Photobucket

Saturday, October 31, 2009

Tarbiyyah Umpama Petrol

In The Name of Allah, Most Gracious and Merciful


Kenderaan bermotor dan bahan api tak dapat dipisahkan. Ada kenderaan bermotor menggunakan petrol, ada yang guna benzene, ada yang guna kerosene, ada juga yang guna NGV. Kenderaan hybrid terbaru menggunakan hydrogen sebagai bahan api. Bagi kereta biasa di Malaysia, bahan api yang popular adalah petrol tanpa plumbum RON 98. Walau apa pun bahan api yang digunakan, yang penting, ia diperlukan untuk menghidupkan enjin seterusnya menggerakkan kereta.

Jom kita ambil sedikit ibrah daripada kisah kereta Perodua Kancil dan minyak petrol tanpa plumbum RON 98.


Untuk menghasilkan pembakaran dan menggerakkan piston dalam enjin, petrol perlu masuk ke dalam enjin terlebih dulu. Bekalan petrol yang mencukupi untuk enjin sangat penting. Maka, untuk setiap perjalanan, tangki petrol perlu sentiasa diisi.

Dalam sebuah perjalanan, kereta Kancil akan bergerak selagi mana petrol cukup. Sekiranya petrol kering dan tidak diisi, enjin kereta Kancil tak dapat meneruskan kerja lantas membantutkan perjalanan. Jika pedal minyak ditekan walaupun petrol telah kering, enjin akan terus mati. Setelah enjin mati, ia tak dapat dihidupkan terus setelah mengisi petrol ke dalam tangki. Ia tidak semudah memulas punat kunci. Sedikit isipadu petrol perlu di masukkan ke dalam enjin. Kerja ini agak susah dan leceh untuk dilakukan.

Sebab itu lah, isipadu minyak perlu sentiasa berkadar langsung dengan sejauh mana kilometer perjalanan. Lebih jauh dan laju kereta Kancil memecut, lebih banyak petrol yang diperlukan. Bekalan perlu sentiasa cukup. Andai bekalan petrol hampir kering, kereta Kancil perlu singgah di mana-mana stesen minyak untuk isi tangki. Bekalan yang baru akan menampung perjalanan seterusnya.

Semasa mengisi tangki di stesen minyak, pemilihan jenis bahan api mesti tepat. Jika enjin petrol diisi dengan diesel, rosak lah kereta. Perjalanan terus terhenti. Kena singgah bengkel untuk baiki enjin. Kereta Kancil tersadai 2-3 hari. Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit dek kesilapan memilih bahan api.


Petrol Dalam Dakwah dan Tarbiyyah


Dakwah ini perjalanan yang sangat jauh dan panjang. Bekalan yang sufficient atau lebih sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan jalan ini. Seorang akh atau ukht akan pendek nafasnya atas jalan ini andai bekalannya tidak mencukupi. Demikian kaitannya dengan petrol RON 98. Tarbiyyah umpama petrol dalam perjalanan dakwah. Usrah, halaqah, daurah, jaulah etc. adalah stesen-stesen minyaknya. Tugas-tugas dakwah tak dapat diteruskan andai bekalan tarbawi tak mencukupi. Bagaimana mungkin seorang akh mampu bergerak sedang jiwanya kosong. Atas dasar apakah yang mampu menggerakkannya di atas jalan dakwah yang panjang dan berliku ini.

Andai seorang dae’i itu terus memaksa dirinya atau dipaksa untuk menjalankan tugas-tugas dakwah sedang bekalannya tidak cukup, mungkin berlaku seperti enjin kereta Kancil yang kehabisan petrol. Ia akan terhenti. Untuk menggerakkannya kembali, usaha yang lebih sukar dan leceh diperlukan, sama macam mengisi petrol ke dalam enjin yang letaknya jauh di dalam bonet.

Begitu juga halnya jika seorang akh mendapatkan bekalan tarbawi yang tidak tepat. Instead of petrol iman, diesel jahiliyyah yang diisi ke dalam tangki enjin hatinya. Jika ini berlaku, rosaklah hati si akh tersebut dan memaksa proses pembaikan yang mungkin memakan masa yang lama. Banyak juga tenaga, masa dan wang yang perlu dilebur. Nauzubillaah.

Begitulah halnya jalan ini. Bekalan iman yang mendalam dan berterusan adalah pembakar enjin dakwah ini. Hanya tarbiyyah yang berterusan mampu membekalkannya.

Bagaimana tarbiyyah kita? Cukupkah untuk perjalanan yang panjang, jauh dan payah ini?


Wallaahua’lam.


source: dakwah.info

Thursday, October 15, 2009

Untukmu.. para pembela agama Allah..


Saturday, October 3, 2009

'Signal' dari Dia

Suatu hari, seorang anak kecil sedang bermain-main dihalaman rumahnya. Tiba-tiba kedengaran suatu bunyi yang yang begitu asing baginya. "Ting..ting..ting..ting.." Otaknya mula ligat menangkap punca bunyi tersebut. Dia berlari-lari ke dalam dan keluar halaman rumah untuk mendapatkan jawapan namun hampa.

"Itu bunyi loceng orang jual aiskrim nak.." kata si ibu yang sedari tadi memerhatikan gelagat anak kecilnya itu. "Kenapa dia buat macam tu bu?" tanya si anak kebingungan. Sambil mengukir senyum si ibu pun menghampiri anak kesayangannya. "Itulah namanya isyarat. Orang yang jual aiskrim tu nak kita tahu yang dia berada dekat dan hampir dengan kita". Jawab si ibu lembut.

Beberapa jam selepas itu, kedengaran pula bunyi lain yang juga aneh dan pelik menurut si anak. Bunyinya seakan-akan bunyi horn kereta. Tapi agak berlainan sedikit. "Pon..pon..pon.."

Dia pun segera menjenguk ke luar. Kelihatan sebuah motor yang aneh melintasi halaman rumahnya. Bertambah pelik si anak. Apa maksud bunyi itu sedangkan tiada satu kenderaan pun yang dilihat menghalang perjalanan. Kenapa perlu membunyikan horn? puas si anak mencari jawapan.

"Anakku, itu penjual roti. Bunyi horn itu juga sebagai isyarat. Orang tu pun nak bagi tahu benda yang sama dengan penjual aiskrim tadi. "Aku ada disini, marilah datang!". Ungkap si ibu yang begitu peka dengan persoalan yang bermain difikiran anaknya. "Macam mana ibu tahu?" soal si anak penuh serius. Sang ibu pun tersenyum sambil mengusap lembut kepala anaknya.


"Nak, bukan ibu sorang saja yang tahu. Semua orang dewasa tahu tentang tu. Perhatikan dan fahamilah, nanti kamu juga akan tahu maksud disebalik isyarat-isyarat itu." Ucap si ibu penuh perhatian.

Di antara tanda kedewasaan hidup adalah dengan kemampuan menangkap dan memahami isyarat, tanda, simbol, dan sejenisnya. Mungkin itulah bahasa high level yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT buat makhluk istimewa yang bergelar manusia ini.

Begitu efisyen dan efektif sekali! Tak perlu menjerit-jerit, berteriak sehingga melanggar batas-batas etika. Hanya dengan isyarat, sudah cukup untuk orang lain memahami maksud si pembicara. Cukup dengan berdehem, 'ehm' misalnya, orang lain akan tahu, maksudnya di rumah yang nampak kosong itu masih lagi berpenghuni.

Di pentas dunia ini juga, alam kerap menampakkan 1001 isyarat. Ombak di laut yang tiba-tiba naik ke daratan, tanah yang bergetar kuat, cuaca yang tidak lagi menentu, angin yang tiba-tiba mampu menerbangkan rumah, dan virus yang berhasil mematikan, yang entah dari mana datangnya hingga dengan mudah hinggap di dalam kehidupan manusia serta pelbagai lagi isyarat-isyarat yang sering kita lihat.




Itulah bahasa high level yang hanya dapat difahami oleh mereka yang telah dewasa. Itulah isyarat Allah SWT. "Aku selalu dekat denganmu, kemana pun engkau pergi dan menjauh!". Perhati dan fahamilah. Agar kita tidak seperti anak kecil yang kebingungan dan gelisah dengan kehadiran bunyi loceng si penjual aiskrim dan horn si peniaga roti itu tadi.


"Dan banyak sekali tanda-tanda (kekuasaan Allah) di langit dan di bumi yang mereka melaluinya, sedang mereka berpaling daripadanya."

[Yusuf:105]


"Dan Apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka, berapa banyak umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah). Maka apakah mereka tidak mendengarkan?"

[As-sajdah:26]


Tuesday, September 15, 2009

As-syahid Obaida Al-Qudsi

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..

Obaidah Alqudsi, a Palestinain artist, known among his friends for his beautiful vo
ice and lovely character. 2 days ago, Obaidah passed away in an Israeli hospital, after being held as an injured prisoner. On 26th August, Obaidah was heading to the Abraham Mosque in the Old City of Hebron. While walking to the mosque, Israeli soldiers shot him 4 explosive bullets; two in the abdomen and two in his legs.

Palestinian men gather over the body of Obaida al-Qudsi at a mosque during his funeral in the West Bank city of Hebron.

Obaidah, the peaceful soul was murdered in the street with cold blood. Ambulance vehicles were banned from attending to his bleeding body for 30 minutes. Seeing him bleeding didn’t satisfy their evil lust for blood, hence, they beat his body mecilessly. After a while, he was arrested and sent to an Israeli hospital in occupied Jerusalem. Ever since Obaidah was under their custody, he was in a comma. Obaidah spent about 3 weeks in the Israeli hospital; and his family was not allowed to visit him till the last day of his life!

On the morning of the 13th of September, Obaidah’s soul departed to its creator seeking his ultimate justice. Hasbunallahu wa ne’mal wakeel.

The mother of Obaida al-Qudsi, second from left, mourns over his body ahead of his funeral

Obaidah will always be remembered among his family and friends for his sweet voice and lovely smile. His poetry and Nasheed will always be celebrated by Palestinians, Muslims and all free people of the world as true words of wisdom and honor.

Relatives of Obaida al-Qudsi mourn during his funeral


Synopsis about the martyr:

Obaidah Maher Abdul Mu’ti Alqudsi Dwaik.

Born in 1984 in Hebron city-Palestine for a respected family, his father is a well known ustaz and businessman.

Obaidah started his education as early as 5 years in the kindergarten of the Islamic Youth Society. He later joined the Al-Shar’iyah School of the Islamic Charitable Organization. He completed his school education in 2002 with an excellent score of 84 %.

He later joined the International Islamic University Malaysia (IIUM) where he earned a bachelor degree in Communications and Journalism.

During his presence at the International Islamic University Malaysia, Obaidah was one of the active students in cocurricular activities and was always a forerunner in working for any Ummatic issue. Obaidah was elected into the main board of Al-Aqsa friends’ Society in 2003 to serve for one year as one of its most active members. And from the year 2004 till 2007 he led the famous Al-Aqsa Nasheed Group in IIUM.

In 2008 he returned to his hometown in Palestine to live with his family and run his father’s business. He got engaged few months later and arranged for his wedding to be held right after eid alfitri. Unfortunately, the crinminal Zionist soldiers didn’t let his family celebrate this eid happily nor let Obaidah’s fiancée enjoy her future with him!

Allahummaghfir lahu warhamhu wa 'aafihi wa'fu anhu..

===========================

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un..

Tak sangka Allah pernah mengirim seorang Syuhada' untuk berada begitu hampir dengan kita. Seandainya saja kita tahu.. pasti berpusu-pusu orang datang menemui beliau, ingin bersahabat, minta didoakan dan sebagainya kerana beliau adalah ahli syurga.. Namun tiada siapa yang dapat meneka setiap takdir dan ketentuan Allah SWT. Allah knows better..

ياايتها النفس المطمئنة
ارجعي الى ربك راضية مرضية
فادخلي في عبادي
وادخلي جنتي


" O soul, in (complete) rest and satisfaction!
return to your Lord, well-pleasing and well-pleased!
Enter among My servants!
And enter My Paradise.."
(Al-Fajr: 27-30)


Seorang pergi, beribu lagi syuhada' akan lahir..
ALLAHU AKBAR!!


Wednesday, September 9, 2009

Imanan wahtisaban..

Bismillahirrahmaniiraheem..

Saat ini, hati benar-benar terketuk. Seolah-olah baru tersedar dari lamunan yang sangat panjang. Saatku merenung countdown "The Night of Power" yang aku letakkan di tepi blog ini. Ia memaparkan..
" 0 days / 7 hour / 45 minutes ".

Ya Allah, adakah aku tersalah pandang? atau mungkin pengiraannya yang tidak betul?

Begitu cepat masa berlalu. Rasa seperti baru semalam Ramadhan tiba. Seperti baru semalam juga aku berdoa mengharapkan ramadhan ini adalah yang terbaik yang pernah aku lalui. Namun hari ini sudah masuk ke penghujungnya. Tinggal sepuluh hari saja lagi untuk menghabiskan sisa-sisa ramadhan yang berbaki. Untuk menebus segala kerugian yang sememangnya tidak tertanggung pada 20 hari yang lalu.

Teringat bait-bait ucapan naqibahku pada kami di awal ramadhan yang lalu.. "Letakkan matlamat baru agar kita berpuasa imanan wahtisaban. Moga Allah terima amalan kita.."

Adakah puasaku sampai ke tahap imanan wahtisaban yang dimaksudkan? Adakah puasaku benar-benar mencapai piawaian tersebut sehingga melayakkan aku untuk mendapat ampunan-Nya? atau adakah puasaku sekadar menahan lapar dan dahaga seperti kebanyakkan 'orang yang tidak mengetahui' hakikat puasa itu sendiri? Na'uzubillah..

Sepuluh hari yang terakhir ini adalah saatnya Allah mengurniakan Nikmat. Ya, betapa nikmatnya orang-orang yang telah mampu mengendalikan diri dengan baik. Selama 20 hari pertama dia telah mampu melatih dan membiasakan dirinya untuk tidak melakukan dosa-dosa yang membuat hatinya jadi keruh dan mengeras.


Maka di sepuluh hari terakhir inilah dia akan memetik kenikmatan. Kenikmatan yang sesungguhnya hanya mampu diperolehi melalui keimanan, sebagaimana firman-Nya dalam surah As-Saffat ; 148 yang bermaksud :

“Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.."

Maka di tahap 10 hari terakhir inilah sepatutnya kita mulai berjaya menundukkan hawa nafsu. Akal kita dapat berfungsi lebih dominan berbanding kehendak emosi. Dan lebih dari itu, kita melakukan segalanya adalah kerana Allah semata. Inilah kunci kenimatan yang dijanjikan Allah kepada hamba-hamba yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan.

“Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan keikhlasan niscaya akan diampuni dosanya yang telah lalu.” [HR Bukhari]

Maka pada sepuluh hari terakhir ini sepatutnya seseorang yang berpuasa masuk ke tahap yang paling istimewa. Di sepuluh hari terakhir ini biasanya Rasulullah saw meningkatkan ibadahnya menjadi lebih hebat. Baik dari aspek kualiti mahupun kuantiti. Inilah saat-saat terakhir yang akan menentukan berhasil atau tidaknya puasa Ramadhan kita untuk menjadi orang yang bertaqwa.

Di sepuluh hari terakhir ini juga Allah menyediakan malam yang penuh barokah. Malam yang digambarkan memiliki nilai sangat tinggi, lebih hebat dari 1000 bulan. Yang tidak ada pada bulan-bulan lain iaitu malam Al-Qadr.

Sepertimana yang kita ketahui, orang-orang yang dapat menjalani ibadah puasanya dengan baik, dia bakal menemui malam Al-Qadr. Bukan hanya pada saat puasa Ramadhan, bahkan sepanjang hidupnya menjadi orang yang bertaqwa, orang yang dijamin Allah dengan berbagai kenikmatan.

“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an pada malam al-Qadar, tahukah engkau apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Robb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (al-Qadar, 97: 1-5)

Tapi layakkah aku untuk mendapat semua nikmat-nikmat itu? sedangkan nikmat yang ada inipun masih belum habis ku syukuri bahkan seringku ingkari. Ya Allah, aku hanya mengharapkan ampunan dan redha-Mu, kerana aku sedar semua itu tak layak untuk insan sekotor dan sehina diri ini..

“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku..”

..Amin Ya Robbal 'Alamin..