Photobucket

Saturday, November 29, 2008

Chat box n mp3 player

Salam..

Entry ni jawapan kepada persoalan adik insyirah tentang cara-cara meletakkan cbox n lagu dlm blog.. (mesti ramai yg dah tau, so sape yg dah tau tu sila mendiamkan diri, buat2 je cm xtau. anggap la dirimu itu mcm adik insyirah yg kiut miut ni k.. walaupun pada hakikatnye korang memang xkiut..)

:cinonet_05:
  • Nak letak chatbox..
  1. Mula-mula register dulu kat mana-mana web yg menawarkan p'khidmatan tersebut secara percuma. Contoh yg sy guna, CBOX atau boleh juga cuba di SHOUTMIX. Kedua2nya free n kalau xberminat, boleh try yg lain2.. memang banyak rasanya, cuma sy telah malas kurang rajin nak explore. Tp kena hati-hati jugak, sebab ada yg hanya bagi trial version je. Dalam sebulan pastu dia block n kalau nak teruskan kena bayar. check la balik term n conditions tu.
  2. Dah register, sila click GET CODE atau ape-ape ayat yang lebih kurang macam tu maksudnya. Sila COPY code tersebut. (tips HTML: CTRL+A utk select all, CTRL+C utk copy)
  3. Then, sila buka account anda di blogger.com --> DASHBOARD --> LAYOUT --> PAGE ELEMENT --> ADD A GADGET --> HTML/JAVASCRIPT
  4. PASTE kan code tadi ke ruangan Content dan SAVE. (CTRL+V utk Paste)
@upin02 Waah, senangnye kMia! xde yg senang lagi ke?

=============================

  • Masukkan mp3 player..
  1. Kalau nak letak 1 lagu je, disarankan supaya anda ke SINI dan search lagu yang anda nak tu. Kalau xde, kenalah upload sendiri lagu tu, agak payah disitu. So, nak senang carilah lagu yang memang dah ada dalam simpanan mereka.
  2. Untuk masukkan lebih dari 1 lagu, anda boleh ke MyFlashFetish ataupun di Singing Box. Actually, banyak lagi tempat yg ada. tp seperti yg sy katakan tadi, sy telah kurang rajin utk m'explore.
  3. Dah dapat lagu-lagu yang anda nak, sila COPY embed code utk lagu2 anda tadi
  4. Dan ikuti langkah 3 dan 4 seperti cara nak letak cbox diatas.

Ok, siap!
Renung-renungkan dan selamat beramal..huhu

===================================

Err, faham ke tak step-step ni?
:puteh_4:
Sorila, muallimah dah lame tak ngaja. Cuti skolah la katekan..

(huhu, alasan!
)
:puteh_23:


Bagi yang dah berjaya, tahniah diucapkan!:mGelak:
(pinjam monyet Amin lg..)
Selamat ber'chat' dan ber'MP3' di blog masing2. jgn b'disko plk kt blog tu dah la!
Yang kurang bernasib baik, sila cuba lagi keesokan harinya..



PESANAN PENAJA:--> Sila letak lagu-lagu yg b'faedah kt blog korang tu, jgnla letak lagu yg mengarut2.. kang tak pasal2 je diriku mendapat tiket free. Nauzubillah..

Tuesday, November 25, 2008

Tukar Templete

Salam...

Setelah dihitung-hitung dan dikira-kira, utk 2 bulan kbelakangan ni,
rasanya dah lebih dr 4 org telah menanyakan soalan yg sama kpd sy. Maka dgn sukacita dan bahagianya sy akan membuat satu entry khas tentang cara-cara nak

:t::u::k::a::r: :t::e::m::p::l::e::t::e:
walaupun sbenarnya sy bukan la org yg pakar lagi arif dalam bab2 ni..
Tp tetap nk ajar.. :mHihi:(pinjam monyet Amin jap.. cm best jek.)


** tutorial ni utk pengguna blogger je
(
wordpress dan yg sewaktu dgnnya tidak dilayan..)

=====================


Ok, nak tukar templete bg new blogger memang mudah..
hanya perlu download templete yg menjadi pilihan hati

then upload di account anda.


Se
belum pape terjadi,
diulangi.. sila pilih templete yg anda nk tukar tu n download


Ok, dah download sila ikut step ni:
  • LOGIN account anda kat blogger.com
  • p kat DASHBOARD --> LAYOUT --> EDIT HTML
  • then BROWSE -- cari balik templete baru yg dah di download td (file tu dlm format " .xml")
  • then UPLOAD..

Kalau tak paham lg cuba tengok gambarajah kt bwh ni:

<-- klik image utk proses tumbesaran -->


Tu je...
senang kan?
cuba tengok hasilnya kat VIEW BLOG
Hmm.. Ok tak?


kalau ok, sila tepuk tangan 80 juta kali utk diri sendiri..**:pandaGeli_27:


**AMARAN: Sila jgn riya' sbb korang bukannye terer sgt pon..
Allah lg POWER la..
So, say.. ALHAMDULILLAH!

@kakros01



Me: Kalau xphm jgk, xyahla sesegan nak tnye.
.:pandaGeli_03:



Thursday, November 20, 2008

Hal nahnu qaumun amaliyyuun?

Bismillahirrahmanirraheem..

Peringatan penting buat diri,
hal nahnu qaumun amaliyyuun? adakah kita orang2 yang beramal? atau hanya pandai berkata-kata..@cakap

=======================

Seorang muslim dituntut bekerja sehingga akhir hayatnya. Meskipun hari kiamat sudah dekat, jika tunas pokok yang ada di tangannya sempat ditanam, hendaklah dia menanamnya, sesuai dengan hadis Rasulullah saw. Amal perbuatan di dalam Islam merupakan ibadah dan jihad, baik ianya bersifat duniawi, apatah lagi jika ianya bersifat ukhrawi. Jika niatnya benar dan selalu menjaga hukum-hakam Allah, maka kerja yang dilakukannya itu dihitung sebagai suatu ibadah.

Tetapi, sangat disayangkan, umat Islam merupakan umat yang paling sedikit derma bakti dan amal perbuatan, malah yang paling banyak bercakap dan berdebat. Kita berbicara banyak dan sedikit kerja. Andai bekerja, kita hanya mengerjakan sesuatu yang kurang penting dan meninggalkan yang penting. Malah kadang-kadang kita mengerjakan suatu yang tidak bermanfaat sedikitpun.

Kita cenderung dan lebih banyak berlegar-legar di sekeliling kita. Seperti seekor lembu yang menggerakkan mesin penggiling. Sudah banyak persidangan Islam di peringkat nasional dan international, dan sudah banyak keputusan yang sudah disepakati untuk dilaksanakan, tetapi sedikit sekali yang dilaksanakan, dan sebahagian besar hanyalah berupa hitam putih di atas kertas.

Mengapa?

Adakah kerana kita sudah terbiasa pandai bercakap dan tidak pandai bekerja dengan baik? Atau kerana kita bercakap dan mengharapkan orang lain untuk melaksanakannya? Atau barangkali kerana memang tugas kita hanya untuk menyusun keputusan dan kesepakatan, kemudian kita limpahkan kepada orang lain untuk diteruskan dan dilaksanakan, tanpa memperhatikan lagi apa yang telah kita putuskan dan sepakati itu?

Kata-kata yang jujur dan berpengaruh itu memang penting, kerana mukjizat pertama al-Quran, hanyalah kata-kata, dan hadis-hadis Rasulullah saw juga terdiri dari kata-kata. Tetapi kata itu tidak boleh mengungguli amal perbuatan, dan mungkin rahsianya terletak di sana.

Mengapa al-Quran al-Karim diturunkan beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun? Ini tidak lain agar memberikan kesempatan kepada kaum mukminin merealisasikan firman Allah itu menjadi amal soleh, menjadi suatu kehidupan yang mampu berbicara sendiri, seperti yang dilukiskan Aisyah ra tentang Rasulullah saw dengan kata-katanya yang termasyhur : “Akhlak Rasulullah itu seperti al-Quran.” Ertinya sesuai dengan apa yang tersurat dan tersirat di dalam al-Quran.

Bercakap memang perlu, malah peperangan itu adakalanya dimulai dari percakapan, seperti yang dikatakan oleh seorang penyair. Tetapi kata-kata itu akan dicela orang, jika ianya lebih banyak dari kerja, lebih tercela lagi jika kata-kata itu bertentangan dengan kerjanya.

Dalam hal ini Allah SWT telah mengumumkan ancamannya :

“Hai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan suatu yang tidak kamu lakukan? Amat berat kebencian di sisi Allah, kerana kamu mengatakan suatu yang tidak kamu lakukan..”(as-Soff : 2-3)

Wallahu a'lam..


Source: mykonsis.org

@rajuk :snow37:

Detik Kematian..

Assalamu'alaikum wbt..@adil

Dah agak lama tak usik blog, mungkin disebabkan oleh ketidaktentuhalaan (ayat ape ni?@fikir) pemikiran dan emosi sejak kebelakangan ni. Ditambah pula dengan ketidakstabilan diri dlm mengendalikan coding2 HTML yang telah lama ditinggalkan.@damn Lebih baik diam daripada mengeluarkan sesuatu yang tak bermanfaat. Betul tak?@kening

Smlm hampir seharian sy di hospital dan bersama dgn kwn lama sy. Ayah die m'hidap lung cancer, masa masuk wad tu pun dah stage IV. Stage yg paling kritikal kalau xsilap. Asalnya memang nak datang ziarah ayah die dr hari isnin tu lg. Tp memandangkan die pun belum habis exam lg masa tu, so kami decide nk pg lepas dia habis semua paper iaitu bersamaan dgn hari rabu. Tp ondway sy nak ke hospital, tiba2 die msg bgtau yg ayah die dah meninggal..


Innalillahi wa inna ilaihi roji'un..
(Al-fatihah buat Allahyarham Pakcik Osman,
moga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman..)


Sekali lagi Allah beri peringatan pd sy tentang kematian. Baru2 ni jgk adik kwn sekolah sy n ayah kpd sorang adik ikhwah di UiTM yang meninggal. Dan semalam ayah yat, kawan rapat sy kat sini. Kematian benar2 memberi peringatan. Kadang-kadang kita tak sedar, terlalu asyik dengan rutin keduniaan sampaikan kita lupa yg kematian tu akan datang bila-bila masa je..
" Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.." [63:11]
Dan sekali-kali tak kan pernah dapat kita melarikan diri darinya..
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,
lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." [62:8]

===============================

DETIK KEMATIAN


Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

==========================

Hayati bait-bait lagu di atas yang sarat dengan peringatan, moga sulaman lirik yang indah ini dapat meresap masuk ke dalam jiwa kita dan menjadi titik tolak kepada kita untuk kembali memikirkan asal dan tujuan penciptaan kita, iaitu untuk pengabdian diri kepada Allah.. Moga tidak sekalipun pernah tunduk kepada dunia yang semakin hari semakin besar penipuannya ini..

" Ya Allah, letakkanlah dunia ini hanya ditanganku, tp bukan sekali-kali dihatiku.."

Ameen Ya Robb


Tuesday, November 4, 2008

Kau Pergi Jua..

In the Name of Allah, Most Gracious n Merciful

Tak mampu lagi utk berbicara saat ini.. hanya doa yang mampu kutitipkan buatmu..


Doa by: Pak Ngah (dipetik dr yahoogroups alumnikbmkl)

Ya Allah..
Kau yang Maha Pengasih lagi Penyayang
Kau jualah yang mengurniakan kesejahteraan

Berikanlah keselamatan dan kesejahteraan atas perjalanan Una dan Ali pulang ke destinasi mereka. Mereka pulang ke bumi anbia, Mesir, meninggalkan keluarga dan sahabat tercinta demi menyambung perjuangan menuntut ilmu di sana. Mudahkanlah segala urusan mereka. Kuatlah jiwa mereka menghadapi segala dugaan dalam perjuangan menuntut ilmu. Kurniakanlah kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan hidup mereka.

Jadikanlah Una dan Ali anak2 yang soleh dan solehah, mujahid dan mujahidah,membantu perjungan Ibu bapa mereka, Pak Andak dan Mak Andak menegakkan syariah di bumi ini.
Jadikanlah Una dan Ali contoh ikutan kami meneruskan perjuangan dalam pelajaran kami.

Pertemukanlah kami semula di dalam rahmat Mu Ya Allah. Jika ditakdirkan kami tidak bertemu di dunia ini lagi, pertemukanlah kami semua di Syurga Mu Ya Allah. Itulah nikmat yang amat tinggi di Syurga nanti, dapat berkumpul semula dengan orang2 yang kami kasihi.

Amin Ya Rabbal Alamin..


=================================

Di KLIA..

Atie dgn gaya mcm die je yg nak terbang..

Una tengah testing bwk beg

Bergambar beramai-ramai sebelum masuk

Tolong check kan pasport una.. rajin btl de nih.. ^_^

Pelukan dan pesanan terakhir sebelum berangkat..

=================================

Moga ukhuwah fiLLah ini berkekalan dan dirahmati Allah SWT..

Una...
We'll Miss U!


Seseungguhnya halaqoh cinta ini yang menjadi saksi bahawa hati-hati kita telah bertaut..
Diikat dengan ikatan Aqidah dan Perjuangan.. yang pastinya sukar terlerai walaupun berpisah jasad dan nyawa, kerana semuanya bukan untuk negeri ini, tetapi di negeri yang kekal abadi..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMu
Bertemu untuk mematuhi perintahMu
Bersatu memikul beban da'wahMu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia
Untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang benar
Penuhilah hati-hati ini dengan cahayaMu
yang tiada pernah pudar
Lapangkanlah dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu
dan keindahan bertawakkal kepadaMu
Hidup suburkan hati kami dengan ma’rifat padaMu
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu

Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung
dan sebaik-baik penolong..

Amin Ya Robbal 'Alamin


Monday, November 3, 2008

Ro Ya Sin Alif Wau = Risau

Bismillahirrahmanirraheem..


Ada satu perkara yang harus sy mengaku didepan sahabat2 semua sebelum sesuatu yang lebih berat menimpa diri sy. Sy sebenarnya sedang dilanda kerisauan, kebimbangan dan kekhuatiran yang teramat sangat. Dalam hidup ni, byk perkara yang telah m'buatkan sy bimbang dan risau akan kewujudannya. Ianya amat penting kerana bersangkut-paut dengan hati. Salah satunya ialah bilamana pujian dan sanjungan kpd insan hina spt sy ini datang bertalu-talu. Sy akui mmg sy tak layak langsung utk terima semua tu. Sy terlalu byk kekurangan dan kelemahan. Diri ini lebih mengetahui segala kekurangan, kelemahan dan ketidakmampuan sy berbanding dgn orang-orang yang menilai sy.

Dan sehingga hari ini, sy sbnrnya masih lg takut2 utk buka blog. Bukan hanya blog yang sy bimbangkan, malah utk melayari internet sekalipun. Pertama, sy takut tidak mampu menuliskan sesuatu yang cukup penting di blog ini. Menulis hal-hal yang tak penting itu tersangatlah mudah, seperti menaip tanpa melihat ke keyboard. Tapi utk menyusun kalimat2 yang layak menghabiskan waktu orang lain yang membacanya, itu agak sukar. Sebab itu sy cuba utk memberikan yang benar2 bermanfaat. Dengan harapan apa yg disampaikan menjadi amalan buat diri ini. Ustaz sy pernah sebut dulu, kalau kita selalu bg tazkirah kat orang, telinga yang paling dekat mendengar dan menangkap butiran2 bicara tu adalah telinga dari sang penyampainya, maka seharusnya orang yang menyampaikan tu lebih dahulu amalnya dari orang lain yg mendengar. Itu yang cuba dipraktikkan sebelum setiap penyampaian berlaku.

Cukuplah dengan semua pujian2 tu. Sy masih belum mampu utk membalasnya buat kalian. Sy tak perlukannya jika lama kelamaan ianya akan menghakis segala amalan2 sy. .

“Tak seorang pejuang yang berjuang di jalan Allah, lalu ia memperoleh ghanimah, kecuali akan dipercepat dua pertiga pahalanya di akhirat, sisanya satu pertiga. Tapi bila dia tidak mendapatkan ghanimah, pahalanya sempurna. ” (HR Bukhari).


Seorang syeikh pernah menyebut, pujian di depan seorang hamba kpd sahabatnya adalah seperti meletakkan kayu balak diatas bahunya. Mampukan kita memikul kayu balak yang lebih 10 tan beratnya diatas bahu kita yang lemah ini? dan sanggupkah pula kita memikulkan kayu2 berat itu dibahu sahabat2 yang kita kasihi? secara logikya, dimanakah nilai simpati kita dgn melakukan semua tu..


Masih byk yg sy tak tahu dan sy perlu belajar. Mohon sahabat2 smua membantu sy dan bukan menjatuhkan sy dgn cara seperti yg disebut diatas.. Kembalikanlah semua kekaguman kalian pada yang lebih BERHAK.. Yang mengurniakan segala nikmat buat kita.. Jzkk atas penghargaan dan doa yang tak putus2 buat diri ini. Moga kita semua terus tsabat dijalan kebenaran..

Ameen Ya Robb..

.:: Rayuan Qurban ::.