Photobucket

Sunday, September 6, 2009

Jagalah Diri Kau Dan Aku..

Apakah kita pernah mengalami malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau tidak merasakan kenikmatan ketika membaca Al Qur’an atau solat? Atau mungkin merasa susah untuk qiyamulail? Padahal jam loceng sudah dikunci, alarm hp juga sudah disetting. Tapi ketika berdering tetap lena dalam tidurnya. Tidak kedengaran langsung bunyi-bunyian itu dan akhirnya berhenti sendiri. Atau mungkin bangun dalam keadaan separuh sedar untuk mematikan alarm dan terus tidur semula. Padahal kebiasaannya dengan mudah kita boleh bangun. So.. Apa sudah terjadi dengan diri kita?

Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini seakan-akan berat ketika melantunkan ayat-ayat Al-Qur’an atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita pernah mengalami keganjalan, bercakap tidak lancar, ‘blank’ ketika presentation, mengajar atau ketika mengisi halaqah/pengajian meskipun sebelumnya sudah mempersiapkan pelbagai materi dan bahan-bahan? Ada apa dengan kita?

Jika hal-hal seperti itu terjadi pada diri kita, maka segeralah kita evaluasi diri. Kenapa sebenarnya dengan diri kita? Kondisi seperti ini jangan dibiarkan begitu saja, lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan. Seperti penyakit, kalau sudah ada simptom-simptomnya, perlu segera ke klinik untuk diperiksa oleh doktor dan makan ubat supaya tidak melarat dan segera sembuh. Begitu juga dengan ruhiyyah kita, kalau sudah ada simptom osteoporosis ruhiyah seperti ini maka segera kita mutaba'ah diri, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Mungkin banyak maksiat yang kita kerjakan hingga menghalangi amalan-amalan kita. Mungkin kita tidak dapat menjaga dari hal-hal yang makruh bahkan diharamkan oleh Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama-drama meskipun hanya satu atau dua jam. Kemungkinan besar pada malamnya kita akan susah untuk berqiyamulail. Mata kita akan susah untuk bangun, kalau bangun pun, solat kita pasti dengan mata yang mengantuk. Atau mungkin kita langsung tidak dapat bangun malam kerana siangnya mata kita tidak dijaga dari hal-hal yang tidak berguna bahkan mengandungi maksiat, akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah padaNya.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Mungkin kita susah bangun malam kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengarkan gosip atau muzik-muzik jahiliyah bahkan kadang-kadang sehingga terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian mendengar lagu-lagu sebegitu. Akhirnya pada malamnya telinga kita tidak dapat mendengar lagi bunyi deringan jam loceng atau alarm hp bahkan suara azan, Na’udzubillah.

Selain itu mulut juga tak kalah pentingnya untuk dijaga. Kerana mulut itu adalah anggota yang banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke dalam neraka, Na’udzubillah. Kerana mulut bisa menjadi sarana ghibah(umpat), fitnah, caci-maki, dsb. Menyebabkan ketidaklancaran kita sewaktu persentation, mengajar atau mengisi halaqah. Ini adalah kerana mulut ini telah bermaksiat sebelumnya. Padahal jika ruhiyyah kita 'fit' maka dengan mudahnya kita dapat berbicara, malahan terkadang mengalir begitu saja apa yang kita sampaikan dan dengan mudah kita dapat memberikan contoh-contoh dan penjelasan yang sebelumnya belum pernah kita fikirkan. Tiba-tiba saja muncul di fikiran kita. Itu semua kerana ilmu dan ilham dari Allah.

Seterusnya adalah hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu kita jaga. Hati ibarat pemimpin bagi organ tubuh yang lain. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat. Hati ibarat cermin, semakin banyak bermaksiat maka semakin banyak noda titik-titik hitam di cermin itu. Atau bahkan mungkin bukan lagi titik-titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang amat sukar untuk dibersihkan. Dan cermin itu juga pastinya tidak dapat digunakan lagi kerana sudah kelam. Begitu juga dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat maka semakin terbiasalah kita dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bergurau. Kita dibenarkan bergurau untuk mencairkan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah. Tapi perlu diperhatikan adab-adabnya. Perhatikan dengan siapa dan juga pastikan ianya tidak berlebih-lebihan. Apatah lagi antara ikhwah akhawat, hati-hati!

Mari merenung kembali diri kita, evaluasi diri, jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain dari kemaksiatan maka segeralah kita bermuhasabah. Tidak ada kata terlambat untuk sebuah kebaikan. Seharusnya kita merasa rugi jika tidak dapat melakukan qiyamulail meskipun hanya terlepas satu malam. Merasa sayang jika tidak dapat merasakan nikmatnya beribadah. Jika masih terdetik rasa rugi dan sayang itu, maka jagalah diri kita. Insya Allah, Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.


Sumber : Embun tarbiyah (alih bahasa)

0 comments: