In the Name of Allah, Most Gracious n Merciful
Tak mampu lagi utk berbicara saat ini.. hanya doa yang mampu kutitipkan buatmu..
Doa by: Pak Ngah (dipetik dr yahoogroups alumnikbmkl)
Berikanlah keselamatan dan kesejahteraan atas perjalanan Una dan Ali pulang ke destinasi mereka. Mereka pulang ke bumi anbia, Mesir, meninggalkan keluarga dan sahabat tercinta demi menyambung perjuangan menuntut ilmu di sana. Mudahkanlah segala urusan mereka. Kuatlah jiwa mereka menghadapi segala dugaan dalam perjuangan menuntut ilmu. Kurniakanlah kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan hidup mereka.
Jadikanlah Una dan Ali anak2 yang soleh dan solehah, mujahid dan mujahidah,membantu perjungan Ibu bapa mereka, Pak Andak dan Mak Andak menegakkan syariah di bumi ini.
Jadikanlah Una dan Ali contoh ikutan kami meneruskan perjuangan dalam pelajaran kami.
Jadikanlah Una dan Ali contoh ikutan kami meneruskan perjuangan dalam pelajaran kami.
Pertemukanlah kami semula di dalam rahmat Mu Ya Allah. Jika ditakdirkan kami tidak bertemu di dunia ini lagi, pertemukanlah kami semua di Syurga Mu Ya Allah. Itulah nikmat yang amat tinggi di Syurga nanti, dapat berkumpul semula dengan orang2 yang kami kasihi.
Amin Ya Rabbal Alamin..
=================================
Di KLIA..
Pelukan dan pesanan terakhir sebelum berangkat..
=================================
Moga ukhuwah fiLLah ini berkekalan dan dirahmati Allah SWT..
Una...
We'll Miss U!
=================================
Moga ukhuwah fiLLah ini berkekalan dan dirahmati Allah SWT..
Una...
We'll Miss U!
Seseungguhnya halaqoh cinta ini yang menjadi saksi bahawa hati-hati kita telah bertaut..
Diikat dengan ikatan Aqidah dan Perjuangan.. yang pastinya sukar terlerai walaupun berpisah jasad dan nyawa, kerana semuanya bukan untuk negeri ini, tetapi di negeri yang kekal abadi..
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMu
Bertemu untuk mematuhi perintahMu
Bersatu memikul beban da'wahMu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
Untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang benar
Penuhilah hati-hati ini dengan cahayaMu
yang tiada pernah pudar
Lapangkanlah dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu
dan keindahan bertawakkal kepadaMu
Hidup suburkan hati kami dengan ma’rifat padaMu
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung
dan sebaik-baik penolong..
Amin Ya Robbal 'Alamin

2 comments:
reli touchin' ~.~
Allahuakbar ~
hmm.. terasa indahnya ukhuwah..
mcm masa awk praktikal hari tu la. semua org rindu smpai aisya rumet awk asik t'panggil kte husna je.. hehe.. ^_^
Post a Comment