Photobucket

Monday, September 1, 2008

Macam2..

Bismillahirrahmanirraheem..

~AHLAN YA RAMADHAN KAREEM~

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita telah pun melangkah ke bulan yg penuh dgn rahmah dan barokah ini.. setelah setahun dinanti, akhirnya diberi juga peluang utk kita bertemu dengannya. Alhamdulillah.. Alhamdulillah wa syukurillah..

Syukur sekali lagi atas nikmat2 yg diberikanNya. Menjadikan kami sehingga ke hari ini terus berada dimedan ini demi pengislahan diri dan ummah. Ya Allah betapa besarnya kurniaanMu ini.. jangan sekali-kali Kau jadikan kami hamba yg kufur akan nikmat2 yg telah Kau beri. Berikan kekuatan buat kami utk menggunakannya secara "adil" yakni dengan meletakkan ia pada tempatnya. Amin..

======================================

Baru selesai berkbm di smk bandar banting. Alhamdulillah.. but no comment. Most of them give d same statement but not 4 me. I've different opinion. Sape yg ada kt situ mungkin tahu la statement apa yg sy maksudkan tu. Dah la, tak nak membesarkan isu yg tak bape nak besar. Laporan lanjut, tunggu report dr sesape kat blog kbm kl ok.. ;-p

========================================

Terdetik dihati utk menulis sesuatu tentang posting yg sebelum ni. ANAK? Hmm, jgn salah faham atau fikir lain pulak. Baru2 ni sy telah membuat lawatan rasmi kebeberapa buah blog sahabat2 seperjuangan yang kebanyakkannya sangat hebat dlm tugas2 dakwah ni dan kebanyakkannya telah pun bernikah. Alhamdulillah, masing2 dikurniakan pasangan yg juga sefikrah dan sekufu dgn mereka. Bak kata Pak Hassan, kalau nak b'nikah, sebaik-baiknya carilah yang seaqidah, sefikrah dan yg paling baik sejamaah, agar penerusan tarbiyyah tak terhenti begitu sahaja selepas berkahwin. Ada yang sering mengingatkan serta menegur dikala lupa, lalai dan tersilap. Tapi apakah dengan mencari yang sekufu seperti diatas tu betul2 dapat memastikan kita terus-terusan berada dijalan ni dengan komitmen yang tinggi seperti sebelumnya? Sy pasti anda ada jawapannya.. Dari apa yang sy lihat dan perhatikan, ia tak 100% menjamin keberadaan dan komitednya kita dlm da'wah tu sendiri. Sehingga boleh menjadikan kita tidak tergolong dalam golongan futur seperti yang pernah sy nyatakan dlm post terdahulu. Mungkin kita akan menjawab.. Memang la, sebab semua tu Allah yg tentukan. Hidayah tu datang dari Allah. Kita semua pun belum pasti apa yang bakal terjadi pada kita kelak. Even sy sendiri pun.. Sangat risau jika tiba2 suatu hari nanti Allah tarik nikmat BERHARGA ni.. na'uzubillah, jauhkanlah Ya Allah!

Hmm..mungkin ada yg masih kabur2 lagi, apa yg sy nak sampaikan sebenarnya. Sebenarnya mcm ni, dlm lawatan rasmi sy ke blog sahabat2 seperjuangan baru2 ni, sy telah mendapati suatu kepelikkan disitu. Antara post2 mereka terdahulu (sebelum nikah) dan post2 mereka kini (selepas nikah). Apa yg lainnya? tak faham? ok, mcm ni..dulu masa belum kawen, posting semua ttg tarbiyyah n keje2 da'wah. Tapi lepas kawen, lebih fokus pada baitul muslim yg dibina. Bagus la sbb memberikan contoh dan galakan kpd yg masih belum kawen utk bersama2 mengikut jejak langkah mereka. tapi apa yg tak bagusnya? erm, sy tak ckp semua da'ie yg dah kawen mcm tu, ada juga yang masih terus komited dgn penulisan tentang tarbiyyah n da'wah. Alhamdulillah. Tapi, sy agak pelik dgn mereka2 yg tidak sebegitu. Sebaliknya lebih fokus pada perkara yg sy kategorikan sebagai 'kurang penting'.. Bagi ikhwah yg baru berkawen, sibuk menceritakan ttg zaujahnya yg begitu dan begini.. ttg keadaan mereka selepas berkawen dan sebagainya. Begitu juga dengan akhawat. Tapi tulisan mereka tetap more 2 da'wah style la.. mungkin dah terbiasa. tapi apa yg nk disampaikan tu jelas m'gambarkan keadaan mereka skrg. sehingga sy terdorong utk menulis entry sebegini. Kecuali beberapa orang yg memang sy tahu keadaan mereka sbenar. Maaf, mungkin ada yg kurang bersetuju. tapi sekali lagi sy ingatkan, bukan semuanya begitu.

Then, itu utk yg baru menikah. Bagi yg sudah menerima cahaya mata lain pula agendanya. Post yg lebih fokus pada anak2. Kadang2 tu sy rasa tak perlu kot nak cerita satu persatu perkembangan anak masing2. Sehinggakan orang boleh tahu, sekarang anak dia ni dah pandai merangkak, skrg dah pandai cakap, pandai melompat dan sebagainya. Nampak tak perbezaannya? dgn yg dulu n skrg.. Sy sgt risau dan bimbang jika apa yg sy sentuh ni berbalik pada diri sy sendiri nanti. Na'uzubillah, sy tak mahu disibukkan dgn hal2 dunia.

Bila terfikir tentang tu, sy teringat ayat2 peringatan yg banyak dlm Quran yg menyentuh tentang hal ini. Antaranya satu ayat yg selalu sgt ustaz sy baca masa solat kt kampus dulu:

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah yang lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu serta lebih baik utk menjadi harapan.."
(18:46)

Dulu sy pelik sgt, kenapa ustaz suka baca ayat ni eh? smpai sy pun naik hafal. Tak tau la org lain perasan ke tak. Tapi sy memang perasan sgt. Ustz baca dgn nada yg amat sayu terutama time solat subuh. Skrg baru sy faham, mungkin dia sedang diuji atau rasa sgt teruji dgn kehadiran isteri dan anak-anak. Sehingga kerap kali dia mengingatkan diri dia melalui ayat ini. Dan bukan ayat ni saja, banyak lagi ayat2 peringatan antaranya:

"Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka, dalam keadaan kafir. ."
(9:85)

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).."
(3:14)

"Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.."
(8:28)

"Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi.."
(63:9)

"Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.."
(64:15)

Jelas dan terang maksudnya. Tak perlu dihurai satu persatu bagi seseorang yg bergelar da'ie. Ingat..tak semua mcm tu. Hanya segelintir sahaja kot. Peringatan ni sbenarnya sy tujukan buat diri sy sendiri. Walaupun belum pasti bila akan tiba masanya, ataupun mungkin takkan tiba krn ajal yg bakal menjemput bila2 masa, tapi sy tetap nak mengingatkan diri sy. Sy tak nak proses tarbiyyah dan da'wah ni jadi suram je satu masa nanti. Dan yang paling sy tak nak, jika sy lah salah seorang penyumbang kepada kekelaman dan kesuraman tersebut. Tiba-tiba jadi risau.. Ya Allah, jangan sekali-kali Kau jadikan aku seorang hamba yg memberi peringatan, tapi tidak dijadikan amalan untuk dirinya sendiri..aminn..

Sy mohon maaf andai ada yg terasa hati dgn penulisan sy kali ni. Seperti yg sy cakapkan tadi, sy hanya ingin mengingatkan diri sy sendiri agar tak lalai dgn kehidupan dunia yg penuh tipudaya ini.. Doakan moga kita semua terus tsabat dijalan yg haq dan ikhlas berjihad utk deen ini. Amin..


Me: Yea..puasa dah! best3!! Moga jadi ramadhan yg terbaik dari yg sebelumnya..

0 comments: