Photobucket

Monday, November 3, 2008

Ro Ya Sin Alif Wau = Risau

Bismillahirrahmanirraheem..


Ada satu perkara yang harus sy mengaku didepan sahabat2 semua sebelum sesuatu yang lebih berat menimpa diri sy. Sy sebenarnya sedang dilanda kerisauan, kebimbangan dan kekhuatiran yang teramat sangat. Dalam hidup ni, byk perkara yang telah m'buatkan sy bimbang dan risau akan kewujudannya. Ianya amat penting kerana bersangkut-paut dengan hati. Salah satunya ialah bilamana pujian dan sanjungan kpd insan hina spt sy ini datang bertalu-talu. Sy akui mmg sy tak layak langsung utk terima semua tu. Sy terlalu byk kekurangan dan kelemahan. Diri ini lebih mengetahui segala kekurangan, kelemahan dan ketidakmampuan sy berbanding dgn orang-orang yang menilai sy.

Dan sehingga hari ini, sy sbnrnya masih lg takut2 utk buka blog. Bukan hanya blog yang sy bimbangkan, malah utk melayari internet sekalipun. Pertama, sy takut tidak mampu menuliskan sesuatu yang cukup penting di blog ini. Menulis hal-hal yang tak penting itu tersangatlah mudah, seperti menaip tanpa melihat ke keyboard. Tapi utk menyusun kalimat2 yang layak menghabiskan waktu orang lain yang membacanya, itu agak sukar. Sebab itu sy cuba utk memberikan yang benar2 bermanfaat. Dengan harapan apa yg disampaikan menjadi amalan buat diri ini. Ustaz sy pernah sebut dulu, kalau kita selalu bg tazkirah kat orang, telinga yang paling dekat mendengar dan menangkap butiran2 bicara tu adalah telinga dari sang penyampainya, maka seharusnya orang yang menyampaikan tu lebih dahulu amalnya dari orang lain yg mendengar. Itu yang cuba dipraktikkan sebelum setiap penyampaian berlaku.

Cukuplah dengan semua pujian2 tu. Sy masih belum mampu utk membalasnya buat kalian. Sy tak perlukannya jika lama kelamaan ianya akan menghakis segala amalan2 sy. .

“Tak seorang pejuang yang berjuang di jalan Allah, lalu ia memperoleh ghanimah, kecuali akan dipercepat dua pertiga pahalanya di akhirat, sisanya satu pertiga. Tapi bila dia tidak mendapatkan ghanimah, pahalanya sempurna. ” (HR Bukhari).


Seorang syeikh pernah menyebut, pujian di depan seorang hamba kpd sahabatnya adalah seperti meletakkan kayu balak diatas bahunya. Mampukan kita memikul kayu balak yang lebih 10 tan beratnya diatas bahu kita yang lemah ini? dan sanggupkah pula kita memikulkan kayu2 berat itu dibahu sahabat2 yang kita kasihi? secara logikya, dimanakah nilai simpati kita dgn melakukan semua tu..


Masih byk yg sy tak tahu dan sy perlu belajar. Mohon sahabat2 smua membantu sy dan bukan menjatuhkan sy dgn cara seperti yg disebut diatas.. Kembalikanlah semua kekaguman kalian pada yang lebih BERHAK.. Yang mengurniakan segala nikmat buat kita.. Jzkk atas penghargaan dan doa yang tak putus2 buat diri ini. Moga kita semua terus tsabat dijalan kebenaran..

Ameen Ya Robb..

0 comments: