai himpunan aman anjuran persatuan-persatuan mahasiswa.
Sebagai contoh, seorang mahasiswa UiTM Shah Alam, Herman Sanuddin pernah ditahan polis dalam himpunan aman di hadapan Masjid Negara pada tahun 2000 bagi membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalamdan Negeri (ISA).
Berikutan itu, Herman digantung pengajiannya hingga kini meskipun ketika digantung, pelajar terbabit belum pun dibuktikan bersalah di mahkamah atas dakwaan menyertai perhimpunan aman.
Ketika itu UiTM ditadbir oleh Naib Canselornya yang cukup popular, Ibrahim Abu Shah yang juga dikenali sebagai penyokong Umno. Malang sekali, kali ini dengan bukti yang kukuh, dengan gambar yang cukup jelas, 5000 mahasiswa yang berhimpun di hadapan SUK semalam tidak pun diambil tindakan oleh universiti yang ditadbir Ibrahim Abu Shah. Jauh sekali kata-kata amaran dikeluarkan UiTM kepada pelajarnya untuk menghalang dari menyertai himpunan aman tersebut.
Cukup terbuka dan cukup bebas nampaknya Ibrahim Abu Shah kali ini, membiarkan mahasiswa UiTM berdemonstrasi sedangkan sebelum ini beliau begitu anti kepada kelompok yang berdemonstrasi. Apakah yang tersirat di sebalik keterbukaan Ibrahim Abu Shah kali ini atau sebenarnya ada pihak yang 'menyalakan api' supaya mahasiswa-mahasiswa ini berdemontrasi tanpa memikirkan siapa dibelakang tabir peristiwa bersejarah ini.
Umum mengetahui, sejarah-sejarah penglibatan mahasiswa dalam himpunan-himpunan aman banyak berkisarkan kepada gerakan yang dibawa daripada beberapa universiti terkemuka antaranya Universiti Malaya (UM); Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sekitar tahun 1998 hingga 2001, ramai pelajar dari UM, UKM dan UIAM ditahan kerana menyertai dan menganjurkan himpunan aman membantah dasar-dasar kerajaan ketika itu. Namun, jarang sekali kita mendengar kelompok pelajar UiTM menyertai himpunan aman, dan jika ada sekalipun hanyalah menjadi peserta dan bukan penganjur.
Amat pelik sekali isu yang dibantah berdasarkan kepada cadangan yang dikemukankan oleh Khalid yang hanya semata-mata cadangan tanpa boleh mengganggu dasar sedia ada UiTM yang ditetapkan oleh kerajaan pusat. Khalid sendiri tidak ada kuasa kerana beliau hanyalah Menteri Besar dan bukannya Menteri Pengajian Tinggi yang ada kuasa ke atas UiTM.
Atas dasar itulah, ramai tertanya mengapa kerajaan Selangor yang menjadi tumpuan mahasiswa UiTM berhimpun di hadapan SUK membantah cadangan Khalid sedangkan MB Selangor itu tiada kuasa dalam menentukan dasar universiti berkenaan. Mulalah akhbar arus perdana melaporkan kenyataan-kenyataan yang mengecam Khalid kononnya MB Selangor itu tidak memperjuangkan hak orang Melayu dengan cadangan ini, sedangkan beberapa tahun lalu cadangan yang sama pernah dikemukankan oleh kerajaan Umno-BN sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
Apakah Umno ketika itu 'prihatin' kepada orang Melayu/bumiputera dengan cadangan itu? Mungkin ramai yang tidak menyokong cadangan Khalid, namun amat pelik sekali apabila isu ini sengaja diperbesarkan dalam media sedangkan cadangan Khalid tidak akan menjadi barah kepada kerajaan pusat untuk mengubah dasar UiTM. Dalam hal ini boleh dianggap bahawa himpunan yang dibuat seperti 'seorang doktor yang merawat pesakitnya yang demam, namun ubat yang diberikan ialah ubat kencing manis'.
Siapa di belakang pelajar ini mungkin persoalan ini boleh dilontarkan kepada Ibrahim Abu Shah sendiri yang hingga kini tidak membuat sebarang kenyataan berhubung tindakan pelajar berhimpun. Mungkin himpunan sebegini nilainya diharuskan oleh Ibrahim atau Umno-BN merelakan himpunan sebegini kononnya demi kepentingan menjaga kepentingan Melayu. Satu persoalan yang perlu dijawab mahasiswa yang terbabit dengan himpunan, sejak bilakah Umno-BN menjadi benteng kepada hak dan kepentingan Melayu hingga gula-gula sedemikian termakan oleh mereka?
Sumber: Harakahdaily
~ Pejuang2 BANGSA di UiTM Segamat~
================================================================
Me: Erm, ade rupenye stdent uitm ni.. ingtkan masih dgn dunianya sendiri.. dah kena batang hidung sendiri barulah tersedar. Lepas ni boleh la sama2 kita demo utk Islam pulak ye. Jgn tahu pertahankan bangsa je.. Agama tu yg lagi penting..
---> SESUNGGUHNYA KEMULIAANKU HANYA PADA ISLAM <----
By ::Damia:: at 1:59 PM 6 comments
Labels: isu semasa, politik
Assalamu'alaykum..
Kali ni mari kita muhasabah balik diri kita yg bergelar pemuda ni. Adakah semua ciri2 ni sudah tersemat kukuh dlm hati kita dan telah kita jelmakan melalui perbuatan?? peringatan penting buat diri yg lemah ini.. Pemuda adalah harapan setiap bangsa utk mengembalikan keagungan mereka..
Pemuda Islam perlulah:
Tugas kita:
• Menceritakan hakikat Islam dengan jelas (teori)
• Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali)
• Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama (manhaj hidup)
• Berjuang terus hingga syahid!!
Slogan & keyakinan kita :
Titik kekuatan:
• Iman (8:65)
• Ukhuwwah (8:46)
• Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb) (8:60)
Program kita:
• Individu Muslim
• Rumahtangga Muslim
• Ummat Islam
• Kerajaan Islam
• Watan Islam (Tanahair)
• Menawan balik negeri Islam yang dirampas
• Menjadi pemerintah dunia (Ustaziyyatul 'Alam)
**Tak boleh pilih2 kerana semua perlu dicapai..
-----------------------------------
Me: Terasa byk sangat yg perlu diperbaiki.. ana teringat kata2 dr penulis buku "al-munthalaq" yg dibacakan oleh penceramah semasa ana mengikuti sebuah tamrin beberapa tahun lalu yang mengatakan, " Putera-puteri Islam kini telah diasuh dari seekor ANAK SINGA yg GARANG menjadi seekor KIJANG yg PENGECUT!" Ana petik sedikit ayat beliau yg menarik ini:
" Rancangan mereka telah benar-benar berjaya. Inilah mercu tanda perancangan kaum Yahudi dan Kristian. Mereka asuh anak anak singa Islam menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singa-singa Islam dari kalangan para ulama', ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam. Sistem pendidikan jahiliyah dan taghut Yahudi Kristian ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa
melarikan diri seboleh-bolehnya..! Inilah generasi baru dari putera-putera Islam…! Mereka itu adalah anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.." cuba
By ::Damia:: at 1:22 PM 0 comments
Salam'alayk..
Penyakit kemalasan yg melampau telah melanda diri ni..so xdpt la nk update blog dgn cerita2 best.. kali ni letak gambar je yg mampu.. sometimes, gmbar dpt menceritakn segalanya.. (hehe, alasan..)
By ::Damia:: at 3:09 PM 4 comments
Labels: gambar
Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi mu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.. (2:216)
By ::Damia:: at 10:44 AM 0 comments
By ::Damia:: at 5:31 PM 0 comments
By ::Damia:: at 2:46 AM 0 comments
~http://cahayakebajikan.blogspot.com~
::Nurul Damia Binti Md Zin::2008::