Photobucket

Friday, September 4, 2009

Ziarah Mahabbah..

In The Name of Allah, Most Gracious and Merciful

Alhamdulillah, kerinduanku dibumi UiTM Segamat terubat seketika. Syukur atas aturan dan izin dari-Nya, dapat juga kami bergerak ke segamat minggu lepas. Bertolak dari shah alam sekitar jam 4 ptg dan tiba disana hampir jam 8 malam. Alhamdulillah, sempat berjemaah di masjid as-syakirin yg sangat2 dirindui. Walaupun fizikalnya dah banyak berubah, namun kenangan disana tetap terpahat kukuh dalam ingatan.

Hari berikutnya, agenda yang telah dirancang pun dimulakan sekitar jam 8.40 pagi. Daurah dimulakan dgn ucapan alu-aluan dan pengenalan dari Akh Asrul, mantan amer k-uitmj dan sedikit tayangan ringkas yang cukup mengesankan.

Tepat jam 9.00 pagi, Ust. Suhaimi membuka tirai Slot 1 dengan tajuk 'kepentingan tarbiyyah'. Pengisian yang cukup menarik bilamana ustaz cuba menyoroti sejarah silam saat kebangkitan dan kejatuhan umat Islam sehingga kini. Dilengkapi dengan video2 tambahan agar kami lebih jelas. Membuka mata!


Sekitar jam 10.30 pagi, slot 2 pula menyusul. Sedikit kupasan tentang Apa Ertinya Saya Menganut Islam dan 10 Ciri Syakhsiah Muslim (muwasofat tarbiyyah) oleh Ust. Narawi. Ustaz juga banyak mengeluarkan analogi-analogi menarik bagi menghubungkaitkan sesuatu perkara. Serta penekanan tentang perlunya ada dalam diri setiap muslim 10 ciri-ciri berikut:
  1. Aqidah yg sejahtera
  2. Ibadah yg sohih
  3. Akhlak yg mantap
  4. Berpengetahuan
  5. Sihat tubuh badan
  6. Mampu berdikari
  7. Bermujahadah
  8. Menjaga masa
  9. Tersusun urusannya
  10. Bermanfaat kepada orang lain

Slot 2 berakhir pada jam 11.30 pagi dan disambung dengan 1 sesi tayangan ringkas bagi menjelaskan lagi objektif daurah iaitu kepentingan tarbiyah dan apa peranan kita sebagai salah satu dari batu-bata dalam proses pembangunan serta peng'izzahan semula Deen ini.

Berehat sebentar untuk qoilulah, solat zuhur dan tadarus. Kemudian diteruskan dengan slot 3 iaitu tayangan filem sang murabbi untuk memperkenalkan kepada adik-adik ini satu 'dunia baru' yang mungkin tidak mereka ketahui sebelum ini. Seterusnya sedikit ulasan penutup serta video yang berkaitan. Diakhiri dengan sesi bersalaman antara semua peserta dan mantan-mantan pimpinan.

Alhamdulillah, segalanya Allah permudahkan. Tak terlintas langsung difikiran kami untuk bimbangkan soal kehadiran walaupun yang hadir hanya sekitar 18 orang. Kami percaya itulah insan-insan yang Allah pilih yang bakal menggalas tugas mulia ini. Dan sememangnya bukan mudah untuk memastikan kehadiran yang tinggi pada program-program tarbiyyah. Teringat saat kami menganjurkan KBM IPT di kersani 2 tahun lepas. Betapa peritnya usaha untuk mencari peserta. Pelbagai medium kami gunakan. Walaupun kebanyakkannya datang on-off dan bilangannya tidaklah seramai mana, tapi Alhamdulillah, ianya berjaya melahirkan insan-insan yang berkualiti yang telahpun menggantikan tempat kami sekarang.

Itulah hikmah besar disebalik kesusahan yang ditanggung sebelum ini. Ziarah kami ke segamat kali ini benar-benar bermakna. Kami dapat lihat cahaya Islam yang akan menyinar disana. Dan sentiasa diharapkan agar kita semua tidak pernah terlepas dari tapisan Allah untuk terus berada dijalan yang Haq. InsyaAllah, Ameen..


Belajarlah untuk ikhlas dan redha walaupun adakalanya sukar.



Yang sentiasa bersama kalian,

~ kMia ~

0 comments: