Bismillahirrahmanirraheem..
Sy bukanlah orang yang terlalu arif mahupun alim utk mengatakan tentang hal ini. tetapi berdasarkan pemerhatian, semakin hari semakin kritikal masalah ikhtilat ikhwah akhwat ini. Yang mengaku dirinya sbg da'ie patutnya lebih peka. walaupun nampak agak remeh namun ianya mampu mendatangkan fitnah besar sekaligus boleh mencemarkan da'wah yg kita didokongi bersama. Pelbagai situasi yg telah dan bakal mengotorkan lagi tugas mulia ini yg telah dikenalpasti.
Situasi pertama, bermula dgn perjumpaan formal yg dikatakan meeting utk urusan2 da'wah, lama kelamaan menjadi medan pertemuan dua hati yg bermasalah dan akhirnya membawa kepada perhubungan yang semakin rapat tanpa apa-apa ikatan yg sah. Sedangkan keduanya telah jelas dan mengerti apa yang sedang mereka alami.
Situasi kedua pula terbit dari alam maya yg sering kita gunakan sebagai medan penyebaran dan penyampaian ini. Bermula dgn lawatan rasmi ke 'rumah' saudara2 sefikrah, tegur-menegur, sapa-menyapa dan akhirnya membawa kpd terbentuknya ukhuwah yg erat malah ada menggelarkannya "ukhuwah fillah". Sama juga kesannya jika medium yg digunakan adalah ym dan apatah lagi jika bersms.
Dan situasi yg ketiga pula, yang hampir serupa dgn situasi pertama dimana perjumpaan yg sering berlaku di program2 tarbiyyah dan da'wah yg mana dalam pada itu diri tidak mampu dikawal. Apatah lagi mata yg jahat itu yang sering mencuri2 pandang kearah sesuatu yg belum halal baginya. Membawa kepada kotornya hati sehingga fikiran teringat2 akan insan tersebut.
Persoalannya, dimanakah kesucian da'wah itu andai dicemari dgn perkara2 sebegini? apakah yg dikatakan ukhuwah fillah itu sedangkan cara perlaksanaannya adalah tidak mengikut syara'. Berbual dan menghabiskan masa antara lelaki dan perempuan dengan perkara2 yang tiada kaitan dgn da'wah. Kemudian masuk kepada hal2 yg lebih peribadi, kenal mengenal dan sebagainya. Sy semakin keliru.. tidak terasa sesuatukah dlm diri kita yg sering menyeru ke arah kebaikan, mengaku sebagai da'ie, buat kerja2 islami, mengaku menyambung tugas mulia para Rasul sedangkan diri kita sendiri tidak mengamalkannya terlebih dahulu?
Mungkin kita selalu cegah org bercouple, couple haram n so on, but at the same time kita sendiri buat perkara2 yang Allah larang tu. Tapi caranya mungkin berbeza dan lebih islamic. Wujud ke cara mcm tu? maaf, sy tak pernah tahu. yg sy tahu hanya nikah shj satu2nya jalan yg membolehkan ikatan itu berpanjangan. Tak perlu sy terangkan secara detail sbb sy seyakinnya pasti kalian lebih mengetahui apa yg dimaksudkan krn kita semua berada diatas satu jalan yg sama dan mempunyai matlamat yg serupa.
Yang menulis tidaklah sebaik yg membaca..
Wallahu a'lam..

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.. [51:55]
"Kalian ditolong oleh Allah kerana kemaksiatan musuh kalian dan ketaatan kalian kepada Allah. Maka tingkatkanlah ketaatan kepada Allah.." (Umar Al-Khattab)
:~: Ya Allah, letakkanlah dunia ini hanya ditanganku, bukan sekali-kali dihatiku..Ameen Ya Robb :~:
3 comments:
Perlu muhasabah kembali, mungkinkah ini penyebab usaha tajmi' dan tajnid kita harini semakin tumpul?
Perlu diingat, mad'u akan sentiasa memerhatikan da'ie yang menyerunya ke jalan da'wah. Jadi kalau da'ie nak bagitau couple haram, dia tu first kena jaga betul-betul ikhtilatnya dan seboleh-bolehnya elakkan diri dari terlibat dengan sebarang bentuk fitnah ikhtilat.
Keliru dan sedih sebenarnya melihat sahabat-sahabat seperjuangan tertipu dengan konsep kononnya ukhwah fillah nie.
Cuma satu peringatan, jangan sampai kerana perkara sebegini, dek kerana kegagalan kita seorang dalam menjaga hati, rosak segala usaha ikhlas dan tekun sahabat-sahabat lain menyebarkan Islam. Besar bebanan ni untuk dijawab didepan Allah nanti...
Stuju2..
"Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyakkah generasi-generasi yang Kami musnahkan sebelum mereka, (padahal) generasi itu telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa-dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.." [6:6]
Post a Comment